Terkini!! Siaran Langsung Wacana Sinar : Artis dan Politik.. Jom Saksikan!!



Ikuti di sini...


PELAKON, Bob Lokman yang kini aktif sebagai penceramah bebas, akui bersedia untuk bercerita perkara-perkara yang membuka fikiran di pentas Wacana Sinar petang ini, yang akan mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi.
“Di mana-mana pun saya dipanggil, saya datang dengan niat dakwah. Saya bersedia untuk bercerita dengan benda-benda yang membuka fikiran.

“Sebab dalam perjuangan saya, saya yakin bahawa saya sedang membuat perkara yang betul.  Jadi, apabila saya yakin apa yang saya buat itu benda betul, saya perlu sampaikan pada orang,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Selain beliau, anggota panel lain terdiri daripada Presiden Seniman, Zed Zaidi; Hairie Othman dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Mengulas soal penglibatan artis dalam politik, Bob Lokman tidak menolak pihak tertentu mengambil kesempatan ke atas artis terbabit.

“Saya lihat, bukan semua artis berpolitik. Tetapi apabila dah sertai, kebanyakan membawa artis dalam istilah yang tak cantik iaitu ambil kesempatan daripada artis itu untuk kepentingan parti itu. Tapi memang tak boleh lari. Memang kena begitu,” katanya.

Katanya, populariti artis turut dimanfaatkan sebagai umpan untuk menarik kehadiran orang ramai.

“Apabila artis masuk dunia politik, kebanyakan artis bercerita tentang apa yang dia tahu. Saya juga begitu. Tapi saya tidak mempunyai kehendak politik.

“Saya bukan nak jadi wakil rakyat. Saya bukan orang yang mahir dengan perjalanan politik. Tetapi dalam keadaan tertentu, untuk orang datang ke majlis politik, populariti saya itu boleh dijadikan umpan,” katanya.

Seperti lazimnya, Wacana Sinar akan berlangsung di auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Ia akan berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.45 petang ini.

Program ini anjuran bersama Sinar Harian Online dan mobTVmy.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.