TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Pilihan Raya Kecil Parlimen Padang Serai??? Kita Tunggu SPR Umumkan...

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.


"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.



Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.


Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.



Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.


Katak2 Di Kedah, Ada Masa Kalut Nak Lompat.. Ada Masa Tak Mau Lompat - Tunggu Minggu Depan Kita Dengar Penjelasan...

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

T

iga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan, bersongkok) dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat dua wakil rakyat Bebas. Manakala mahkamah mengiystiharkan kerusi Kota Siputih dan kini BN dalam prose membuat rayuan.

Diminta mengulas lanjut berhubung mengenai desas desus isu lompat di kalangan ADUN PAS termasuk exco PKR itu, Muhamad Yusof berkata tidak timbul wakil rakyat PAS untuk berbuat demikian.

Ini kerana, katanya yang juga seorang senator menjelaskan mereka masih setia dan berjanji dengan perjuangan parti.

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Me
nurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya.

Penerbit TV2 DiPecat & Diarah Tinggalkan Pejabat Segera

Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.


Chou Z Lam (gambar kiri) ketika dihubungi olehMerdekaReview, memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah menjelaskan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.


Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.


Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.


Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):


Tuan,

Penamatan Khidmat Pegawai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin (piecemeal)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan tuan sebagai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin secara piecemeal di Bahagian Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia akan ditamatkan mulai 13 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak jabatan ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan tuan selama ini.

Sekian.

Saya yang menurut perintah

Dato Mohd Shafiq bin Abdullah
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan


Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan

Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.


Chou Z Lam, penerbit televisyen kedua yang "hilang kerja" atas nama "kebebasan media" dalam masa sebulan, sejak perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong (gambar kiri) yang tidak berpuas hati dengan self-censorship dalaman. Chou Z Lam juga seorang kolumnis di MerdekaReview, dan pernah menulis satu artikel berjudul "Bidang kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!", selepas kejadian pembatalan penyiaran rancangan berlaku.


Malah, Chou Z Lam tetap membela bahawa dokumentari yang diterbitkan Galeri Mandarin Nasional adalah seimbang dari kandungannya, sebaliknya menyelar pihak atasannya tidak menghormati kebebasan media.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee menyimpulkan hasil siasatannya bahawa pembatalan siaran berpunca daripada "kandungan rancangan kurang seimbang" yang diterbitkan Chou Z Lam, dan bukannya "pencabulan kebebasan media" sebagaimana yang dituduh. Chou Z Lam berkata, "Mereka membatalkannya tanpa menonton! Tiada penjelasan diberi sebenarnya. Ia amat tidak adil!"


Chou Z Lam berharap agar kebebasan media terus dipertahankan, malah menyeru agar orang ramai terus mengambil prihatin terhadap kehidupan orang asli di Bakun.


MerdekaReview cuba menghubungi Heng Sai Kee, dan pegawai yang dilantik untuk memantau kandungan rancangan, Yap Shy Cuan untuk mendapatkan respon mereka, tetapi gagal kerana telefon mereka telah dipadamkan.


Bagaimanapun, Yap Shy Cuan akhirnya menjawab panggilan MerdekaReview pada kira-kira jam 6 petang, namun enggan berkata apa-apa berhubung hal ini.


"Saya hanyalah seorang kakitangan kerajaan. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, saya perlu mematuhi prinsip kakitangan. Jadi agak keberatan untuk saya berkata sesuatu, kamu (wartawan) harus bertanya kepada mereka yang berkuasa untuk membuat kenyataan," katanya.

Malah, apabila diajukan soalan sama ada penamatan perkhidmatan ini berhubung kait dengan pendedahan Chou Z Lam sebelum ini, dan sama ada ianya keputusan dari Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Yap Shy Cuan tetap menjawab, "Saya tidak tahu."


