Kenapa Datuk T Ugut Saya Supaya Letak Jawatan? 21 Feb Lalu saya Bersama-sama Keluarga - DS Anwar


PETALING JAYA 21 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.

"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.
Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
" Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,"tegas Anwar.

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

"Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PKR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

DS Anwar Kecam Konspirasi Terbaru - Video Seks Ini Didakwa Melibatkan Pasukan Special Branch (SB)?

Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan cara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak.

Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

Serangan Fitnah Jahat Terbaru Dalam Bentuk Video - DS Anwar : Polis Mesti Siasat Siapa Lelaki Berperut Buncit Itu?


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

NONEPada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video".

Rakaman Aksi Seks Dengan Perempuan Muda Cina - DS Anwar Difitnah Lagi?


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

NONEKlip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

-Mkini

********************************************************************

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.


Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

http://kickdefella.wordpress.com

(Bergambar) Bukit Bintang KL Semakin Teruk Ternoda Ibarat Seperti Hatyai, Thailand


GELAGAT wanita tukang urut mencari pelanggan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


WALAUPUN jelas melanggar undang-undang, pelbagai taktik digunakan untuk menjalankan perniagaan pelacuran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Trend terkini, mereka memilih kawasan-kawasan strategik yang menjadi tempat tumpuan awam atas nama spa dan refleksologi bagi menjalankan operasi, sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa.

Tindakan itu secara tidak langsung mencalarkan reputasi pihak-pihak lain yang menawarkan perkhidmatan mengurut atau refleksologi secara betul dan bersih.

Seorang tukang urut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Alex’ berkata, pelanggan boleh memilih urutan yang diperlukan dan perkhidmatan akan diberi bergantung kepada permintaan mereka.

“Sekarang you (awak) masuk tempat yang betul, tempat ini kita hanya mengurut kaki tetapi tempat-tempat lain seperti di Bukit Bintang, ada banyak tempat sedia service (perkhidmatan) tidak betul,” katanya ketika ditemui di salah sebuah pusat mengurut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bahagian akhir laporan khas ini berkisar tentang pengalaman yang dialami sendiri oleh wartawan TERMIZI CHE ANUAR dan MUHAMMAD AMIRUL AFIQ MASTOR serta jurugambar, AMIN FARIJ HASAN ketika membongkar kisah di sebalik tirai gelap dan aroma wangi minyak terapi itu.

SUASANANYA tidak ubah seperti di Hatyai, Thailand. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke sana, sudah pasti mengetahui apakah sebenarnya yang digambarkan oleh penulis pada ketika itu.

Bezanya cuma lokasi tersebut bukannya di Thailand tetapi di ibu kota Kuala Lumpur.

Terdapat berpuluh-puluh rumah urut di Bukit Bintang, membuatkan pengusaha melakukan pelbagai cara untuk menarik para pelanggan.

Ada menunjukkan album gambar wanita cantik yang boleh ditempah untuk mengurut serta senarai urutan eksotik yang tidak terfikir oleh akal fikiran bagi yang tidak mengetahui perkara ini.

Dari mandi kucing, badan ke badan, urutan tilam air, urutan gunung berapi, urutan berpusing dan bermacam-macam jenis urutan lagi ditawarkan di kawasan itu.

Kes Menteri Saman Blogger - 'Hei Pak Menteri... mana mau lari...' - Blogger Setuju Tidak Terbitkan Semula


KUALA LUMPUR 21 Mac - Blogger Amizudin Ahmat hari ini bersetuju untuk tidak menerbitkan semula artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri... mana mau lari...' di laman blognya yang didakwa memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd. Yusof ketika permohonan injunksi inter-parte itu didengar di kamar beliau pagi ini.

Ia diperoleh berdasarkan persetujuan bersama yang diberikan oleh Amizudin melalui peguamnya, Gan Chee Wei dan peguam Badrul Munir Bukhari bagi pihak Rais sehingga pelupusan kes saman fitnah yang difailkan oleh Rais terhadapnya.

Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada laman blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan plaintif menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi inter-parte didengar.

Plaintif memfailkan writ saman dan injunksi tersebut pada 31 Januari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais yang berusia 69 tahun menyatakan, pada 28 Disember tahun lalu, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel tersebut.

Menurut plaintif, artikel itu yang mengandungi perkataan palsu dan fitnah, ditulis dengan niat jahat berserta gambar plaintif telah dimuatkan di http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Timbang Heret PM Malaysia Ke Mahkamah Sebab Hina Mahkamah - Karpal Singh

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

NONEKarpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Kemalangan Maut - Lima Guru Silat daripada PPPSK Maut dan Empat Masih Dirawat Di HSB Alor Setar

LANGGAR - Seramai lima guru daripada Persatuan Persilatan dan Pergendangan Silat Kedah maut, sementara empat cedera dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, jam 3.30 pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah Ahmad Ismail , 60-an, Johari Darus, 65, Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dan Sudin Deris, 65.

Mangsa-mangsa yang cedera pula dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Kenari Akan Kembali Menyinar - EXCO Belia & Sukan

ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib yakin prestasi Kedah akan kembali menyinar dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap kemampuan setiap pemain untuk melonjak semula dalam masa terdekat.

Walaupun sedikit gusar dengan pencapaian Kedah buat masa ini, namun beliau percaya setiap pemain harus diberi peluang untuk meningkatkan prestasi dan keserasian dalam permainan.

“Saya yakin pada pasukan sedia ada mampu cipta kejayaan sebab kita dibarisi pemain berkualiti dan ada yang bermain di peringkat kebangsaan. Walaupun sekarang agak hambar, namun masih ada peluang untuk bangkit kerana masih di peringkat awal perlawanan,” katanya.

Hamdan yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, maklum balas pemain menyatakan mereka kurang menyerlah berikutan sebahagian pemain utama baru pulih daripada kecederaan, dan peminat harus menerima alasan itu dengan hati terbuka.

“Saya harap peminat bersabar. Tidak wajar menyalahkan pemain jika kita kalah, berilah mereka masa untuk tonjolkan kemahiran masing-masing dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Menurutnya, pemain mahupun peminat diingatkan supaya mengimbas kembali zaman kegemilangan bola sepak Kedah yang suatu ketika dahulu berada di puncak dan dikagumi ramai.

“Saya harap semua pihak bagi ruang pada KFA untuk teliti masalah dalaman pasukan. Buat masa ini, semua cadangan daripada semua yang berkaitan dalam penelitian. Saya juga mengalu-alukan cadangan daripada bekas pemain dan bekas jurulatih untuk penambahbaikan,” katanya.

Hamdan tidak menafikan momentum pemain agak perlahan pada awal perlawanan kerana dibayangi tekanan daripada peminat fanatik.

“Sekali lagi ingin saya tegaskan KFA tiada masalah kewangan atau tidak menjaga kebajikan pemain, masalah timbul ekoran faktor lain. Buat masa ini saya harap jangan kenakan tekanan pada pemain tetapi terus bagi sokongan,” katanya.

Menurutnya, KFA kini turut memberi penekanan kepada program kejurulatihan agar dapat mempertingkat aspek latihan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.