Hangat!! MB Dedah Perjanjian Utama Air Di Selangor Bakal Ditandatangani Minggu Depan.. Jom Terjah!!!

Abdul Khalid
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menandatangani perjanjian utama berkaitan penstrukturan semula industri air di negeri Selangor dengan kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perjanjian itu akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam tempoh seminggu lagi.
"Perjanjian itu mempunyai maklumat yang terperinci mengenai penstrukturan semula air yang akan dilakukan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Ketika ditanya adakah tarif air akan dinaikkan selepas penstrukturan semula itu, beliau menjelaskan tarif air akan kekal untuk beberapa tahun akan datang.
Menurutnya, ketika menandatangani perjanjian utama itu nanti, Kerajaan Persekutuan akan diwakili oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air manakala Selangor akan diwakili oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Ditanya adakah memorandum persefahaman penstrukturan semula air yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak di Putrajaya akan didedahkan kepada pengetahuan awam, Khalid berkata, tiada alasan ia tidak boleh didedahkan.
"Tidak ada apa-apa maklumat dalam MoU itu yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.