LIVE Dari Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar - Majlis Lantunan Mahabbah



Ustaz Menjawab Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi


Soalan 


Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali Akan Hadir Bersama Ulama Muda UMNO dan Zulkifli Nordin Dalam Program Munajat Perdana "Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut Hari Ini"? Derhakakah Mereka Kepada DYMM SPBY Agong???

oleh AnakKedah007

http://4.bp.blogspot.com/-1rvppv1H9A8/Tv3zMg7OVoI/AAAAAAAAFjg/dt-csUdtL1c/s1600/1qas.jpg

Gua nak cabaq hasan ali... jika betoi dia tak terlibat sila nafikan sekeras2nya berkenaan kehadiran seperti terpampang di poster ini.. gua hendak lu jawab sepantas kilat sepertimana lu nafikan kata mintak maaf kat Nik Aziz tempohari... Jika lu betoi2 datang lu memang cari nahas dengan orang Kedah....

Tapi gua masih berharapan yg puak2 derhaka dengan keputusan majlis fatwa nie menjalankan propaganda juai nama luuu dalam program mereka.... jadi utk nak bagi clear lu sila nafikan segera berkenaan kehadiran tersebut.....

Isu Kepala Babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor, Apa Kisah Sebenarnya???

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Nenek Buta Ini Punyai Keupayaan 'Luar Biasa', Jom Lihat Kelebihan Yang Allah Anugerahkan Kepadanya..

BUTA...Mek Long tidak boleh melihat sejak  berusia 27 tahun.
BUTA...Mek Long tidak boleh melihat sejak berusia 27 tahun.
KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan.
KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan.
BESUT: Seorang wanita cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, layak digelar ‘warga emas super’ apabila masih mampu melakukan rutin harian tanpa mengharapkan bantuan.
Warga emas itu bukan saja mampu memasak, membasuh dan mengemas rumah, malah boleh melakukan kerja berat yang tidak terdaya dilakukan orang celik seperti memanjat pokok kelapa.

Keistimewaan Mek Long itu menjadikannya kebanggaan penduduk yang menganggapnya wanita luar biasa.


Mek Long yang tinggal bersama suami ketiga, Hassan Awang, 69, di Kampung La, Hulu Besut, di sini, berkata, dia tidak memiliki rahsia atau mengamalkan petua, sebaliknya menganggap ia anugerah Allah.

“Kita kena kuat semangat dan rajin usaha. Seumur hidup, saya tak pernah minta bantuan orang. Saya bersyukur Allah beri saya hati yang terang.


“Sejak muda hingga sekarang, saya buat kerja termasuk jual sayur dan pucuk paku di Pasar Jertih, berkebun dan cari kayu api di hutan. Semuanya buat sendiri.



“Cuma sejak diserang asma, saya tak buat kerja itu lagi dan banyak berehat di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Mek Long yang menghidap asma sejak tujuh bulan lalu berkata, walaupun tidak boleh melihat, namun dia boleh membezakan antara siang dan malam, malah mengetahui tiba waktu solat hanya berpandukan suara ayam berkokok.


“Biasanya jika masuk waktu Subuh, ayam berkokok sekali manakala jika waktu Zuhur, ayam berkokok dua kali berturut-turut.

“Jika waktu Asar pula, ayam berkokok tiga kali berturut-turut. Jika waktu Maghrib, ayam berkokok di bawah rumah,” katanya.


Sementara itu, adik Mek Long, Azizah Salim, 66, berkata, dia bangga mempunyai kakak luar biasa dan menganggap semua itu anugerah Allah yang tidak ternilai.


“Hati dia terang walaupun tidak nampak, tetapi kehidupannya sama seperti orang celik. Tidak hairan kerana apa yang berlaku kuasa Allah,” katanya.


Azizah yang tinggal bersebelahan rumah Mek Long berkata, kakaknya itu tidak pernah meminta bantuannya, sebaliknya melakukan semua kerja sendiri termasuk menguruskan keperluan suami yang juga buta.


“Tanggungjawab terhadap suami dilakukannya sama seperti wanita celik lain. Dia bukan saja memasak, mencuci atau mengemas rumah, tetapi boleh membeli barangan keperluan harian sendiri.


“Orang kampung sudah biasa dengannya, tetapi kalau orang tak biasa tengok, mesti ingat dia celik. Dia berjalan laju, tak macam orang buta.


