Panas!!!18SX - Inilah Gambar Dua Wanita Yang Tidak Berbaju Demi Protes Menentang Pelancongan Seks, Pelacuran Dan Jualan Minuman Keras...

Sebenarnya kejadian ini bukan berlaku di negara kita, Malaysia. Rakyat Malaysia masih lagi ada nilai-nilai ketimuran daripada melakukan perkara yang memalukan ini. Tetapi jika tidak dikawal dengan moral yang baik, mungkin suatu ketika nanti perkara yang sama mungkin berlaku.

LVIV, Ukraine – Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.

GAMBAR AWEK TUNJUK TETEK
DUA wanita yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa 
mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. – Agensi

Tweet MP Rembau : 'Mungkin Dia Nak Roboh Kampung Buah Pala Sebab Nak Ganti Dengan Kampung Buah Dada'. - Dewan Rakyat Tegang: Gobala Krishnan Di Arahkan Keluar Dewan


 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen, Bagan Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.

Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.

"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Bagan Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.

Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung buah dada'.

Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.

Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.

Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula.

Seksi Sangat2!!! Apa Sudah Jadi dengan Penjaga Gol Kebangsaan Nie Bila Bersama Kekasihnya.. Minuman Apa Yang Dihidangkan Ini???


Dua keping gambar ini di mana Khairul Fahmia Che Mat dan Dahlia Teck bersama rakan-rakan yang super seksi di Werner’s, Bukit Bintang. 

Sebagai makluman, Werner’s merupakan tempat makanan hidangan Itali.


Benarkah PAS Makin Bongkak & Takbur Seperti Kata Presiden Perkasa Nie???



KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.
“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.


“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.


Ibrahim memberitahu, “puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur.”


Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.


“Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur,” katanya lagi.


Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.


“PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.


“Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah,” katanya lagi sambil menambah, “PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit.”


Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.


Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.


Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.


Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.


Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.


Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”


“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.


Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.


Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

Hebat!!! Selebriti Ini Menghabiskan RM38 Juta Untuk Majlis Perkahwinan Mewah... Sewa Kapal Terbang Untuk Tetamu Luar

Penyanyi Coco Lee berkahwin dengan tunangnya seorang ahli perniagaan Kanada berusia 52 tahun, Bruce PhilipRockowitz dalam satu majlis perkahwinan mewah yang berharga AS $ 10 juta. Majlis perkahwinan itu akan diadakan di Studio Shaw Brothers Limited di Hong Kong.
Coco Lee dan Bruce PhilipRockowitz
Majis itu disambut selama dua hari bermula pada petang Khamis dengan upacara Yahudi, dan majlis perkahwinan itu diakhiri  sambutan parti yang dihiburkan dengan  persembahan oleh Bruno Marikh dan Alicia Keys.

Pasangan itu juga telah menyewa kapal terbang swasta untuk tetamu mereka diluar negara berulang-alik untuk menghadiri sambutan perkahwinan mereka.
Coco Lee memakai pakaian dari Vera Wang
Perkahwinan Coco Lee yang berharga AS $ 10 juta 
Lee berhenti kerja sejak tahun lalu untuk mempersiapkan diri untuk perkahwinan. Beliau memilih Preston Bailey sebagai perunding untuk acara tersebut.

Lee bertemu Rockowitz, seorang ketua eksekutif eksport syarikat Li & Fung Ltd, pada tahun 2003. Mereka bertunang dalam tahun 2005.

Siapa Hantar Peluru "Kecil" Pakai Pos Biasa Kepada Prof Dr Aziz Bari?? Terselit Surat Bertulis: "Jangan Kurang Ajar Dengan Sultan, Maut Nanti".


Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Tahniah!!! Pemuda PAS Berjaya Hasilkan Filem Pendek 3 Episod... Jom Kita Layan Filem Penuh Ni...




Filem pendek dibuat untuk mempromosikan program Ijtima' Tarbawi anjuran Dewan pemuda PAS Malaysia hujung minggu ni.


