Kes Datuk Norza: Ustaz Ishak Bakar Buang Sampul Berisi Wang

Seorang ustaz memberitahu Mahkamah Sesysen Temerloh hari ini yang beliau telah membuang sampul surat berisi wang yang diterimanya pada majlis yang turut dihadiri bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria (bawah, kiri), yang sedang dibicarakan bagi pertuduhan rasuah.

Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh, Ishak Mat Bakar berkata beliau bertindak demikian selepas berasa ragu dan bimbang mengenai punca wang yang diperolehinya daripada majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lalu yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ishak, 53, saksi ke-15 pihak pendakwaan berkata beliau telah mencampak keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada majlis itu yang beliau dijemput untuk membacakan doa selamat kerana Mohammad Anuar akan menunaikan umrah.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris kenapa beliau bertindak demikian, katanya ia disebabkan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang anggota polis cawangan khas yang hanya dikenali sebagai Latif bertanyakan sama ada dia menerima sesuatu pada majlis itu.

Selain itu, ia juga merupakan kali pertama beliau menerima wang ketika menghadiri sesuatu majlis, kata Ishak yang juga anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh.

Ishak memberikan keterangan pada perbicaraan Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

"Duit itu satu najis"

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Jan tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, Temerloh.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Ishak berkata beliau menerima sampul surat tersebut daripada rakannya, Norinda Othman, 49, seorang pegawai tadbir di Majlis Daerah Temerloh.

Saiful: Apa yang ustaz syak?
Ishak: Saya cuma rasa tidak selamat terima duit itu.
Saiful: Adakah ustaz rasa duit itu satu najis?
Ishak: Mungkin.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza mengenai pemberian wang itu yang mungkin sebagai satu "tanda berkat" kepada pembaca doa seperti yang diamalkan di kebanyakan negeri, Ishak tidak menafikannya.

Muhammad Shafee: Sama ada duit ini diberikan untuk tujuan itu (tanda berkat) atau duit minyak, ada tidak kemungkinan antara dua tujuan ini?

Ishak: Ada.
Muhammad Shafee: Kalau untuk tujuan sedemikian, maka ia bukan duit haram?
Ishak: Ya.

Ditanya sama ada beliau bertindak mencampak wang tersebut kerana was-was selepas menerima panggilan daripada anggota polis terbabit, Ishak mengiyakannya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof bersambung 12 Mei.

Setelah 9 hari Berlalu: Mathias Chang Tamatkan Mogok Lapar Sebab Dirayu Dr M


Peguam Matthias Chang, yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah, hari ini bersetuju untuk menamatkan mogok lapar yang dilancarkannya berikutan rayuan daripada bekas majikannya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut jurucakap dari pejabat Dr Mahathir, bekas perdana menteri dalam rayuannya kepada Chang, memberitahu bekas pekerjanya itu bahawa beliau perlu menamatkan mogok lapar itu kerana mereka mempunyai banyak lagi perjuangan yang perlu dilaksanakan.

Katanya mereka memerlukan Chang untuk meneruskan perjuangan bagi mendapatkan keadilan untuk rakyat Palestin dan Iraq.

Dr Mahathir, yang kini berada di luar negara juga memberitahu bekas setiausaha politiknya itu bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan undang-undang yang tidak adil dimansuhkan atau dipinda dan beliau memerlukan Chang untuk memberikan nasihat kepadanya mengenai perkara itu.

Chang, yang melancarkan mogok lapar dari 1 April, bersetuju untuk menamatkan bantahan selama sembilan hari itu selepas rayuan Dr Mahathir disampaikan kepadanya.

Beliau enggan mengambil makanan sejak melancarkan mogok lapar itu dari 1 April.

Kesihatannya semakin merosot sehingga memaksa pihak berkuasa Penjara Kajang memasukkannya ke Hospital Serdang pada Isnin untuk rawatan.

Malahan pada ketika itu Chang masih enggan mengambil makanan.