“Jika terlajak lorong rumah penduduk kampung yang dia nak pergi, dia akan berhenti dua atau tiga saat dan berpatah semula sebelum masuk ke lorong rumah berkenaan,” katanya.


Menurutnya, kakaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengabaikan solat sejak kanak-kanak hingga sekarang selain penyabar.


“Walaupun tidak nampak tetapi boleh membezakan antara malam dengan siang.


“Pernah ketika bersembang bersama jiran, tiba-tiba dia memberitahu kami ketika itu sudah masuk waktu sembahyang sama ada Zuhur, Asar atau Maghrib. Biasanya selepas dia kata begitu, selang beberapa minit kemudian azan berkumandang.


“Pernah juga pada Ramadan, dia mengejutkan saya untuk bersahur,” katanya.


Azizah berkata, Mek Long ketika kanak-kanak seorang yang celik, tetapi penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebaik memasuki zaman remaja.


Katanya, penglihatan wanita berkenaan hilang sepenuhnya selepas beberapa bulan berkahwin dengan lelaki celik dari kampung sama ketika berusia 27 tahun.


“Masa baru kahwin, dia ‘buta ayam’ tetapi beberapa bulan selepas itu terus tidak nampak,” katanya.


Azizah berkata, Mek Long dan suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 seorang bagi menampung kehidupan mereka.


“Sejak sakit, saya bimbang terjadi apa-apa kepadanya dan sentiasa berdoa semoga Allah melindunginya dan suami,” katanya.

18 sx: Panas Menggila!!! Anastascia Model Jelita Sedang Membuka Pakaian Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, Penjaga Gol Kebangsaan.. Untuk Apa Nie???


 

Pemain bolasepak bertukar menjadi selebriti? Itulah yang sedang berlaku kepada dunia bolasepak tempatan.

Dari hanya sekadar picisan dan tidak dikenali sesiapa, kehebatan pemain Harimau Muda dan Harimau Malaya telah meningkatkan semangat dan sokongan peminat. Ia sekaligus mengangkat nama-nama pemain bolasepak tempatan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nazmi Faiz dan yang paling penting, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol kebangsaan.

Tidak terlepas dari gosip-gosip liar, jejaka kacak dari Kelantan ini telah dipanggil untuk menghiasi muka depan Majalah Glam lelaki isu Januari dan Februari 2012. Khairul Fahmi telah digandingkan bersama seorang model wanita bernama Anastascia untuk isu ini dan digelar ‘World Class Goalkeeper’ oleh Majalah Glam.

Ingin melihat gambar dan cerita lebih lanjut mengenai Khairul Fahmi? Dapatkan Majalah Glam lelaki di pasaran sekarang!

Rilek-Rilek Jiwa!!! Video - Jom Tengok OMBAK RINDU Full Movie



Pengarah

Penulis:
:
(Lakon layar)

Lakonan:
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)

Krew:
:
(Penyunting)
:
(Pengarah Seni)

Penerbit:
:
(Penerbit)


Sinopsis:

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. 

Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Slogan ‘Customer is Always Right’ Perlu Ditukar Kepada ‘Bank is Always Right’ di Bank Islam... Inilah Hakikat Yang Berlaku Kepada Pelanggan Ini...