Ketua Pemuda Gerakan selar RTM

Di samping itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin (gambar kiri) menyelar tindakan RTM untuk menamatkan perkhidmatan Chou Z Lam tanpa alasan yang munasabah. Menurut kenyataan Lim Si Pin dalam bahasa Cina, RTM menamatkan kontrak Chou Z Lam secara tiba-tiba, malah mengiringi Chou Z Lam keluar dari pejabat dengan pegawai keselamatan, mencungkil keraguan bahawa penamatan kontrak ini berhubung kait dengan pendedahan Chou Z Lam sebelum ini.


Sungguhpun Pemuda Gerakan mengiktiraf hak RTM untuk melaksanakan kuasanya di bawah peruntukan kontrak, tetapi Pemuda Gerakan tidak bersetuju dengan cara RTM menamatkan perkhidmatan Chou Z Lam sewenang-wenangnya, yang dianggap akan menjejaskan imej dan krediliti RTM.


*Tan Pek Kwan ialah Eksekutif (Editorial) MerdekaReview, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.


PRK Hulu Selangor: 4 Pelajar UKM Berkemungkinan Digantung Pengajian.. Kita Tunggu 4 Jun Nanti..


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.

Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.

Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.

“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.

Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.

“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.

“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.

“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.

Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.

Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.

Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.

Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”

“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.

Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian.

Betul Ka.. Bekas Timb. Pengerusi KTHP Kata Kerajaan Kedah Lemah Dalam Masalah Urus Tadbir Dan Pelaburan Di Kedah... Tolong Jawab Sapa yang Lemah...


Kedah bakal hilang pelabur di KHTP?

KULIM 13 Mei - Kedah mungkin kehilangan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit ekoran kegagalan kerajaan negeri menguruskan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini dengan cekap.

Bekas Timbalan Pengerusi KHTP, Datuk Chong Itt Chew mendakwa, berdasarkan maklumat yang diterimanya, para pelabur kini mula menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan urus tadbir dan usaha kerajaan negeri mengekalkan pelaburan sedia ada di negeri itu.

Lebih membimbangkan katanya, keadaan tersebut juga menimbulkan implikasi negatif memandangkan beribu-ribu pekerja akan hilang punca pendapatan sekiranya pelabur mengambil keputusan menutup kilang dan berpindah ke kawasan lain.

"KHTP mungkin berdepan dengan situasi malang jika kerajaan negeri terus gagal mengambil tindakan proaktif mewujudkan iklim pelaburan yang baik.

"Situasi ini sungguh berbeza dengan zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Kini, pelabur hanya menunggu masa untuk cabut lari kerana mereka kurang yakin menanam modal," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jalan Paya Besar dekat sini kelmarin.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan, pengeluar cip komputer terkemuka, Intel Corporation dijadual menutup operasi kilang membabitkan unit pemasangan, pengujian dan penyelidikannya di KHTP dalam tempoh setahun.

Difahamkan, operasi unit kilang tersebut akan dipindahkan ke Arizona, Amerika Syarikat.

Berikutan itu, seramai 500 pekerja kilang terbabit yang kebanyakannya berjawatan pengurus dan jurutera dijangka hilang kerja atau berdepan dengan kemungkinan dipindah ke kawasan lain.

Intel merupakan antara pelabur terbesar di KHTP dengan nilai penanaman modal kini melebihi AS$3.7 bilion (RM12.95 bilion).

Itt Chew yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkaitan pelaburan memberitahu, selain situasi tersebut, kerajaan Kedah turut gagal memainkan peranan menarik pelabur baru terutamanya pelaburan langsung asing (FDI) ke KHTP.

"Semasa BN memerintah, kita berjaya menarik kira-kira RM1.24 bilion pelaburan setahun ke situ. Angka ini bukanlah suatu rekaan dan semua pihak boleh semak rekod kita," katanya.

Tambah beliau, kejayaan kerajaan negeri pimpinan BN menarik pelaburan baru ketika itu dianggap memberangsangkan kerana ia membuka peluang kepada puluhan ribu penduduk bekerja dalam sektor industri dan perkhidmatan di KHTP.

