Benarkah Muammar Gaddafi Mati Dibunuh?

Disebalik celahan kaki pejuang revolusi yang berdarah, ini adalah imej yang didakwa oleh kumpulan pemberontak Libya mengesahkan bahawa pemimpin Muammar Gaddafi telah dibunuh.

Bekas diktator Libya dilaporkan dijumpai bersembunyi di dalam lubang bawah tanah di tengah-tengah Sirte, selepas pemberontak bergerak melalui bandar tepi laut semasa serangan akhir mereka.

Seorang pejuang Mohammed Al Bibi memberitahu pemberita pemimpin diktator yang digulingkan itu telah mengaku kalah dan berteriak 'Jangan tembak, jangan tembak' sambil cuba menyerah diri.

Terdapat beberapa laporan dalam akhbar-akhbar Arab bahawa dia meninggal dunia selepas mengalami luka di kaki.

Imej yang ditangkap: Gambar dari telefon bimbit, menunjukkan pemimpin Muammar Gaddafi cedera, diedarkan tidak lama selepas berita penangkapan beliau didedahkan

Rakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.

Pemberontak berkata beliau bersenjatakan pistol emas ketika ditemui dan memakai pakaian seragam khaki.

Majlis Kebangsaan Peralihan rasmi Abdel Majid Mlegta berkata: 'Dia [Gaddafi] juga ditembak di kepalanya. Terdapat banyak tembakan dilepaskan oleh kumpulan ini dan dia akhirnya mati. '

Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala pejuang lain berkata diktator itu telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm.

Prof Aziz Bari Digantung Tugas : Momentum Baru Bakal Menggegarkan Negara... Mahasiswa Bakal Bangkit Berdemo..

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Aziz atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

Alumni UIA diseru protes
Malaysiakini difahamkan, bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau digantung bergaji kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

opposition demo on lingam tape 280907 shamsul iskandarSementara itu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) turut menggesa seluruh alumni universiti itu turut serta mengadakan protes di UIA pada masa yang sama.

Menyifatkan penggantungan tugas itu sebagai tindakan "unilateral" itu, Shamsul mengingatkan kumpulan itu tidak menjadi "alat politik".

"Keberadaan Prof Aziz Bari di universiti mesti dipertahankan," katanya yang juga graduan undang-undang daripada universiti itu dalam pesanan Twitter beliau.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

MP Kulim-Bandar Bharu Berbohong Di Dewan Rakyat: PR Akan Kemukakan Usul Kepada J/K Hak Dan Kebebasan Parlimen...

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan KebebasanParlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.
Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu.
"Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri.
"Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen.
Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota).
Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.

Panas!!! Pak Long "Selagi Ada Rindu" & Kumpulan Kristal Ada Krisis Pulak....

Pak Long.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shafie Ahmad,46, atau lebih dikenali sebagai Pak Long yang popular dengan lagu Selagi Ada Rindu berjaya menyelesaikan kesnya dengan Kumpulan Kristal yang dikatakan “mencuri” lagu berkenaan untuk dimuatkan dalam album mereka.

Pak Long berkata, hasil perbincangannya dengan syarikat rakaman Music Valley, mereka telah mencapai kata sepakat untuk tidak memanjangkan kemelut itu.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak pengurusan yang menerbitkan album Kumpulan Kristal tidak lama dahulu dan kami mencapai persetujuan yang baik. Pihak Music Valley pun sudah memasukkan nama saya dalam album Kristal sebagai pemilik asal lagu berkenaan.

“Malah syarikat itu juga memberi peluang kepada saya menghasilkan beberapa buah lagu untuk artis dia bawah syarikat mereka,” katanya kepada mStar Online semasa majlis pelancaran single terbaru nyanyiannya di Restoran Rebung di sini, Selasa.

Pak Long menambah, dia gembira lagu berkenaan yang pernah dia popularkan untuk album pertamanya pada tahun 2008 dinyanyikan semula oleh artis lain dengan susunan muzik berbeza.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Pak Long baru menyiapkan “single” terbarunya berjudul Rindu Tetap Merindu yang merupakan kesinambungan Selagi Ada Rindu.

Lagu edaran syarikat rakaman FMC itu katanya telah dihantar ke stesen-stesen radio dan sedang menunggu giliran untuk disiarkan.

Ujarnya, lagu tersebut ditulis kira-kira dua tahun lalu yang mengisahkan mengenai alam dan percintaan.

“Saya suka berimaginasi ketika menghasilkan lagu. Lagu ini dibuat di tepi pantai sambil mengimbas pengalaman saya merindui peminat-peminat saya,” uarnya.

Tambah Pak Long lagi, istimewanya “single” tersebut kerana turut memasukkan bahasa daripada petikan sastera lama selain berkonsepkan etnik balada. Ia turut memuatkan muzik berunsurkan rock, Arab dan kemelayuan.

Ditanya tidakkah dia berasa bimbang kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis yang lebih muda, bapa kepada tujuh orang anak berusia lapan hingga 11 tahun ini memberitahu, tidak berasa bimbang dengan hal tersebut.

Ujarnya, karya yang dihasilkan tiada kaitan dengan usia tetapi apa yang lebih penting bagaimana sesebuah lagu itu mampu memikat hati pendengar selain mampu bertahan lama.

Pak Long yang pernah menghasilkan lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian kumpulan Jin Bara dan Al-Jannah yang dipopularkan Mawi turut memberitahu, selepas “single” tersebut popular, dia berhasrat menghasilkan sebuah album penuh yang dijangka berada di pasaran pertengahan tahun 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.