Saya merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.
Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar  untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.
Saya menyemak akaun setelah memperolehi  kad debit tersebut dan potongan RM10.00 dikenakan untuk kad tersebut. Saya akur caj yang dikenakan ini memandangkan kad baru dikeluarkan kepada saya.
Setelah itu saya cuba untuk melakukan transaksi kad debit tersebut di sebuah pasaraya namun malangnya kad tersebut tidak dapat digunakan. Saya terus ke mesin  ATM terdekat untuk mengeluarkan tunai tetapi turut gagal. Saya mengesyaki kad saya mengalami masalah tetapi urusan kewangan saya tetap tidak dapat dilakukan memandangkan bank cuti sempena perayaan Krismas. Saya terpaksa meminjam wang daripada individu lain kerana saya terpaksa bergegas ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi.  Saya ke Bank Islam cawangan Kuah Langkawi untuk menyelesaikan masalah ini namun hampa apabila pihak bank mencadangkan saya kembali ke Bank Islam Kepala Batas untuk meyelesaikan masalah ini.
Sebaik pulang ke Kepala Batas, saya terus ke Bank Islam untuk meyelesaikan masalah ini namun sekali lagi hampa apabila pegawai bank menyuruh saya membuat kad baru dan sekali lagi caj kad RM10 dikenakan kepada saya. Saya memaklumkan kepada pegawai mengenai masalah kad tersebut namun pegawai tersebut menyalahkan saya kononnya saya yang merosakkan kad tersebut. Kecewa dengan layanan biadap pegawai tersebut saya berniat untuk menutup akaun Al-Awfar. Pegawai tersebut mengalu-alukan penutupan akaun tersebut dan menyuruh saya berjumpa dengan pegawai lain yang bertugas dalam urusan penutupan akaun. Tidak cukup dengan itu caj RM20 juga akan dikenakan jika saya meneruskan niat menutup akaun tersebut.
Mujurlah seorang pegawai bank kerkopiah putih di situ cuba memahami masalah saya dan cuba menyelesaikan masalah saya dengan pendekatan yang agak baik iaitu memindahkan wang dalam Akaun Al Awfar tersebut ke akaun gaji saya. Urusan itu dilakukan tanpa dikenakan caj dan masa 3 bulan diperlukan untuk menutup akaun Al Awfar tersebut.
Slogan ‘customer is always right’ langsung tidak boleh dipakai dan ditukar kepada ‘Bank is always right’ di Bank Islam. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil adalah haram di sisi Islam.  Sangat mengecewakan apabila Bank Islam yang menggunakan nama Islam mempamerkan imej dan perkhidmatan yang lebih ‘konvensional’ daripada bank-bank konvensional sedia ada.
Saya berharap pihak pengurusan Bank Islam dapat melakukan penambahbaikan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan Bank Islam. Elakkan daripada menindas dan menyusahkan pelanggan-pelanggan anda. Latih pegawai-pegawai anda supaya lebih berhemah dalam bidang tugas mereka dengan pelanggan. Sebagai sebuah bank yang menggunakan Islam sebagai namanya harapan saya semoga servis Bank Islam lebih ‘Islamik’ selepas ini.
Muhamad Shahabudin Hassan, Pulau Pinang

Kes Roboh Surau : MB Ku Bidas Sikap Anak Tun Mahathir, UMNO Tiada Isu Dalam Hal Ini..

ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Kemelut Dalam Cawan Telah Selesai, Hasan, Nasha Temui TG Nik Aziz Dan Pimpinan Atasan Parti

Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menemui Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Sejauhmana Siasatan TPM Ke Atas SU Sulit Kanannya Yang Didakwa Terima Sogokan Besar... Jom Bongkar!!!

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menerima sogokan.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media pada hari ini mendakwa Setiausaha Sulit kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

“Bagi DPP Malaysia, dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Dalam hal ini, TPM perlu membersihkan namanya dengan bersikap berani dan telus menyiasat secara menyeluruh dakwaan tersebut,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan orang kepercayaan beliau.

Jika benar dakwaan tersebut, ujarnya TPM itu perlu mengambil tindakan tegas terhadap setiausaha sulit kanannya.

Ini, katanya sebagai suatu hukuman bahawa kedudukan sebagai orang penting dan di tempat strategik bukan boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Ia juga, tambah beliau sebagai peringatan bahawa amanah bukan suatu yang boleh dipandang ringan, melainkan ia perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

Jika dakwaan tersebut pula tidak benar, ujarnya TPM perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dakyah tersebut.

Menurtnya lagi, fitnah dan spekulasi tidak boleh dibiarkan berleluasa oleh pihak tertentu yang dengki kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang.

Belia berkata, budaya fitnah adalah budaya yang tidak sihat yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara ini.

Katanya, DPP Malaysia mengingatkan bahawa isu rasuah dan penyelewengan kuasa merupakan teras terhadap kejayaan atau kegagalan kepemimpinan negara.

Baginya, pemimpin yang berjaya bukan setakat diukur terhadap prestasi kerjanya semata-mata, lebih dari itu bagaimana pemimpin tersebut menunaikan amanah yang dipikulnya sebaik mungkin.

Ini, ujarnya termasuk mereka yang terlibat secara langsung sebagai pembantu dan pegawai pemimpin tersebut.

“Seseorang pemimpin akan dianggap gagal sekiranya beliau dan orang bawahannya terkait dengan pelbagai skandal yang memburukkan nama beliau dan parti pimpinannya meskipun hasil kerjanya cemerlang,” ujarnya.