Kat bawah ni aku salin tampal tentatif terbaru program Ijtima' Tarbawi yang aku dapat dari email Ketua Pemuda PAS.
Tentatif Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS
Peringkat Kebangsaan 2011.
KUIZM Taman Melewar.


Tema : Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya.

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian
Oleh:
Syeikh Ahmad Najjar [ HAMAS Palestine ]
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat

6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa
Ahli Panel :
Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik
Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda
Penceramah:
Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
bersama : Ust Nasrudin Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh dan Dr. Raja Iskandar al Hiss

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss dan Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Gambar2 PM Najib Dimalukan : PM Najib Dan Rombongan Ke CHOGM Disambut Dengan Pakaian Kuning...


26 Okt. lalu Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Perth, Australia pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).


Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Ketibaan Najib di Perth pula telah disambut dengan meriahnya pula oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia.

Dengan berpakaian 'T' Shirt kuning mereka menyambut Najib dan rombongannya yang bakal menghadiri sidang CHOGM tersebut.

Saksikan meriahnya Najib dimalukan di Australia pula..

























Credit to Jason Chong and more photos HERE

Selebriti Ini Yang Juga Isteri Pemain Bola Sepak Negara Alami Keguguran Setelah Hamil 6 Minggu..



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.


AYU RAUDHAH KEGUGURAN


Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.

Bongkar Kenapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 Berlangsung di Stadium Shah Alam Bukan Di Bukit Jalil???

Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini.

Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui.
Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai.

Bumbung stadium berskru longgar dan karat

Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Laporan itu yang menyatakan “sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat” turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan.

Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan.

Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita?

Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat?

Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah “bila terhantuk baru terngadah”.

Stadium di Malaysia pernah roboh

Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah?

Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara.

Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran?

Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan.

Ke mana perginya wang rakyat?

Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan?

Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.

Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita.

Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini

Menteri: Selain bumbung, JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional

Kementerian Belia dan Sukan juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengkaji semula struktur binaan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dilaporkan telah melebihi tempoh jaminan, sama ada masih selamat digunakan selain isu bumbung.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mahu bumbung stadium itu yang siap dibina pada 1998 diselenggara dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

“Kementerian Belia dan Sukan akan meminta JKR melakukan kajian semula bagi mengetahui tahap keselamatan stadium terbabit sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyebut bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil (gambar) daripada jenis membrane dari Jerman itu mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun, namun semakan audit mendapati ia masih diguna sehingga kini dengan sebahagian besar bumbung telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat.

Laporan Audit itu turut menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada Disember lalu untuk membaiki bumbung stadium itu.

Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 90,000 penonton merupakan venue sukan utama negara dan bertaraf antarabangsa antaranya seperti Sukan Komanwel (1998), Sukan SEA (2001), perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia (2010), perlawanan akhir Piala Malaysia dan pernah dikunjungi pasukan ternama EPL seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyerahkan tanggungjawab membaiki bumbung Stadium Nasional kepada JKR demi keselamatan pengguna.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, tanggungjawab itu diserahkan kepada JKR kerana kementeriannya tidak mempunyai kepakaran dalam hal tersebut.

“Kita tidak boleh membaiki sebahagian sahaja daripada bumbung yang bocor kerana ia perlu diganti semua bahagian yang mana kos boleh mencecah RM40 juta,” katanya.

Mengenai pembelian 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta oleh Institut Sukan Negara (ISN) tanpa kelulusan Kementerian Kewangan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Ahmad Shabery berkata pembelian tersebut tidak mengikut tatacara kerja yang betul.

Katanya pembelian secara terus itu berlaku kerana ISN berdepan dengan masalah kesuntukan masa mencari kuda yang berpotensi untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) pada 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Kebangsaan dan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010.

“Pada masa itu ISN tidak mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan kuda namun jika wujud unsur terbuka ataupun penyalahgunaan kuasa, maka saya akan pastikan perkara ini disiasat,” katanya.