Chang dibenarkan keluar hospital pada Rabu dan kembali ke Penjara Kajang tetapi tetap meneruskan mogok lapar.

Sementara itu, rakan-rakan beliau yang bimbang dengan kesihatannya telah mengumpulkan wang untuk membayar denda RM20,000 pada Isnin, yang diterima oleh mahkamah, tetapi permohonan bagi perintah pembebasan ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari atas alsan permohonan itu tidak boleh dilakukan oleh pihak ketiga,

Hakim Noor Azian sebelum itu mensabitkan Chang bagi kesalahan menghina mahkamah dan mengenakan denda RM20,000 atau penjara sebulan jika gagal melunaskan denda itu. Beliau enggan membayar denda itu dan dipenjarakan.

- Bernama

KEPUTUSAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT MAKTAB MAHMUD SELURUH NEGERI KEDAH 2010 M/1431H

Khamis,8/4/2010

Alhamdulillah,majlis tilawah al-quran berjalan dengan lancar dan sempurna.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.semoga segala kerja-kerja yang dibuat akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda nanti. InsyaAllah.

Bahagian Qari:
Tempat pertama : Fawwaz Hamdi b.Mohd Imran ( Maktab mahmud Alor Star )
Tempat kedua : Muhammad Amirul Aiman b.Fauzi ( Maktab mahmud Merbok)
Tempat ketiga : Mohd Rayyan b.Abdullah ( Maktab mahmud Padang Terap)

Bahagian Qariah:
Tempat pertama : Norlabibah Jannah bt.Zainudin ( Maktab Mahmud Alor Star )
Tempat kedua : Nur Zafirah Diayana bt.Zainudin ( Maktab Mahmud Pendang)
Tempat ketiga : Nurul Syifa bt. Suhaimi ( Maktab Mahmud Yan)

Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana belum ada rezeki untuk anda semua,berusaha lagi !!!!.


(Gambar-gambar sekitar Majlis Tilawah Al-Quran )

Astaka yang direka khas oleh AJK Persiapan Tempat.


para peserta sedang bersarapan pagi !!!


Urusetia Pengadilan dari Lembaga Maktab Mahmud





Belum Lagi Penamaan Calon : Mula Dah Dua Kes Gaduh di Hulu S'gor

Meskipun kempen pilihan raya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor belum bermula tetapi dua laporan pergaduhan di kawasan tersebut yang melibatkan penyokong parti politik telah pun diterima polis dalam minggu ini.

Satu daripada laporan itu dilaporkan berlaku ketika Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu melakukan lawatan di Taman Bukit Teratai baru-baru ini manakala satu lagi kes dilaporkan berlaku di kawasan Kuala Kubu Bahru.

Tanpa menamakan parti politik yang terlibat, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes pergaduhan itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Punca pergaduhan masih disiasat. Polis telah mengambil beberapa keterangan daripada yang terlibat manakala beberapa orang lagi akan diambil keterangan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Selayang sempena Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid berkata orang ramai termasuk orang luar perlu mematuhi undang-undang serta tidak melakukan tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan mencemar proses demokrasi ketika pilihan raya.

MIC yakin 70 peratus pengundi India kembali sokong BN

Dalam perkembangan lain, MIC Hulu Selangor yakin kira-kira 70 peratus daripada 12,453 pengundi India akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ketua Penerangannya, Raily Muniandy berkata MIC bahagian yakin sasaran itu akan dicapai bagi membaik pulih rekod kurang memberangsangkan parti komponen BN pada pilihan raya umum Mac 2008.

"Pa

da pilihan raya umum lepas cuma dapat sokongan 30 peratus. Kali ini kami yakin boleh dapat 70 peratus sokongan pengundi India untuk pastikan BN menang,” katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Baru di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimiliki MIC menerusi Datuk G. Palanivel sejak 1990 sebelum Timbalan Presiden MIC itu tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dengan majoriti 198 undi pada Mac 2008.

Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini diadakan ekoran kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lepas.

Muniandy berkata, BN berpeluang merampas semula kawasan itu berdasarkan perubahan sentimen rakyat, terutama pengundi India, yang sebelum ini tidak menyokong MIC antara lain kerana terpengaruh dengan dakwaan Hindraf.

Selaku pencabar di kawasan parlimen itu, BN akan meletakkan calon daripada MIC yang akan diumumkan pada 15 April iaitu dua hari sebelum tarikh penamaan calon

- Bernama

'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hishamuddin arah siasat

Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.

6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Menurut Anwa

r penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Pisang Berbuah Dua Kali, Adakah Chua Akan Ulangi Kesilapan Ka Ting?

Presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengambil pendekatan pragmatik apabila menamakan barisan kepemimpinan baru MCA Rabu lalu.

Selain melantik penyokong setianya ke jawatan utama, dia juga membuat kejutan dengan menamakan beberapa pemimpin persatuan dan dewan perniagaan Cina untuk menduduki majlis presiden.

Chua juga membawa anaknya, Tee Yong, yang juga ahli parlimen Labis,ke majlis presiden.

Bagaimanapun tindakan berkenaan mengundang rasa tidak puas hati dan ramai yang berpendapat bahawa beliau mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Ketika zaman berkuasanya, Ka Ting terkenal dengan usahanya melobi dan cubaan menusuk ke kumpulan dan persatuan Cina serta melantik abangnya, Ka Chuan sebagai setiausaha agung MCA.

Menurut beberapa penganalis politik, jemputan MCA kepada Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Dewan Perniagaan dan Industri Cina (Acccim) dan Pertubuhan Tujuh Bangsa telah mengecilkan peranan mereka.

Dr Phoon Weng Keong yang telah sekian lama memantau keadaan politik MCA berkata tinfdakan Chua itu menjadikan gergasi pertubuhan Cina itu sebagai 'bahagian' parti itu.

“Jemputan ke majlis presiden lazimnya adalah terbuka kepada ahli bersekutu dan pemimpin barisan kedua, yakni mereka berhak bersuara tetapi tidak mempunyai hak mengundi,” jelasnya.

"Kedua-dua Hua Zong and Acccim mempunyai sekurang-kurangnya 2000 ahli dan pemimpin mereka bergelar Tan Sri tetapi mereka bukan ahli rasmi dalam majlis presiden, adakah status mereka lebih rendah daripada Chua Tee Yong?" soalnya lagi.

Tee Yong sejak memenangi kerusi Labis pada pilihan raya umum yang lalu dikatakan gagal menunjuk prestasi yang memberangsangkan.

Sapa2 Nak RM3,000 Cuba-cubalah cipta logo muktamar PAS

KOTA BHARU, 9 April: Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56.

Pengarah Muktamar tahun ini, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu, pihak urusetia akan mengiklankan dalam akbar Harakah keluaran terdekat ini.

“Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Oleh itu, kepada meraka yang berminat boleh mencipta logo berkenaan bermula dari sekarang,” katanya.

“Kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Harakah untuk maklumat lanjut. Kami juga menentapkan tarikh tutup pertandingan mencipta logo ini pada akhir bulan April 2010,” katanya lagi.

Muktamar PAS tahun ini dijangka 10 hingga 12 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Sementara itu, kerja-kerja persiapan bagi persedian Muktamar Agung PAS itu juga telah pun bermula pada hari ini.

Seramai 200 orang yang terdiri dari anggota Unit Amal Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), melakukan kerja-kerja pembersihan Putik

(Gambar: Anggota Unit Amal sedang menjalankan kerja-kerja awal persiapan Muktamar di Putik)

Kerja-kerja kebersihatan itu merupakan program awal bagi muktamar pada tahun ini.

“Memandangkan Muktmar PAS akan diadakan di negeri Kelantan tahun ini, kerja-kerja awal bagi persiapan muktamar perlu dimulakan sekarang,” ujarnya.