Katanya, DPP Malaysia percaya rakyat Malaysia inginkan pemimpin negara yang benar-benar bersih, jujur dan ikhlas dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti terhadap rakyat dan negara.

“Sebaliknya rakyat jemu dan benci terhadap pemimpin yang mengharapkan sokongan rakyat, tetapi akhirnya mengaut keuntungan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya lagi.

Inspektor Polis Ditetak Ditetak Lelaki Untuk Diberikan Surat Saman... Apa Cerita Sebenarnya Nie, Takkan Sampai 12 Pegawai Polis Dihantar Untuk Serah Saman??

ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.
Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.
"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

TPM Jawab Surat Perletakan Jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi kenyataan perdana menteri bahawa menteri kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada menyerahkan surat peletakan jawatan.

Ketika ditanya pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak ada."

Terdapat spekulasi hangat bahawa kabinet minggu lalu menerima peletakan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia mula tersebar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah (atas) pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.

Benarkah 80% Rakyat Malaysia Yang Berpendapatan Kurang RM3000 Untuk Satu Isi Rumah??? Apakah Pemberian RM500 Oleh Kerajaan Dilaksana Secara Telus Dan Amanah...

Oleh Lanh

Kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan dan rakyat dalam pemberian wang bantuan RM500 sekali beri, tetapi dalam keghairahan pemimpin negara dan mediahttp://3.bp.blogspot.com/-PPsOyX9KsPM/TuME6AZxffI/AAAAAAAAA-s/kcuuWxJBHwQ/s1600/bantuan500_thumb%255B4%255D.jpgmassa membesar-besaran pemberiaan berkenaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan; terdedahlah satu hakikat yang perlu direnungkan – hanya 20 peratus saja isi rumah di negara ini yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan!


Kementerian Kewangan menyatakan RM2.6 bilion akan mula dibayar mulai pertengahan Januari depan yang akan memanfaatkan 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada isi rumah di negara ini. Jika 79.5 peratus daripada seluruh isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, bermakna hanya ada 20.5 peratus saja isi rumah yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Sekarang ini pendapatan isi rumah biasanya disumbangkan oleh suami dan isteri; ini bermakna jika sebuah keluarga itu berpendapatan RM3,000 sebulan; masing-masing hanya berpendapatan dalam lingkungan RM1,500. Jika perkiraan begini dilakukan apakah ini bermakna kira-kira 80 peratus daripada rakyat berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan?

Dengan berpendapatan RM1,500 atau kurang daripada itu sebulan, hakikat ini perlulah menjadi bahan renungan kita – benarkah rakyat dalam ambang berpendapatan tinggi seperti yang dicita-citakan sesetengah pemimpin negara ini. Bagi kita perolehan sebanyak RM1,500 sebulan tidak begitu jauh daripada garis kemiskinan apatah lagi jika seseorang itu tinggal di kota dan bandar-bandar besar.

Jika sedar bahawa sebahagian besar daripada rakyat adalah miskin atau golongan sederhana (kira-kira 80 peratus daripada penduduk), maka sewajarnya langkah-langkah drastik dan berkesan dilakukan untuk mengatasi masalah ketidak-mampuan rakyat ini. Dengan pendapatan RM1,500 sebulan di kota sebenarnya tidak banyak perkara keperluan hidup yang boleh dilunaskan. Sewa (bayaran ansuran) rumah, tambang pengangkutan dan bayaran utiliti bulanan sudah cukup untuk melangsaikan wang sebanyak itu

Jadi bagi kita, usaha mengurangkan beban golongan majoriti rakyat golongan miskin dan sederhana ini bukanlah dengan pemberian sekali beri tetapi merancang mengurangkan penderitaan dan kesempitan hidup mereka. Isu jelas yang paling membelenggu rakyat adalah kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang sejak akhir-akhir ini seperti tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Memberi rakyat wang tunai RM500, dengan cepat mereka boleh menghabiskannya tetapi dengan berwibawanya kerajaan memastikan harga barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, tepung, susu, minyak, sayur-sayuran, ikan serta ayam dan daging dalam jangkauan rakyat miskin, inilah seribu kali lebih baik dan mulia.