Semakan Audit Negara 2010 mendapati kesemua kuda yang dibeli oleh ISN telah dibuat melalui rundingan terus tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Mengikut laporan tersebut, perolehan kuda juga dibuat tanpa disertakan dengan surat tawaran ataupun perjanjian yang menggariskan tanggungjawab pembekal. -TMI

Panazz!! Gambar Terlampau?? MB Perak Bersama Aktres Wanita Antarabangsa... Apakah Lanskap Politik Perak Bakal Berubah???

Ini pelakon iklan susu tepung anlene ya.. reput tulang..

Datuk Michelle Yeoh akan terjun ke dunia politik?
Kalau berdasarkan apa yang dilaporkan oleh sina.com, kemungkinan aktres antarabangsa itu berbuat demikian sememangnya ada.
Malah Michelle dikhabarkan berkira-kira hendak bertanding dalam PRU akan datang.
Ibu bapa aktres kelahiran Ipoh, Perak itu bagaimanapun menafikan perkara itu. Ketika dihubungi oleh portal Daily Chilli, ibu bapanya turut berkata, mereka tidak tahu langsung yang Michelle mempunyai cita-cita menjadi ahli politik.
“Saya tidak fikir dia akan sertai politik. Dia tidak pernah menyebut kepada saya, tetapi saya akan tanya dia” kata Datuk Yeoh Kian Teik, ayahnya yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan yang dihormati di Perak.
Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh pula mengulas perkara itu sambil ketawa, “Saya telah mendengar berita dari kawan-kawan saya. Saya rasa lucu. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul.”
Namun penafian-penafian itu bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak. Siapa tahu Michelle yang sekarang melakonkan watak sebagai pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi, dalam filem ‘The Lady’ memilih untuk tidak berbincang dengan keluarganya mengenai perkara itu.
Dan kalau benar dia memilih untuk berpolitik agak-agaknya parti manakah yang menjadi pilihan pelakon yang berusia 49 tahun itu?
Mungkinkah dia mengikut jejak bapanya yang sememangnya merupakan orang kuat MCA itu?
Beranikah dia?

Video Panas!!! Adolf Hitler Turut Marahkan FAM Jual Tiket Bola RM50... Protes Harga Tiket Mahal Giler.. - Website Rasmi FAM Kena Godam


Ekoran daripada kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini oleh FAM yang dikata’kan melampau oleh sesetengah pihak,Laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam awal pagi tadi,Jesteru itu laman www.fam.org.my difahamkan tidak berfungsi dalam masa beberapa jam sebelum di’pulihkan kembali.Kandungan muka hadapan dan latarbelakang laman sesawang itu juga telah diubah suai seperti gambar dibawah.
GAMBAR LAMAN WEB FAM KENA GODAM


GAMBAR LAMAN WEB FAM KENA GODAM
Pengodam turut meninggalkan mesej pada laman tersebut seperti dibawah
Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM….. Pegi mampos la FAM!!!

Video Terkini!!! Hanya 4 Orang Yang Menyembahyangkan Jenazah Bekas Presiden Libya, Muammar Ghadaffi



Satu clip video amatur yg menggunakan handset telahpun beredar dan disiarkan television Dubai, Al Alaan.


Dalam clip tersebut juga kelihatan 4 orang yg menyembahyangkan jenazah Gadaffi, Mutassim anaknya dan Abu Bakar Younis. Orang2 yg menyembahyangkan itu diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz pribadi kepada Gadaffi, juga dua pupu Gadaffi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.


Setelah sembahyang tidak kelihatan ke mana jenazah itu dibawa, hanya dimaklumkan ianya dibawa ke gurun dan pihak terbabit dikatakan bersumpah janji untuk merahsiakan tempat sebenar jenazah2 itu dimakamkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH DARIPADA DPPNK

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA : Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!! 

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus.  Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA:  Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!! 

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat. 

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.