Sejak beroperasi pada 1996, KHTP berjaya menerima kemasukan daripada 21 syarikat multinasional dengan jumlah pelaburan RM23 bilion.

Dari segi peluang kerja pula, KHTP telah menawarkan 16,000 pekerjaan meliputi pelbagai bidang seperti pembuatan cip, elektronik, kejuruteraan dan sokongan.

Selain Intel, antara syarikat terkemuka yang menjalankan operasi di situ adalah Infineon, Fuji Electric, First Solar, Entegris dan Frontken.

Perjuangan Ashaari Tegak Islam Diteruskan : Muhammad Inaamullah, Anak Abuya


REMBAU, 14 Mei — Anak pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad dikebumikan di tapak perkuburan Pilin, Rembau yang meninggal dunia semalam ketika dalam usia 72 tahun berkata, perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan walaupun tanpa ketiadaan Allahyarham. Muhammad Inaamullah, 38, anak ke-10 daripada 38 beradik memberitahu, “perjuangan ayah untuk menegakkan Islam akan tetap diteruskan.” “Ia tidak akan terhenti meskipun ayah sudah meninggal dunia. Selama ini pun, ayah tetap meneruskan perjuangan beliau walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

“Beliau tetap tabah menghadapi semua itu,” kata beliau ketika ditemui di sini malam tadi.

Muhammad berkata, Allahyarham Ashaari dimasukkan ke Hospital Ipoh Specialist Center Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

“Sebelum ini memang Allahyarham selalu berulang-alik ke hospital kerana penyakit tersebut tetapi saya tidak menyangka beliau akan pergi buat selama-lamanya semalam.

“Saya sudah sebulan tidak berjumpa dengannya kerana selama tiga bulan beliau bermusafir di Australia, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini pada kira-kira pukul 10 malam tadi.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.

Kira-kira 2,000 orang hadir pada majlis pengkebumian. Ashaari lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Sementara itu, pengikut kanan Ashaari, Zeid Akhta Mohd Arif, 39, berkata semenjak 2004 Allahyarham Ashaari banyak memberikan tumpuan ke atas perniagaan Islam yang diasaskannya, Global Ikhwan Sdn Bhd.

“Allahyarham banyak memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan yang mana kita mempunyai sebanyak 700 rangkaian di seluruh dunia,” katanya.

“Jadi Allahyarham sibuk melawat rangkaian-rangkaian perniagaan. Kita banyak menghasilkan produk Islam seperti produk makanan dan minuman,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bekas anak murid Ashaari, Azman Abdillah, 38, berkata, semenjak Al-Arqam diharamkan pada 1994 beliau tidak pernah bertemu Ashaari kerana mempunyai komitmen lain.

“Walaupun tidak berjumpa kami masih menghubungi antara satu sama lain.

“Ini kerana hubungan antara seorang guru dan anak murid tetap tidak akan putus,” katanya.

Beliau berkata, Allahyarham Ashaari merupakan seorang individu yang konsisten dalam perjuangan dan mempunyai pendirian teguh.

“Beliau seorang yang konsisten, mempunyai sasaran yang tidak pernah berubah, misi dan visi tetap sama selain tidak pernah mengalah dalam memperjuangkan Islam.

“Beliau tidak pernah memperjuangkan Islam dengan cara kasar sebaliknya lebih bersifat lembut dengan mengajak orang supaya mendekatkan diri dengan Allah.

“Selain itu, beliau berjuang dengan ikhlas dan tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Boleh katakan beliau berdakwah dengan lembut dan sabar,” katanya.

Seorang lagi anak murid Ashaari, Abd Rahman Mohamad, 40, berkata Allahyarham Ashaari mempunyai teknik pembalajaran yang pelbagai namun tujuannya tetap sama iaitu mendekatkan diri dengan Allah.

“Saya sudah 23 tahun menjadi anak murid beliau dan sepanjang tempoh tersebut banyak yang telah saya pelajari.

“Beliau sering mengingatkan supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah,” katanya.

