Siaran Langsung : ATM vs Lion XII Untuk Saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012.. Jom Saksikan!!!


Waktu ini sedang berlangsungnya perlawanan kedua dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia 2012 diantara ATM vs Lion XII. Dalam pertemuan pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 dengan kelebihan buat ATM dengan satu jaringan di tempat lawan. Mampukah ATM membenam ego Lion XII?

Saksikan siaran langsung ATM vs Lion XII 11 Oktober 2012 yang ditayangkan secara langsung dari tv1 dan juga Astro Arena. Namun begitu, bagi yang berada di Singapore atau tidak dapat menyaksikan perlawanan dikaca tv, kerana hujan lebat (channel Astro tiada liputan) di sini kami sediakan live streaming ATM vs Lion XII 11 Oktober 2012 pada video yang disertakan.


TERKINI! Ahli Parlimen Sabak Bernam Dipenjara Enam Tahun.. Jom Terjah!!!



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  

Terkini!! Jenuh Kerajaan PR Selangor Nak Jawab: Demo Air Taman Medan Lakonan Semata-Mata.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!


SHAH ALAM, 11 OKT - Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas.

Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.