“Menerusi program ini, kita telah member tumpuan kepada pokok-pokok di sekeliling Putik dengan mencantas dahan-dahan dan memeriksa struktur kemudahana bagi memastikan yang mana patut dibaiki ataupun di tukar kepada yang baru,” ujranya lagi.


Himpunan Bulanan (April 2010) : YAB DS Menteri Besar Kedah Memberi Amanat









Perhimpunan pagi bersama dengan staff Wisma Darul Aman diadakan pada setiap bulan yang menjadi pentas untuk DS MB menyampaikan nasihat, motivasi dan amanat beliau untuk bulan tersebut.

DS MB turut menyentuh 2 perkara utama:

1.Pengorbanan ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Beliau memetik ayat Al Quran yang mafhumnya "Sesungguhnya isteri dan anak-anak itu menjadi cubaan kepada kamu".

Kejayaan anak-anak hari ini adalah hasil dari pengorbanan ibubapa.

"Tidak ada ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal dalam pelajaran dan seterusnya tercicir dalam persaingan pekerjaan sehingga membawa kegagalan dalam kehidupan",tegas beliau.

"Ada ibubapa pada hari ini yang tidak cemerlang dalam pelajaran mereka tetapi hasil dari pengorbanan merekalah yang melahirkan kejayaan cemerlang anak-anak",tambah beliau lagi.

Pada akhir himpunan itu,telah diadakan penyampaian sijil kepada anak-anak kakitangan Wisma Darul Aman yang cemerlang dalam UPSR,PMR,SPM dan STPM 2009.







2.Pemisahan kuasa

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Federalisma ada 3 peringkat kerajaan yang memerintah iaitu Kerajaan Pusat,kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Ketiga-tiga kerajaan ini mempunyai peranan dan tugas-tugas masing-masing yang setiap satunya mesti menghormati bidang tugas yaang berbeza ini.







Disamping itu kita ada pembahagian bidang kuasa Kehakiman,Perundangan dan Pentadbiran.

Sekali ketiga-tiga bidang kuasa ini mempunya peranan masing-masing yang harus dihormati tanpa campurtangan antara satu sama lain.

Sebagai contoh kuasa perundangan(politik) tidak boleh mempengaruhi bidang kuasa kehakiman manakala kuasa pentadbiran adalah melaksanakan dasar dan polisi yang diluluskan oleh perundangan.

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM - Nak Sangkal Lagi Ker

Mr. Izhak Naskar & Dr. Ido Schechter ketika pelancaran bursa saham
syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv

Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura
Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.
Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.


by cheguBard

MP Sibu - Robert Lau meninggal dunia akibat kanser : Pilihanraya Pulak...


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Isu Calon Hulu Selangor: Bloger Pro Umno Sifatkan PM Bodoh & Bangang


KUALA LUMPUR : Seorang bloger Pro Umno menyifatkan Presiden Umno, Najib Razak sebagai bodoh kerana hanya akan meletakkan calon MIC dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.

Selain perkataan bodoh, Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor dilabelkan sebagai ‘bangang’ apabila enggan meletakkan calon Umno kerana pengundi dalam parlimen itu jelas menolak calon dari MIC.

“NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti?

Dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib,” kata blog itu.

Selain itu, blog itu turut menterbalikan gambar Najib dan memberi amaran bahawa gambar itu akan kekal di situ sehinggalah 15 April ini, dengan syarat Najib meletakkan calon Umno untuk bertanding dan bukannya calon dari MIC.

“Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 (tarikh pengumuman calon oleh BN) hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina,” kata blog itu lagi.

MIC & MCA Jadi Anak Tiri Mati Bapa : Isu Perkauman


KUALA LUMPUR : Komponen Barisan Nasional(BN) bukan Melayu kini diibaratkan sebagai anak tiri yang sudah 'mati bapa'.