Seorang lagi anak murid Ashaari, Zulkifli Mohd Noor, 52, berkata Allahyarham mempunyai peribadi dan perwatakan yang begitu baik selain ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

“Allahyarham ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan apa yang beliau katakan pasti akan dilaksanakan.

“Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada anak-anak murid tetapi orang Islam juga.

“Namun begitu, beliau banyak meninggalkan khazanah seperti buku-buku, kaset dan sebagainya yang boleh dijadikan panduan,” katanya.

Jenazah Ashaari Selamat Dikebumi di Kampung Asalnya

Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.


Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

- Bernama

Video Hot: Guru Memukul Murid Keterlaluan Dipecat.. Aksi Perbuatan Guru Dirakam dan Tersebar



GILA!!.. NGERI!!.. Aksi Brutal!!.. Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



GILA!!.. NGERI!!.. Aksi Brutal!!.. Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



GILA!!.. NGERI!!.. Aksi Brutal!!.. Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun.. [FOTO + VIDEO].. Seorang guru sekolah telah dipecat setelah dia menyerang secara brutal murid berusia 13 tahun di depan kelas penuh mahasiswa, menurut laporan US. Rekaman video kekerasan muncul menunjukkan Sheri Davis menyeret, menendang dan menampar siswi kelas enam Yesaya Johnson sampai saat ia meringkuk di sudut.



Pemukulan tersangka diperkirakan berlangsung selama hampir satu menit, syuting pada ponsel direkam murid lain sebelum diposting di YouTube. Pejabat di Jamie’s House Charter School, pusat untuk anak anak dengan masalah disiplin di Houston, Texas, berkata sungguh mengerikan.

GILA!!.. NGERI!!.. Aksi Brutal!!.. Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..


Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..




Guru berusia 40 tahun itu telah dipecat dan bos telah meminta maaf kepada anak muda tersebut dan ibunya Alesha Johnson sangat marah. Polisi telah dipanggil untuk menyelidiki di tengah kemarahan publik, yang datang setelah video diperoleh oleh Ms Johnson dan disiarkan di Houston saluran Fox News.

Beberapa anak tertawa dapat didengar dalam rekaman sementara Yesaya berjuang untuk membela diri terhadap serangan guru. “Aku berada di dinding seperti ini mencoba untuk menjauh dari dia dan dia mulai memukuliku, membenturkan kepalaku ke dinding dan menendang saya,” kata Yesaya.



“Para guru berkumpul dan mereka semua hanya menonton.”



Ms Johnson mengatakan anaknya pulang dengan luka memar di wajahnya dan mata hitam hari itu. “Dia berkata” Mum apa yang akan terjadi pada seorang guru yang memukul anak-anak ‘?



“Katanya. ‘Aku segera menelepon sekolah untuk mencari tahu apa yang sedang terjadi.


Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..


“Mereka semua menari nari, bermain dan mereka senang musik dan mereka menari. “Salah satu gadis berkata kepada anak saya” Diam, berhenti tertawa padaku atau aku akan pukul Anda di wajah “. Anakku melompat mengatakan “ayo memukulku”. ‘Sang guru melihatnya melalui jendela dan saat itulah dia datang dengan mengatakan “Kamu mau memukul gadis kecil?” dan mengatakan bahwa ia harus memberinya pelajaran.



“Anakku tidak pernah menyentuh gadis itu’, dia mengatakan kepada Fox News. Guru yang menyerang sekarang sedang ditanyai oleh pejabat sekolah dan menghadapi tindakan disipliner. Davis dilaporkan bekerja di sekolah selama tiga tahun dan tidak ada keluhan apapun sebelumnya.



Ms Johnson mengajukan keluhan kepada Departemen Kepolisian Houston, dan menambahkan bahwa ia tidak puas dengan respon sekolah. “Walau guru yang memukul anak saya telah meminta maaf,” katanya.

