Laporan Polis Terhadap Akhbar Berita Harian - Siarkan Fitnah Bagi Memalukan ADUN Bukit Payung : Serah Kepada Lawyer Tindakan Lanjut

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.

Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.


“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.

Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan ‘Pegawai Adun mengaku khalwat’ serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.

Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.

“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

“Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.

“Ini fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.

Anak Tun Kata Kerajaan Kedah Gagal Laksanakan Manifesto PAS PRU Lalu... MB Akan Dedahkan Jawapan Untuk Anak Tun

MB Kedah - DS Ustaz Azizan
BUKIT KAYU HITAM, 14 Mac — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berhubung kejayaan melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN bulan depan.

Katanya beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 80 peratus manifesto yang telah dibuat PAS.

“Tak perlu nak senaraikan kepada mereka (wakil rakyat BN) kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan...Saya akan jawab kalau mereka tanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin di sini hari ini.

Azizan mengulas desakan pemimpin BN yang mahu beliau menyenaraikan dan mengemukakan bukti mengenai kejayaan menifesto pada PRU yang lalu.

Beliau berkata kejayaan itu tidak perlu disenaraikan semula memandangkan kerajaan negeri sebelum ini telah menyenaraikan kejayaan itu dalam akhbar rasmi (Warta Darul Aman).
“Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegoklah sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak,” katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan bukti yang sahih kepada rakyat mengenai kejayaannya menyelesaikan serta melaksanakan 80 peratus janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Mukhriz berkata kenyataan yang dikeluarkan kerajaan PAS itu tidak berasaskan kepada fakta yang lengkap dan membuatkan rakyat keliru mengenai kejayaan yang telah dilaksanakan.

“Kita mahu kerajaan PAS mengambil peluang mengemukakan bukti yang benar dalam sidang Dewan Undangan Negeri April depan bagi menjelaskan secara terperinci kepada rakyat secara keseluruhan apa yang mereka maksudkan kejayaan 80 peratus itu.

“Ia tidak cukup dengan sekadar cakap-cakap sahaja kerana rakyat jauh lebih bijak,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Abdul Ghani berkata sehingga Julai tahun lepas, sebanyak 80.7 peratus daripada manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam manifesto PRU12 berjaya mencapai matlamatnya.

Daripada 57 perkara tersebut, beliau berkata 46 daripadanya telah dilaksanakan dan 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih dalam peringkat kajian merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata rakyat negeri ini tidak nampak sebarang perubahan selepas Kedah diambil alih oleh PAS sejak 2008.

Jom Tengok Gambar2 Fauzi Nawawi & Lisdawati Serta Anak2

gambar mStar

anak+Lisdawati (Gambar) Anak anak Lisdawati Dan Fauzi Nawawianak+Lisdawati1 (Gambar) Anak anak Lisdawati Dan Fauzi Nawawianak+Lisdawati2 (Gambar) Anak anak Lisdawati Dan Fauzi Nawawi


Siri Jelajah ABPBH- Pengurus Shahrir Pukul & Tolak Peminat Semasa Sesi Bergambar Di Sg. Petani...

Simply a hearsay, don’t take it seriously.

Seorang forumer Cari berkongsi kisah mengenai kejadian buruk yang berlaku Village Mall, Sungai Petani sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), Sabtu lepas. Ramai juga artis yang hadir memeriahkan acara promosi ABPBH 2010 seperti black, Along Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Didie Elias, Elfira Loy, Faizal Tahir, Kenchana Dei & Shahir.

Semalam semasa sesi bergambar bersama Shahir, berlakunya sebuah insiden yang menguris & mengundang kemarahan peminat-peminat Shahir. Beberapa orang peminat telah ditolak malah ada yang dipukul oleh pengurus Shahir. Tidak dipastikan tahap keseriusan insiden tersebut, tetapi kami dapat tahu peristiwa semalam sedikit sebanyak akan menganggu undian Shahir untuk merebut trofi Artis Baru Lelaki Popular.

Nak salahkan pengurus Shahir 100% pun tidak patut, mungkin ketika itu keadaan terlampau sesak dengan dikerumuni ramai orang, sudah tentu isu keselamatan menjadi keutamaan. Lagi-lagi nak melayan peminat yang fanatik, memang boleh hilang sabar jawabnya.

Mungkin, peminat kena faham, pengurus Shahir ini hanya menjalankan tugas. Rasanya, kalau anda betul-betul peminat Shahir, setakat ditolak atau dipukul, apa ada hal kan? Janji, anda dapat bertemu dengan artis kegemaran. So, everybody please chill out and have fun!

-ohBulan

Menteri Makin Keliru - Jawapan Makin Putar Belit Isu Rosmah FLOM

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.
Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Kedah Sejahtera Dikhianati- Pelbagai Angkara Jahat Dilakukan Puak2 Upahan Tertentu



ALOR SETAR, 13 Mac - Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.

Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama. "Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

UMNO Gagal Memahamkan Bukan Islam Tentang Halal Haramnya Judi... Presiden MCA Nak Belajar Dengan TG Nik Aziz Benarkah Tiket Loteri Haram?

NONEMCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.

"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya

"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.

Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.

"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.