Pengawal dakwa isteri Sultan gangu ketenteraman

Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.

Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang 'sensitif'.

"Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di Kota Bharu pada jam 8.08 malam pada Khamis lalu.

"Saya mengharapkan polis selepas ini dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta merta dan seadil-adilnya," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di Kota Bharu membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lalu.

Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lalu.

- Bernama

Ada pemimpian UMNO Kedah Tak Buat Kerja : Timb Pengerusi UMNO Kedah Nak Repot Kepada Ibu Pejabat


ALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas.

"Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang.

"Kita akan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di sini, hari ini.

Tanpa menamakan pemimpin terbabit, beliau berkata, perkara seperti itu tidak harus berlaku jika mahu melihat Umno terus kuat.

"Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin UMNO. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya.

Ahmad Bashah berkata, ahli UMNO akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh ahlinya.
Beliau berkata, UMNO perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang.

"Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah turut mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini.

"Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian. - Bernama

Dua maut, Lori Rempuh Belakang Treler Rosak di Lebuhraya Elite




SHAH ALAM: Dua kelindan lori yang membawa ayam, maut apabila lori mereka merempuh sebuah treler rosak yang diletakkan di lorong kecemasan di KM2.7 Lebuh Raya Elite di sini, pagi tadi.

Kedua-duanya yang berumur lingkungan 20-an mati di tempat kejadian sementara pemandu lori berkenaan cedera parah dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

"Pemandu lori berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan," kata Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar.

"Lori yang membawa ratusan ayam itu dilaporkan dalam perjalanan dari sini ke Seremban dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan sebelum merempuh treler terbabit," tambahnya.

Kesemua ayam di dalam lori tersebut terbang keluar dan berkeliaran di atas lebuh raya sehingga ada antaranya mati dilanggar kenderaan yang lalu lalang di situ. - Bernama

Parlimen Serahkan Kepada SPR, AG Tentukan Status Tian Chua



KUALA LUMPUR, 19 Jun — Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan.
“Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini... ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana denda yang dikenakan RM2,000 (di paras sempadan), lebih elok statunya diputuskan oleh Peguam Negara,” katanya lagi.

“Apabila mahkamah memaklumkan kepada kami (Parlimen), kami akan merujuk kes ini kepada SPR, yang saya percaya akan mendapatkan nasihat Peguam Negara bagi menentukan kerusi Batu, yang pada pandangan saya kemungkinan sudah kosong (dengan keputusan mahkamah kelmarin),” kata Wan Junaidi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wakil rakyat itu berhadapan dengan risiko itu meskipun hukumannya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Ketika ditanya sama ada Pejabat Speaker Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ini dalam waktu terdekat, “kita akan berbincang bila tiba masa.”

“Kami belum dimaklumkan apa-apa lagi (oleh mahkamah)... kami akan bercakap bila kami merentasi jambatan,” katanya dengan berseloroh.

Tanpa menolak wujudnya kes-kes rujukan masa lalu, Wan Junaidi berkata, usul bagi memutuskan status jika dibawa ke Dewan Rakyat, berdasarkan kedudukan semasa, secara logik akan menyumbang kepada undi tidak memihak kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu.

Barisan Nasional (BN) masih memiliki kelebihan dari segi kerusi di Dewan Rakyat sekarang dengan 137 anggota.

“Dalam hal ini, saya secara peribadi berpandangan bahawa jika majoriti wakil rakyat mengundi mengesahkan kerusi Batu kosong, orang ramai akan mencemuh (seolah-olah Parlimen tidak adil)... ia juga akan mengakibatkan implikasi dari sudut peruntukan perlembagaan.

“Akan ada yang berpandangan bahawa Parlimen bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, saya berpendapat lebih baik perkara ini diteliti oleh SPR dengan nasihat Peguam Negara,” kata Wan Junaidi lagi.

Peguam Tian Chua, 47, yang gagal menemui hakim kes pagi semalam akan bertemu beliau Isnin ini.
Bagaimanapun peguam Tian Chua memaklumkan hakim kes menerusi timbalan pendaftar berpendapat bahawa peruntukan hukuman cukup jelas dan tidak memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai status kedudukan wakil rakyat boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat, katanya.