"Pas tidak melihat isu ini perlu dibangkitkan kerana soal kerakyataan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Umno," jelas Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, ucapan perkauaman yang keluar dari mulut timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor, Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini tidak perlu diperdebatkan lagi.

"Malah setelah lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi menunjukkan Umnolah juara rakyat sebenarnya," tegas Idris.

Idris yang mewakili Pas menolak sebarang ucapan slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.

"Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan mengelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang," kata beliau.

Bagi beliau, Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan Pas berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni di negara ini.

PAS juga menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya.

"Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat," kata beliau lagi.

Tambah Idris, dalam konvensyen itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja.

"Jawapan Pengerusi Penganjur Konvensyen, yang mendakwa beliau tidak melihat sebarang isu dalam hal ini menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu. Malah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA diatas kekalahan teruk mereka di Selangor," tegas beliau.

PAS melihat komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang.

PAS juga yakin, rakyat akan menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini dengan sikap yang ditunjukan oleh Umno dan Komponen lain yang masih bacul untuk tinggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.

BN Letakan Calon MIC Sepastinya Tak Menang - Datuk A. Kadir Jasin


Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin walaupun media mewar-warkan bahawa populariti Umno kini kembali pulih dan sokongan kaum Cina bertambah mantap kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun keputusan tidak memihak kepada calon Melayu atau Cina untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.

"Semua indikasi menunjukkan kerusi ini akan sekali lagi diberi kepada MIC, parti yang paling kecil dan lemah dalam gagasan BN pada peringkat federal yang secara kebetulan kalah kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

"Inilah dilemma BN yang mungkin akan mengorbankan kerusi ini sekali lagi. Bukan sahaja MIC parti yang terkecil dalam kumpulan parti asal di Semenanjung, bahkan ia juga mempunyai pengikut paling sedikit di Hulu Selangor," kata Kadir dalam catatan blognya Isnin lalu.

Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

Spekulasi yang berlegar ialah calon BN yang kalah iaitu Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC akan dipilih menjadi calon.

"Seorang yang dianggap baik tetapi hubungan rapat beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, juga tokoh dari MIC yang kalah teruk dalam PRU 2008, dilihat sebagai satu liabiliti.

"Meletakkan calon India di yang mempunyai kawasan majoriti Melayu serta komuniti Cina yang besar, dan di mana Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat akan menampilkan seorang calon Melayu, akan hanya melemahkan peluang BN untuk mengambil balik kerusi tersebut," jelas Kadir.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutian kematian wakil KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mach.

Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.

"Samada Umno atau BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.

"Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya," kata beliau lagi.

Tambah Kadir, kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut mungkin telah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.

Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007 kata pengarang veteran itu.

"Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah - hanya 75.24 peratus - dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 - menunjukkan elemen protes yang kuat.

"Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.

"Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

"Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat," ujar Kadir dalam analisis beliau.

Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil - samada yang menyokong BN atau sebaliknya - seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.

"Jadi, sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri.

"Oleh itu sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu bukan kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN," kata Kadir.

Kata Kadir Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah mereka tersendiri, terutamanya KEADILAN yang tercalar imejnya akibat tindakan melompat parti oleh tiga daripada 31 Ahli Parlimennya.

"Kita mungkin akn melihat ulang tayang tindakan protes oleh pengundi Melayu terhadap BN kerana memilih untuk meletakkan calon yang salah," kata beliau.


Suara Keadilan

Berita Harian, Sheila Rusly disaman RM 5 Juta Oleh Datuk Azlina (Rakan kongsi Sheila)


KUALA LUMPUR 9 April - Seorang usahawan terkemuka, Datuk Azlina Che Abdullah hari ini memfailkan saman RM5 juta terhadap akhbar Berita Harian dan pelakon yang juga bekas rakan kongsi beliau, Sheila Rusly @ Rusli di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tiga artikel yang dikatakan memfitnahnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan oleh peguam utama, Mohd. Firuz Jaffril melalui Tetuan Azahir Suriannie dan Azizan Arif di kaunter pendaftaran sivil mahkamah tersebut pada pukul 9.20 pagi ini.

