Hebat!!! (Gambar2) Pelakon Shaheizy Sam Terima Hadiah Kereta Nissan 370z Coupe Yang Berharga RM354,400 dengan Plat No SS4M.. Jom Terjah!!

Sam grand winner of ABPBH 2012 with his Nissan 370Z ABPBH 2012 : Shaheizy Sam terima 370Z Coupe dari ETCM
Artis popular Shaheizy Sam telah dianugerahkan sebuah kereta sport Nissan 370Z Coupe di atas kemenangannya untuk kategori ‘Bintang Paling Popular’ dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012, oleh penaja utama Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Penyerahan hadiah utama yang bernilai RM354,400 itu diadakan dalam satu majlis yang cukup meriah di pusat membeli-belah One Utama, semalam. 
Sam, 31, diumumkan sebagai pemenang pada April lalu pada majlis anugerah ABPBH 2012 di mana beliau memperoleh undian tertinggi sebanyak 79,656 undi atas keunikan gaya lakonannya dalam filem-filem blokbuster seperti ‘Songlap’‘Adnan Sempit 2’ dan banyak lagi. Ini merupakan kemenangannya buat kali kedua selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2010.
Sam En. Mahfar and Mr. Tan checking out the Nissan 370Z ABPBH 2012 : Shaheizy Sam terima 370Z Coupe dari ETCM
Sewaktu majlis penyerahan tersebut, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Ini adalah tahun kelima kali kami bekerjasama dengan Berita Harian sebagai penaja utama acara tahunan yang popular ini. Kami amat berbesar hati untuk menyerahkan Nissan 370Z Coupe kepada Sam atas kemenangannya dalam Anugerah ABPBH 2012.  Beliau merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat dan berjaya memartabatkan industri filem tempatan menerusi filem-filemnya yang hebat.”
Kegembiraan tersebut berganda apabila presiden kelab peminatnya yang dikenali sebagai ‘The Magician Family’, Norhana Naridon, diumumkan sebagai pembaca bertuah untuk kategori ‘Pembaca Berita Harian’. Ini membolehkan beliau membawa pulang Nissan ALMERA bernilai RM70,000. Norhana berjaya memenangi hadiah tersebut selepas menghantar borang undian ABPBH 2012 terbanyak.
Norhana lucky reader with her Nissan Almera ABPBH 2012 : Shaheizy Sam terima 370Z Coupe dari ETCM
Majlis penyerahan itu menjadi lebih menarik dan mengujakan apabila peminat-peminat setia Sam diberi peluang untuk berjumpa dengan aktor tersebut, selain merakam gambar dalam satu sesi autograf eksklusif.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.