“Tapi aku tidak puas. Mereka (sekolah) memiliki kamera di setiap kamar, mereka mengatakan kepada saya untuk kembali dalam beberapa jam karena mereka harus memutar mundur kaset-kaset untuk kembali ke hari itu.


Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



“Ketika mereka memanggil saya kembali, mereka meminta saya untuk datang ke sekolah. Saya tanya mereka apakah mereka melihat apa yang terjadi di kelas dan mereka mengatakan bahwa mereka tidak bisa melihat apapun dan mereka ingin saya melupakannya.”



Kantor Harris County Sheriff dikonfirmasi Fox News bahwa penyelidikan sedang berlangsung, meskipun tidak ada tuntutan yang telah diajukan. Kepala sekolah David Jones berkata: “Sekarang bahwa pejabat di Jamie’s House Charter School telah melihat video di Fox News, kita merasa ngeri dengan tindakan guru.



“Tidak ada alasan bagi guru untuk berperilaku dengan cara ini dengan seorang anak. Meskipun kami sudah mengeluarkan guru dari kelas dan memberinya tugas administrasi, kami sekarang berencana untuk memecatnya dan membuat permintaan maaf kepada mahasiswa dan ibunya.



“Selain itu, sekolah akan menyelidiki apakah guru-guru lain menyaksikan kejadian yang mengerikan dan tidak melaporkannya. Para guru dapat menghadapi tindakan disiplin, juga.


Guru Menyeret, Menendang dan Memukuli Murid 13 tahun..



Pendidik yang dipercayakan oleh orang tua mendidik anak-anak mereka setiap hari dan kami memiliki tanggung jawab untuk melihat bahwa mereka tidak hanya diajarkan tetapi diperlakukan dengan baik. “Insiden ini melanggar prinsip Jamie’s House Charter School.”


sumber : daily mail

Tuduhan Liwat II: Misteri, Sudah Diliwat Tapi Masih Kelihatan Gembira

Karpal juga mempertikaikan kenapa Saiful kelihatan gembira berada di rumah Anwar, sehari selepas diliwat sedangkan dia takut dan tertekan akibat kejadian itu. Seorang lagi Peguam Anwar, Sankara Nair berhujjah sikap Saiful itu menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, Dia dan Anwar masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa.


Misteri, Kenapa Si Saiful Masih Berada Di Rumah Anwar Selepas Diliwat Sehari Sebelumnya, Malah Beliau Juga Kelihatan Gembira Ketika Itu !

Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful.

Sesekali, Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku, perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas dirinya.

Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju.

Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini.

Perbicaraan Kes Liwat II Bersambung 31 Mei

Perbicaraan kes liwat II yang sepatutnya bersambung esok ditangguh sehingga 31 Mei selepas peguam Karpal Singh memaklumkan pihak pembelaan akan memasukkan afidavit berhubung keputusan hakim yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan keterangan bersumpah Mohd Saiful Bukhari di Mahkamah Rayuan esok

Saiful Jumpa Rodwan Kata Diliwat Luar Negara

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Karpal Pertikai Saiful Gembira Selepas Diliwat

Saiful dilihat “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Semasa pemeriksaan balas, peguam bela, Karpal Singh membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwatnya.

Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.

Karpal juga mempertikaikan kenapa Saiful kelihatan gembira berada di rumah Anwar, sehari selepas diliwat sedangkan dia takut dan tertekan akibat kejadian itu.


Seorang lagi Peguam Anwar, Sankara Nair berhujjah sikap Saiful itu menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, Dia dan Anwar masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Apa yang memusykilkan kita, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum sempat Saiful menjawap.

Seolah-olah dia diamanahkan untuk menyelamatkan Saiful dari tersalah cakap dan akhirnya akan memerangkap dirinya.

Saiful Mengaku Tidak Cuci Jubur Selepas Diliwat

Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci juburnya pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.

Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat

Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat oleh Anwar.

Saiful Buat Laporan Polis Kerana Terima Ugutan

Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Justeru, petang semalam beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya semalam.

