Dia cuma cakap ikut kepala dia saja.
Itu rumusan paling tepat bagi menunjukkan bahawa artikel blogger dalam buangan (baca: pelarian) Raja Petra Kamaruddin sekali lagi berjaya dikantoikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Raja Petra dalam artikel di laman Malaysia Today semalam mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari di Jakarta, Indonesia pada 16 Julai 2012.