ALOR SETAR - Sebuah restoran makanan Arab di Kompleks Perniagaan Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini, yang baru lima bulan beroperasi, kerugian kira-kira RM60,000 selepas terbakar hari ini.
Kebakaran kira-kira 11.15 pagi itu dipercayai berpunca dari kebocoran gas dapur tidak mencederakan empat pekerja yang sibuk menyiapkan makan tengah hari.