Pelakon Drama Ini Sanggup Ke Lokasi Penggambaran Dengan Bertongkat Kerana Jari Kakinya Patah & Berbalut Dengan Simen Akibat Patah

Almy Nadia

KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 25, mengalami kecederaan apabila jari manis kaki kanannya patah akibat tersadung pada pintu di rumah keluarganya di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Menurut Almy, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kecederaan jari kakinya yang disangka terseliuh pada awalnya itu adalah kecederaan yang serius.

"Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh.

"Saya hanya pergi ke klinik dan malas hendak ke hospital untuk membuat pemeriksaan x-ray walaupun telah disuruh oleh orang tua saya.

"Malah, selepas kejadian itu, saya masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar makan dengan keluarga, memandu kereta dan beli barang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Almy, kedegilannya yang enggan membuat pemeriksaan x-ray itu telah mengakibatkan kecederaan kakinya bertambah serius dan membengkak sehingga menyukarkan pergerakan.

"Bayangkanlah, selepas insiden itu, saya boleh pulang ke Kuala Lumpur dan sambung berlakon seperti biasa walaupun kaki saya terasa sakit.

"Pada Selasa lalu, kecederaan bertambah serius apabila kaki yang bengkak itu terlanggar pula kerusi sehingga memaksa saya melakukan pemeriksaan x-ray di hospital yang kebetulan berdekatan dengan lokasi penggambaran drama.

"Selepas pemeriksaan, doktor sahkan jari kaki saya memang patah. Kecederaan itu sudah melarat ke seluruh bahagian kaki sehingga mengakibatkan jangkitan pula," katanya.

Bagaimanapun, demi komitmen drama bersiri Maahad Al-Amin arahan Raja Ahmad Alauddin yang sedang berlangsung kini, Almy enggan bercuti panjang dan sanggup berulang-alik ke lokasi penggambaran dengan bertongkat.

"Sakitnya memang Tuhan saja yang tahu tetapi saya tidak mahu bercuti panjang kerana ia akan menjejaskan jadual penggambaran drama itu.

"Esok atau lusa saya akan kembali ke lokasi penggambaran semula walaupun kaki berbalut dengan simen dan berjalan dengan menggunakan tongkat," katanya.

Dalam pada itu, aktres drama Jangan Bunuh Matahariku ini sempat diusik tentang status sebenar hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz yang dikhabarkan sudah berakhir.

Jawab Almy: "Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Hakikatnya, hanya kami saja tahu cerita sebenar.

"Memang hubungan kami renggang sekarang dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Namun, kami masih berhubung dan tidak sampai ke tahap putus."

Mendengarkan reaksi tersebut, Almy terus diasak adakah dia cuba menyembunyikan cerita sebenar tentang status hubungan mereka?

Beritahunya, selepas pelbagai kontroversi tentang hubungan mereka diperkatakan kebelakangan ini, dia sudah malas untuk memberikan sebarang komen atau terlibat dengan kemelut tersebut.

"Saya malas hendak fikir sebab itu saya tak kuasa hendak beri apa-apa komen ketika pihak media mencari saya berkenaan cerita Fizz bermain kayu tiga dan sebagainya.

"Saya tidak mahu dianggap artis yang bodoh kerana sibuk bercerita dan terbabit dalam kancah kontroversi yang tidak memberikan manfaat.

"Tidak semua cerita kita boleh kongsi kepada umum, biarlah saya saja yang tahu," katanya mengakhiri perbualan.

Ada Video - PAS Boleh Jadi Teras Politik Negara Pada PRU 13 Nanti : Presiden


KUALA TERENGGANU - PAS akan menjadi teras politik negara sekiranya dapat memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata DAP hanya mampu bertanding paling maksima 40 kerusi dari 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

"politik Malaysia masih lagi (dikuasai) oleh Melayu Islam, DAP dalam dailog kelmarin, dia kata dia tak boleh (bertanding) lebih daripada 40 kerusi (parlimen) daripada 222 kerusi,

"bermakna baki lagi adalah kerusi Melayu Islam, inilah yang menjadi rebutan antara PAS dan Umno, sekiranya PAS menguasai 60 kerusi sahaja, PAS sudah boleh menguasai negara,"jelasnya ketika menyampaikan Ucaputama dalam program Nadwah Ulamak; Membina Negara Berkebajikan, di Kuala Ibai, Rabu 20 Julai.



Menurutnya, kini kedudukan Umno di Parlimen hanyalah sebanyak 78 kerusi, manakala PAS mempunyai 23 kerusi.

Sekiranya PAS boleh memenangi sehingga 60 kerusi, katanya, Umno hanya tinggal sekitar 40 kerusi sahaja.

"Bila dia jadi 40 kerusi, kita (PAS) ada 60 kerusi, maka PAS menguasai teras politik negara, (oleh itu) kita perlu merangka strategi menguasai undi-undi Melayu Islam,"tegasnya.

Namun begitu, kata beliau, adalah malang kepada pengundi Melayu Islam hari ini kerana telah diperbodohkan oleh media Melayu sendiri, iaitu RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Marang itu, para pengundi bukan Melayu dan bukan Islam hari ini memiliki sikap terbuka menyokong calon-calon PAS yang bertanding.

"Sehingga kawasan (dimana) PAS bertanding lawan orang Cina MCA, orang Cina boleh mengundi PAS tidak mengundi MCA,

"tapi orang Melayu Umno, di kawasan yang kita berlawan dengan MCA dan India (MIC), mereka boleh mengundi calon MCA dan MIC,"ujarnya.

Menurutnya, melalui Hiwar atau dailog diantara parti-parti Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini, semua anggota di kalangan bukan Islam telah menerima konsep Negara Berkebajikan yang dibentangkan oleh PAS.

Sokongan mereka terhadap usaha PAS meninggikan Islam sebagai agama persekutuan, katanya, turut diterima sebulat suara dalam resolusi sebelum ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.