Demikian juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan efisien terutama di kawasan luar bandar adalah amat dialu-alukan. Kini krisis pengangkutan awam di kawasan pinggir kota dan kawasan luar bandar menjadi terlalu buruk sehingga ribuan penumpang di Seremban, Temerloh, Shah Alam dan Kuala Selangor terkandas gara-gara penguasaha pengangkutan awam seperti bas berhenti-henti terpaksa memberhentikan perkhidmatan kerana syarikat mereka mengalami kerugian yang teruk.

Kita sedar syarikat-syarikat ini rugi besar kerana penggendalian perkhidmatan di luar bandar tidak menguntungkan tetapi bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani permasalahan seperti ini. Jika kerajaan boleh berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam canggih seperti MRT di ibu kota, mengapa tidak boleh diperuntukkan sedikit sebanyak untuk melegakan penderitaan rakyat luar bandar?

Berkenaan bantuan sekali beri RM500, kita berharaplah ia bukan umpan di kail, tetapi jika betul-betul umpan, harap-haraplah ikan yang ‘bersekolah’ akan mengigit-gigitnya secara bijaksana, jangan mulut tersangkut di kail sudahlah. Biarkah umpan habis tetapi ikan tak dapat-dapat juga!

Gambar Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim.. Tahniah!! Moga Bahagia Hingga Akhir Hayat..


Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah yang telah menerima Menantu Ke 4 secara rasminya semalam 24 Disember 2011 dan Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie semoga kekal hingga akhir hayat.

Majilis perkahwinan mereka di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Ambil Ingatan!!! Hukum Meraikan Perayaan Krismas


Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b.Baz (Bekas Qadhi Arab Saudi:Pemikir agung Saudi Arabia):

Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi, atau Nasrani (kristian), atau perayaan dari agama-agama lain. Bahkan wajib meninggalkannya, hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, Rasul sallallahu`alaihiwasallam telah mengancam kita daripada menyerupai mereka (kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.


Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah, dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah,maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya, dan jangan saling tolong menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun. tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut& membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Maka wajib bagi muslim dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt sepertimana firman Allah swt:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

[al-An`aam[ [6]:116]

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya,membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang(termasuk umat Islam),dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran & As-Sunnah. Dengan keduanyalah apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima,walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia,dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.


Diterjemah dari sumber: http://www.sahab.net/home/index.php


1) Mengucap tahniah sempena perayaan tersebut.

Syeikh Mustafa Zarqa di dalam kitabnya ‘Al-Fatawa’ menyatakan bahawa tidak mengapa seorang muslim mengucapkan tahniah kepada bukan muslim sempena perayaan ‘Eidul Masih’ (Krismas) jika ia setakat ‘mujamalah’ iaitu menjaga hubungan dengan mereka bukannya mengakui agama dan aqidah mereka atau bersetuju dengan mereka. (Fatawa Mustafa Zarqa MS 355-356)


Dr Yusof Qaradhawi juga mengeluarkan pandangan yang sama di dalam kitabnya ‘Fatawa Muaasyirah’ (Lihat Fatawa Muaasyirah jil 3 ms 668-673)


2) Melibatkan diri dengan perayaan mereka.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar di dalam kitabnya ‘Iqtidhous syirotul mustaqim’. Kesimpulan apa yg telah dibinncangkan beliau ialah haram sama sekali kita melibatkan diri dengan perayaan-perayaan atau majlis-majlis keagamaaan mereka. (Ms 29-34)


Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sohih bahawa Abdullah bin Umar berkata : ‘Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”


Dr Yusof Qaradhawi juga menentang dengan keras penglibatan orang Islam dengan mana-mana perayaan orang bukan Islam seperti perayaan krismas dll.
 

Peringatan:

1. Perlu kita membezakan di antara perayaan keagamaan dan kebudayaan. Yang haram ialah melibatkan perayaan keagaaman mereka sahaja.

2. Walaupun kita diperintahkan untuk berdakwah kepada mereka tetapi ada batasan-batasan yang perlu dijaga .Matlamat tidak menghalalkan cara. (Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku)

3. Konsep dakwah tidak sekali-kali bercanggah dengan mana-mana konsep dalam aqidah atau syariah, tetapi ia perlu beriringan antara satu sama lain. (Akhir-akhir ini kedengaran ada suara yang seolah-olah menganggap dakwah dan syariah ada perbezaan dan percanggahan.)

4. Sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yg disebutkan di atas.Wallahua’lam. Sila rujuk blog milik Ust Khairul Azmi Al-Muqry di http://al-muqry.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.