Isteri Pendakwah: 5 Bekalan


Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. Kenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat tubuh, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, kehadapan dalam urusan rumah-tangga dan di kamar tidur. Maaf, tanpa bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan ketrampilan itu adalah bekalan normal yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang apakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kalimat lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk berkahwin dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai bekalan yang normal itu. Bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak mempunyai bekalan itu? Ya, perlu belajar (learning by doing).

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri pendakwah bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan lebih dari biasa. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri pendakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).
Hal penting yang harus difahami oleh isteri pendakwah, bahawa suaminya tak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang pendakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tertegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih redha Allah. Mendampingi seorang pendakwah adalah mendampingi seorang perajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang pendakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, kerana cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.
Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahawa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuatir melepas suami pergi berdakwah ke mana-mana. Miliki keyakinan bahawa Dialah (Allah) Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan materialisma. Dan tetap sadar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (Mental).
Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi isteri seorang pendakwah: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan berdikari.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelek).
Ternyata, seorang pendakwah tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia memerlukan seorang isteri yang pandai mengambil hati dan mudah berbicara dan berbincang, bermusyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyakkanlah membaca, rajin ke majlis-majlis ilmu supaya sentiasa ke hadapan.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizik).
Menjaga kesihatan, pandai mengandam diri sendiri. Jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan takwanya seorang pendakwah, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang pendakwah tetaplah manusia biasa yang mungkin melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah SAW.?

Tahniah Buat Bang Chik & Kak Fidah


Seluruh kaum kerabat Sedaka sejahtera merakamkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri, Cikgu Ahmad Shukri Azit (Bang Chik) dan Ustazah Rafidah Shafie serta seluruh keluarga atas kelahiran cahaya mata kelapan mereka pada hari Khamis, 4 Februari 2010 yang lepas. Putera kelapan mereka tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT tepat pada pukul 3.36 di Ipoh, Perak.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. Kaum Kerabat Sedaka sejahtera mendoakan agar putera yang dilahirkan akan membesar sebagai seorang mujahid dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Shukri dan isteri serta seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya” (Ath-Thuur: 21).

ROKOK : BAHAYAKAH, Kenapa Perlu dibiarkan...


* Berapa billion USD telah dibelanjakan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk rokok?
* Berapa juta umat Islam yang mati tiba-tiba diserang penyakit jantung akibat rokok?
* Berapa juta umat Islam yang mati tersiksa akibat kanser yang berpunca dari rokok?
* Berapa ramai di kalangan remaja dan pemuda Melayu Islam yang ketagihan dadah yang bermula dari rokok?
* Berapa ramai remaja yang digantung persekolahan disebabkan rokok?
* Berapa ramai imam dan bilal yang nafasnya berbau disebabkan amalan merokok?
* Berapa juta di kalangan umat Islam yang gagal menunaikan fardhu haji kerana pendapatan hariannya kering dek ketagihan rokok?
* BERAPA dan KENAPA?

Pada bulan Mac 2009 yang lalu, genaplah empat belas tahun sejak fatwa pengharaman merokok mula-mula dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke-37 pada 23 Mac 1995 lalu. Tetapi ulangtahun ke-14 ini terus disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu tahu tentang wujudnya fatwa tersebut. Oleh yang demikian tabiat merokok semakin berleluasa walaupun kerajaan berusaha untuk membasmi tabiat yang tidak baik di kalangan warganegara ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya prihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja.

Kanser paru-paru
Seorang ulama Fiqh Hanafi, Sheikh Muhammad al-Aini menyatakan pengharaman merokok adalah berdasarkan kepada empat perkara:
1. Merokok membahayakan kesihatan (membunuh) seperti yang dipersetujui oleh pakar-pakar perubatan.
2. Rokok mengandungi bahan dadah yang ditegah seperti yang dinyatakan oleh hadith Nabi Muhammad SAW.
3. Asap rokok bukan sahaja menyakiti diri perokok bahkan mengganggu orang-orang tidak merokok terutamanya di tempat-tempat awam seperti di tempat-tempat solat di samping menyakiti para malaikat. Kajian perubatan juga mendapati bahawa bayi yang ada dalam kandungan ibu yang menjadi teman hidup perokok juga terkesan dengan kesalahan ini.
4. Tabiat merokok menyebabkan pembaziran yang sangat-sangat dilarang oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW (sesungguhnya membazir adalah saudara syaitan).

Fatwa yang memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram merupakan langkah permulaan yang amat baik. Malangnya usaha murni ini seolah-olah tidak berkecapaian. Pelaksanaannya terbengkalai sebegitu lama dan tidak menampakkan apa-apa tindak-tanduk yang sistematik dalam memperkenalkannya kepada masyarakat Islam khasnya. Suara-suara sumbang telah mula kedengaran agar fatwa ini ditimbang semula.

Bulan Ramadhan, bulan tarbiyah yang amat baik, tidak seharusnya berlalu begitu saja tanpa sebarang kesungguhan untuk mengajak lebih ramai lagi perokok mengambil kesempatan bulan yang penuh berkat ini supaya berhenti daripada satu bentuk kemungkaran iaitu pembaziran sekurang-kurangnya.

Kalau kita selalu diperingatkan tentang jangan membazir makanan semasa berbuka puasa dan pembaziran itu adalah amalan syaitan; tetapi pembaziran akibat tabiat merokok tidak dititikberatkan langsung. Apatah lagi pembaziran merokok diiringi dengan ribuan kemudaratan. Dalam hal ini ramai di antara kita rasanya telah bersubahat tanpa disedari atau tidak. Ini adalah satu konflik paling besar yang mesti kita selesaikan bersama.

Soalnya berapa lama lagi kita sanggup bersubahat untuk ‘membunuh’ adik beradik kita, keluarga dan masyarakat kita secara halus?




BAHAYA - JANGAN Minum Arak (8 Maut)


JAKARTA 10 Feb – Seramai lapan orang terbunuh selepas meminum arak yang bercampur dengan metanol di pulau utama negara ini, Jawa, lapor polis semalam.

Major Syaiful Anwar berkata, kesemua mangsa membeli arak tersebut di kedai yang sama pada Jumaat lalu.

Buat masa ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. Polis telah menyoal siasat kedai yang menjual minuman terbabit yang terletak di bandar Yogyakarta.

Metanol boleh digunakan sebagai bahan bakar. Tahun lalu, seramai 25 orang terbunuh dalam tempoh dua minggu selepas meminum arak buatan sendiri yang bercampur dengan metanol di pulau peranginan Bali dan Lombok, Indonesia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.