“Bukan Speaker yang membawa usul, tetapi anggota Dewan akan membawa usul ini,” kata Wan Junaidi.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai keputusan hilang status kelayakan, Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamad.”

Peruntukan ini menambah, “dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang amalan Majlis menangguhkan sesuatu keputusan supaya langkah-langkah (termasuk langkah-langkah membatalkan hilang kelayakan itu) yang mungkin menyentuh keputusannya boleh diambil atau ditamatkan.”

Peguam Karpal Singh berkata Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR tidak lagi sah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

“Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan.

“Tiada hujah lagi dalam soal ini,” kata Karpal.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

PPP sokong Najib Berkaitan Judi Sukan Selepas MCA

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras,” kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu,” katanya.

Diskaun 10 peratus

Kayveas pada ucapannya juga meminta diskaun 10 peratus bagi pembelian hartanah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, semua bumiputera tanpa mengira status kemampuan mereka menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli rumah. Tindakan afirmatif kerajaan itu bertujuan mengalakan bumiputera memiliki rumah.

Beliau juga 'merayu' kepada Najib untuk mencari jalan bagi membantu masyarakat India di negara ini bagi mencapai tiga peratus ekuiti yang dijanjikan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun lalu.

M. Rajoli Semakin Tenat Dengan Penyakit Yang Dialami.. Didoakan Moga Cepat Sembuh


Rasanya semua pihak telah sedia maklum bahawa pelakon yang sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan.

Berpeluang mengikuti program yang diatur oleh Seniman semalam, pihak media berkesempatan melihat keadaan sebenar pelakon tersebut yang kini hanya terlantar lemah di kediamannya yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Menurut beberapa exco Seniman yang berpeluang menziarah pelakon tersebut sebelum ini, keadaan M. Rajoli semakin tenat jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana selain daripada susuk tubuhnya yang semakin kurus, dia juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah dia hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah dikejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din.

Isterinya ketika ditemubual mengakui perkara tersebut namun tidak dapat mengesahkan mengenai taraf kesihatan M. Rajoli yang sebenar. Katanya, kadang-kadang suaminya itu kelihatan baik dan kadang-kadang pula kelihatan terlalu lemah.

"Sebelum ini dia (M. Rajoli) tidaklah terlalu kerap tidur. Cuma beberapa bulan sejak kebelakangan ini dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Saya pun tidak tahu kenapa.

"Menurut doktor, penyakit ketumbuhan di dalam otaknya telah sembuh dan kini hanya mengambil ubat untuk masalah jantung yang dialami. Cuma kini apabila dia tidur, saya hanya mengejutkannya untuk waktu makan dan minum sahaja.

"Dahulu kalau lapar dia akan beritahu saya tetapi sekarang lapar atau dahaga, dia hanya akan diam. Jadi saya akan memberikannya makan atau minum mengikut jadual yang disarankan oleh doktor. Dengan keadaan dia yang sebegitu, saya hanya memberi dia makan makanan yang lembut dan mudah dihadam.

"Setakat ini saya tiada masalah untuk menjaganya kerana percaya Allah akan terus memberikan rezeki kepada saya. Dia juga masih mengenali saya dan anak-anaknya. Tetapi kalau rakan-rakan pelakon yang datang pada hari ini, mungkin dia tidak ingat," katanya.

Tanggung sendiri kos perubatan
Ditanya tentang kos perubatan suaminya itu, wanita tabah itu memberitahu dia bersyukur kerana salah seorang anaknya bekerja dalam sektor awam, sekaligus mengurangkan bebannya untuk membayar segala kos perubatan.

"Sebelum ini saya pernah sekali menerima bantuan daripada Finas. Selain itu yang sering datang menziarah dan menghulurkan bantuan adalah Seniman.

"Kalau tak ada bantuan daripada Seniman, saya meneruskan hidup dengan bantuan anak-anak. Kalau nak cerita tentang wang simpanan, memang semuanya dah habis. Mujurlah anak bongsu saya iaitu Mohd Arif tinggal bersama dan dialah yang banyak membantu menguruskan ayahnya.

"Memang sekarang saya hanya pergi mengambil ubat di hospital, tetapi sesekali doktor mahu melihat tahap kesihatan suami dan saya terpaksa membawanya ke hospital.