Plaintif menamakan Berita Harian Sdn. Bhd. dan Sheila, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Azlina mendakwa, pada 9 Oktober 2005 defendan pertama telah menerbitkan dan mencetak perkataan berunsur fitnah bertajuk `Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus'.

Dakwa plaintif pada 12 Oktober tahun yang sama, defendan pertama telah menerbitkan satul lagi artikel berunsur fitnah bertajuk `Sheila Rusly Mintak Nasihat Peguam'.

Seterusnya pada 14 Oktober tahun yang sama, plaintif mendakwa Berita Harian telah menerbitkan artikel bertajuk `Ramai Simpati Nasib Sheila.'

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan, kos tindakan daripada defendan- defendan.

Gambar - Kesian Zarina: Masih wujud suami begini di zaman ini???


KUANTAN, 8 April -- Suri rumah, Zarina Wahab parah akibat terkena cuka getah yang disimbah suaminya di Felda Bukit Sagu 2 kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dekat sini, hari ini.

Cuka getah dalam botol arak inilah yang digunakan oleh suami Zarinah Wahab untuk menyimbahnya gara-gara menolak untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi tadi di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2 di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi tadi Zarina disimbah cuka getah setelah menolak melakukan hubungan intim dengan suaminya yang dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi.

Rumah di Felda Bukit Sagu 2 dekat sini tempat di mana Zarina Wahab disimbah dengan cuka getah akibat menolak ajakan suaminya untuk melakukan hubungan intim.

Zarinah yang parah dalam kejadian itu kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menerima rawatan manakala suaminya telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber : Bernama

Menteri Besar janji ganjaran jika Kenari juarai Piala FA


ALOR SETAR – Skuad bola sepak Kedah bakal menerima imbuhan daripada kerajaan negeri sekiranya berjaya menjulang Piala FA.
Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, namun bentuk imbuhan yang akan diberikan belum diputuskan dan akan dibincangkan kemudian.

“Bagi pemain yang berjaya pada musim yang lalu, kita telah kenal pasti tanah banglo lot di Pokok Sena sebagai imbuhan atas kejayaan mereka.

“Pada musim ini kita belum buat keputusan mengenai bentuk imbuhan yang akan diberikan, kita akan fikirkan apa yang sesuai untuk pemain sekiranya mereka berjaya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Kedah yang dibimbing Ahmad Yusoff, layak ke perlawanan akhir selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Stadium Darul Aman untuk mara dengan agregat 4-1.

Kedah akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala FA yang dijadual 10 April. Kejayaan ini sebagai bukti bahawa pemain tempatan juga berpotensi untuk meraih semula kecemerlangan sukan bola sepak Kedah.

“Tahniah kepada pemain di atas kejayaan, dulu kita berjaya, ada dakwaan mengatakan disebabkan pemain import, tapi dalam masa setahun ini kita telah buktikan dan pulih dengan kemaraan pemain tempatan.

“Walaupun Kedah akan berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan yang hebat dan berpengalaman, tapi saya yakin dengan kesungguhan dan semangat muda pemain untuk kita dapat capai kemenangan,” ujar beliau.

Kartun di Pagi Jumaat : PARA KATAK DI BAWA LARI UNTUK DILELONG

SAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB - Rakyat Menderita : 14 tahun Sudah Kami Tinggal Dalam Kontena


SEBAHAGIAN daripada penduduk rumah kontena terpaksa berada di luar rumah pada siang hari kerana tidak tahan dengan bahang panas dalam rumah mereka di Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang, baru-baru ini

BUTTERWORTH 8 April - Setiap insan pastinya mengimpikan kediaman yang selesa dan sempurna sebagai tempat berteduh serta berlindung daripada hujan dan panas.

