Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 : Malaysia VS Yemen (Yaman).. Jom Saksikan!!!

Malaysia Vs Yemen
Malam ini akan berlangsungnya perlawanan Malaysia VS Yemen (Yaman) yang mana Astro Arena saluran 801 berbesar hati akan menyediakan siaran langsung perlawanan Malaysia VS Yemen (Yaman) untuk anda bermula pukul 10 malam ini. 
live streaming malaysia vs yemenPerlawanan Malaysia VS Yemen (Yaman) ini, akan diadakan di Stadium Tahnon bin Mohamed di Abu Dhabi, Amiriah Arab di mana kunjungan Malaysia ke sana bakal menyaksikan Ong Kim Swee melakukan beberapa perubahan akhir dan masih berkira-kira siapa pemain yang layak mengisi tempat dalam kesebelasan utama termasuk barisan tengah pasukan Malaysia

Hangat!! MB Dedah Perjanjian Utama Air Di Selangor Bakal Ditandatangani Minggu Depan.. Jom Terjah!!!

Abdul Khalid
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menandatangani perjanjian utama berkaitan penstrukturan semula industri air di negeri Selangor dengan kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perjanjian itu akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam tempoh seminggu lagi.
"Perjanjian itu mempunyai maklumat yang terperinci mengenai penstrukturan semula air yang akan dilakukan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

PENING!!! Menteri Turut Akui 80% Atau 1.3 Juta Ayam Disembelih Setiap Hari Diragui Status Halal.. Jom Terjah!!!

Status halal 1.3 juta ayam sembelihan diraguiGambar hiasan
Susulan pembongkaran BH: 4 agensi Pusat, negeri ambil tindakan serta-merta tangani isu syubhah

Kuala Lumpur: Kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya. 


Ini diakui sendiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana kebanyakan premis itu tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Fuhhh!!!! Husam Menang Saman Ke Atas Blogger Umno Isu Fitnah Bertajuk: “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”.. Jom Terjah!!!

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.

Terkini!!! Hangat:Isu Kalimah Allah - (Gambar2) Mahkamah Persekutuan Tangguh Keputusan Rayuan.. Jom Terjah!!!

Umat Islam hari ini membanjiri Istana Kehakiman Putrajaya – tempat mahkamah tertinggi di Malaysia – bagi menanti dengan debaran berhubung kes rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Gereja berharap diberikan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan Oktober lalu yang melarang mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Malaysia mingguan The Herald.

Gereja membangkitkan 26 persoalan yang boleh disumpulkan dalam tiga kategori, iaitu:
  1. Persoalan perlembagaan Perkara 3 berhubung kedudukan Islam, Perkara 11 berhubung kebebasan beragama dan Perkara 12 yang membenarkan setiap agama menguruskan hal ehwal masing-masing.
     
  2. Sama ada menteri dalam negeri bertindak melebihi kuasa dengan mengekang kebebasan asas.
     

Kebenaran Terserlah!!! (Gambar2) Hafiz Nordin Sudah Dipecat Dari Pas, Ini Buktinya.... Jom Terjah!!!


Apa status mamat Hapiz Nordin nie..?? Banyak tindak tanduknya dari dahulu menjaja dan membawa nama PAS.. Jadi PAS kena perjelaskan adakah beliau masih lagi AHLI PAS ataupun sudah di PECAT.. 

Jika di PECAT dimana kenyataan dan surat pemecatan kerana sampai sekarang PAS nafi pun tidak.. Sekadar membiarkan isu tersebut berlalu macam itu sahaja.. 


-kedahlanie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.