Rentetan perbicaraan kes liwat II hari ini, seolah-olah menyerlahkan lagi berlakunya konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dalam kes ini. Soalnya sekarang kenapa Hakim menghalang Peguambela Anwar untuk mendapatkan keterangan bersumpah Saiful.

Cuba fikirkan, dia siapa yang membolehkan berjumpa dan berhubung dengan orang-orang yang dipercayai terlibat dalam konspirasi liwat I seperti Musa Hassan, Rodwan Yusof dan sebagainya. Malah, dia siapa yang membolehkan berjumpa Najib Razak, Ezam Md Noor serta lain-lainnya?.

Kenapa dia tidak terus lapor polis tanpa perlu berjumpa pihak terbabit?. Malahan, cuba difikirkan, mereka semua kini mendapat habuan masing-masing, Ezam (Senator), Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Rodwan Yusoff (Ketua Polis Melaka), Gani Patail (Peguam Negara) dan ramai lagi. Bukankah ini sudah jelas untuk membuktikan kepada kita terdapat usaha ke arah itu sebenarnya.

Manusia hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan segalanya....

Pahang Daily Online

KSSB Nafi Dakwaan MP Kapar, Bagi Tempoh 48 Jam Memohon Maaf Jika MP Kapar Gagal Saman Fitnah akan Diambil


SHAH ALAM, 13 Mei — Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, bahawa wujud amalan rasuah membabitkan pegawai kanan dalam anak syarikat kerajaan negeri itu.

Pengarah Eksekutifnya Ramli Abd Majed, berkata Kumpulan Semesta yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu, mahu Manikavasagam (gambar) menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

Katanya syarikat itu akan memfailkan saman fitnah terhadap Manikavasagam jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan.

“Tuduhan kerugian dan salah urus adalah tindakan bagi merosakkan nama baik syarikat,” kata Ramli dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata syarikat itu membuat keuntungan dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan yang telus bagi mengekang amalan rasuah dan rela memberi kerjasama penuh kepada agensi yang menyiasat bagi membersihkan semua tuduhan tidak berasas itu.

Ramli berpendapat Manikavasagam perlu meletakkan jawatan dan membayar pampasan kepada Kumpulan Semesta kerana mencemarkan nama baik jika syarikat itu didapati bebas daripada semua dakwaan tersebut.

Semalam, Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata dakwaan rasuah dalam Kumpulan Semesta itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

VCD dokumentari Komas itu dirampas polis Tiada Unsur Hasutan

Pengarah eksekutif Pusat Komuniti Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann berkata pihak polis bersetuju memulangkan VCD dokumentari Komas selepas mendapati ia tidak mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah.

Sejumlah 200 keping VCD dokumentari Komas itu dirampas polis di sebuah rumah di Sibu semalam.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kandungan VCD berbahasa Iban tersebut berunsur hasutan.

Huzir berkata, polis percaya VCD itu hendak untuk diedarkan di rumah panjang sekitar kawasan parlimen Sibu sempena pilihan raya kecil Ahad ini.

Tan memberitahu Malaysiakini bahawa polis telah memanggil tuan rumah terbabit untuk dirakamkan kenyataan tengahari tadi.

Selepas itu, katanya, pemilik rumah berkenaan telah menghantar SMS kepada kakitangan Komas di Kuala Lumpur.

Tan berkata, SMS itu memaklumkan bahawa pihak polis mendapati kandungan VCD tidak berunsur hasutan dan akan dipulangkan.

Bagaimanapun, katanya, tidak pula dinyatakan bila kesemua VCD tersebut akan dipulangkan.

Sebelum ini, Tan dilaporkan menuntut pihak polis memulangkan semula kesemua 200 keping VCD dokumentari mereka yang dirampas semalam.

Menurutnya, dokumentari berjudul Selepas Tsunami dengan durasi selama 35 minit itu hanya menyiarkan peristiwa yang terjadi selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Tan berkata, pihak polis sepatutnya menyelidik kandungan VCD tersebut terlebih dahulu sebelum merampasnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.