Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Tiga Artis Popular Sertai Demo Protes ISA di Pintu Utama Kem Tahanan Kamunting Desak Bebaskan 45 Tahanan.. Jom Terjah!!!

Tiga artis protes ISA
Hairie bersama peserta himpunan di hadapan Kemta bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan tahanan ISA.
 
KAMUNTING - Tindakan memprotes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih belum berhenti apabila tiga artis tempatan menyertai perhimpunan bersama penganjur Gerakan  Mansuhkan ISA (GMI) di hadapan pintu utama Kem Tahanan Kamunting (Kemta) bagi mendesak 45 tahanan dilepaskan segera.

Seramai 300 peserta termasuk tiga artis iaitu Abby Abadi, Hairi Othman dan Leman Raja Lawak mengadakan piket menentang akta yang dianggap zalim dan tidak relevan lagi.

Pelakon, Abby melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan turut mempersoalkan ke mana slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang pihak berkenaan.

Terkini!!! Poster Himpunan OREN Ada Gambar Bekas PM Malaysia Dan Tengku Razaleigh... Jom Terjah!!!

NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah dua orang pemimpin Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.
NONE"Kita tidak buat (poster itu). Kita tidak terbit mana-mana poster. Kita menggunakan (promosi melalui) kiriman SMS kerana kita yakin ia lebih popular," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Mazlan berkata poster dengan wajah Abdullah dan Tengku Razaleigh itu mungkin dihasilkan oleh individu tertentu susulan kenyataan Abdullah dan Razaleigh berhubung Felda sebelum ini.

"Saya yakin Tun Abdullah tidak gembira dengan cadangan penyenaraian Felda. Beliau sangat patriotik dan berfikiran jauh. Dia konsisten dengan pendirian itu," katanya.

Panas!!! Inilah Wajah Hakim Mahkamah Yang DIPECAT Lantaran Berkaraoke Dengan Peguam Wakili Plaintif.. Jom Terjah!!!


Bali: Sebuah jawatankuasa kehakiman kelmarin memecat seorang hakim kerana mengambil bahagian dalam beberapa sesi karaoke dengan peguam mewakili plaintif yang dibicarakan oleh beliau.

Hakim Mahkamah Daerah Denpasar, Putu Suika, dipecat oleh jawatankuasa sementara itu kerana melanggar Kod Kelakuan Hakim. Kod itu melarang hakim terbabit secara peribadi dengan peguam dan pihak yang kesnya didengar di mahkamah mereka.

Putu yang dijadualkan bersara pada 2013, mengaku bertemu dengan peguam bela berkenaan, Irfan, sebanyak tiga kali untuk berkaraoke di rumahnya.

Demo Oren Tak Dapat Permit? Mana Wala' Ahli Dan Penyokong PAS... Jom Terjah!!!



Malaysiakini melaporkan:
Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis kelmarin.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan. - Mkini.  

Aku tak peduli pun polis nak bagi permit atau takmau bagi, nak bagi kebenaran atau takmau bagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.