Namun, bagi 33 keluarga di Teluk Air Tawar di sini, kehidupan mereka tidak ubah seperti pelarian apabila terpaksa tinggal di rumah kontena sejak 14 tahun lalu.

Ia berikutan rumah yang dijanjikan oleh pemaju yang mengambil alih tanah tapak kediaman mereka masih tidak nampak bayangnya.

Malah lebih memburukkan keadaan, mereka seolah-olah merempat kerana kawasan rumah kontena itu terletak di dalam belukar.

Wakil penduduknya, Chew Wan Tong, 55, berkata, mereka telah puas bersabar dan kini merasa begitu tertekan setelah pemaju berjanji segala urusan pembinaan rumah itu akan siap dalam masa tiga tahun.

"Tanah seluas 10.8 hektar ini asalnya milik Kementerian Pertahanan berhampiran Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dimajukan untuk pembinaan 270 unit kuarters bagi anggota dan pegawai TUDM.

"Projek ini dimajukan oleh sebuah syarikat dan apabila dimulakan penduduk dipindahkan ke rumah kontena ini manakala sebahagian lagi berpindah ke luar kawasan lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.

Difahamkan kawasan berkenaan yang mengandungi empat blok kontena didiami kira-kira 200 penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

Pihak pemaju terbabit hanya menyediakan kemudahan elektrik dan air kepada penduduk tanpa kemudahan lain seperti jalan masuk atau dewan.

Tambah Wan Tong, pemaju berjanji untuk menyediakan rumah kos rendah kepada penduduk dan sementara menunggu projek itu disiapkan dalam masa tiga tahun, mereka perlu menghuni kontena tersebut.

Pemaju katanya, turut berhasrat membina projek apartmen mewah bernilai RM600,000 sebuah di kawasan itu namun hasrat mereka terbantut ekoran kemelesetan ekonomi.

Projek berkenaan seterusnya dijual kepada Pernas sebelum diserahkan kepada pemaju baru.

Pemaju baru kemudiannya menukar perancangan kepada projek perumahan Taman Aman Maju meliputi 350 rumah teres tiga tingkat, sebuah flat tujuh tingkat dengan 298 unit serta sebuah banglo tiga tingkat.

"Mereka menjanjikan rumah pangsa kos rendah kepada setiap keluarga yang dipindahkan beserta wang pampasan untuk sementara waktu selama tiga tahun.

"Tapi sampai bila lagi kami harus tunggu kerana terlalu lama kami merana tinggal di rumah yang langsung tidak sempurna macam rumah orang lain.

"Malah kenduri-kendara atau jamuan pun tak layak nak dibuat di sini sebab keadaannya terlalu daif," ujarnya lagi.

Perkara sama diakui Siti Rahmah Ibramsah, 55, yang menjelaskan, dalam tempoh 14 tahun itu ada beberapa penduduk asal kawasan telah meninggal dunia.

"Ini menyukarkan lagi proses mendapatkan rumah kerana ada yang terpaksa mengubah borang perjanjian yang telah ditandatangani dulu.

"Suami saya Md. Ani Din telah meninggal dunia sejak lapan tahun lalu dan kini saya tinggal di sini bersama seorang anak di rumah yang semakin uzur ini," katanya.

Beliau memberitahu, lantai rumahnya reput selain atap bocor kerana tiada penyelenggaraan daripada pemaju.

Sementara itu, Jahara berkata, pemaju yang terlibat perlu bertanggungjawab ke atas nasib yang dialami penduduk di situ.

"Saya difahamkan juga kini pemaju mahu memasang meter elektrik individu atas alasan kononnya penduduk menggunakan elektrik secara berlebihan.

"Tetapi kalau begini keadaan rumah mereka dengan panas dan tak selesa, pastinya tak mustahil bil elektrik meningkat kerana kipas dan pendingin hawa dipasang sentiasa," ujarnya.

Jelasnya, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan kerajaan negeri perlu campur tangan dalam menyelesaikan perkara tersebut demi menjaga kepentingan semua penduduk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.