NEW YORK – Harga minyak menjunam lagi semalam apabila diniagakan di bawah paras AS$50 setong untuk kali pertama sejak April 2009 berikutan petunjuk pasaran bahawa bekalan minyak mentah global melebihi permintaan pada tahun ini.
Minyak mentah Benchmark Amerika Syarikat (AS) menurun kepada AS$49.77 (RM178) sebelum kembali menokok sebanyak AS$2.65 (RM9.47) atau lima peratus untuk ditutup pada harga AS$50.04 (RM178.91) setong.