"Memang agak sukar tetapi inilah tanggungjawab yang perlu saya lakukan," katanya yang kelihatan ceria dengan kahadiran exco Seniman serta pihak media.

Walau bagaimanapun dalam pertemuan tersebut, Hashimah enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya tentang madunya, pelakon dan juga penyampai radio, Wan Chik Daud.

"Kalau boleh saya tak nak cakap tentang perkara tersebut. Mungkin satu hari nanti dia akan datang juga ke sini," katanya ringkas.

SUMBER

Tian Chua: “Saya Tidak Akan Membuat Rayuan,”

Oleh Debra Chong dan Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Tian Chua tidak akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman denda yang telah dikurangkan RM1,000, tetapi masih dilihat berhadapan dengan risiko hilang kerusi Parlimen Batu.

“Saya tidak akan membuat rayuan,” kata wakil rakyat Batu itu dengan tegas ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sangat jelas tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tiada apa-apa masalah,” kata beliau lagi.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah, saya tidak akan membuat rayuan, timbalan pendakwa raya tidak akan merayu ... jadi tiada isu di sini,” kata beliau mengulas statusnya sebagai anggota Dewan Rakyat.

Meskipun Tian Chua menganggap kerusinya “selamat”, komponen Pakatan Rakyat berpandangan sebaliknya.

Pengerusi DAP Karpal Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa undang-undang adalah jelas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengenakan denda ke atas wakil rakyat, kurang RM1,000 berbanding hukuman sebelum ini.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

“Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan.
“Tiada hujah lagi dalam soal ini,” kata Karpal.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menyokong pendirian Karpal itu.

SPR merupakan badan betul untuk memutuskan kekosongan kerusi itu, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said berkata, Tian Chua masih mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

“Setakat ini tidak ada lagi, yang lain saya tidak mahu komen.

“Ini kerana laporan penuh mengenai kes ini masih belum siap lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

S/U Misi Gaza Yayasan Amal: "Sebenarnya Mesir Tak Buka Pun SEMPADAN, Gimik Sahaja"

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/P1120549.JPGMARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana.

Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.

Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

“Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,”kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam sebentar tadi,

Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang akan di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam ini,

Indeks Daya Saing Negara Turun Dari 19 Merudum ke 24

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, mengikut World Economic Forum, kedudukan Malaysia di dalam senarai Indeks Keberdayasaingan Dunia sebenarnya semakin merudum setiap tahun.

Pada tahun 2007, Malaysia menduduki tangga 19 seterusnya jatuh dan kekal di tangga 21 pada dua tahun yang berikutnya. Dalam senarai terkini, kedudukan Malaysia merosot lagi ke tangga 24 dan diatasi oleh UAE, Qatar, Luxembourg, dan New Zealand yang sebelum ini berada di belakang Malaysia.

Turut dibangkitkan beliau mengenai persoalan institusi dan kerangka pentadbiran yang tidak telus dan bertanggungjawab.

"Pakar ekonomi terkemuka Michael Porter, telah merumuskan beberapa faktor penyebab kepada keberdayasaingan negara-negara terbaik di seluruh dunia berdasarkan data world economic forum iaitu nombor satu tentunya infrastruktur telekomunisasi tetapi yang keempat merupakan kedaulatan undang-undang (rule of law) mengutip contoh VL Lingam yang saya sebut terdahulu," katanya.

Katanya, objektif RMK10 dalam menjana pertumbuhan berteraskan inovasi tidak mungkin berjaya tanpa reformasi struktur dalam negara.

Beliau ketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat semalam yang bertumpu kepada teras perumbuhan RMK10 yang diterajui inovasi selaku ramuan utama menambah produktiviti dan eksploitasi idea baru juga berkata, dasar inovasi memerlukan reformasi secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang cekap, fleksibel dan rancak.

Ujarnya, untuk menyediakan persekitaran kompetitif, isyarat harga yang tepat juga diperlukan.

"Hakikatnya hanya kebolehan memacu pertumbuhan berdasarkan inovasi sahaja yang dapat merawat permasalahan serius yang melanda ekonomi negara, iaitu RMK10 mengganggarkan pendapatan negara meningkat daripada RM158 bilion kepada RM216 billion menjelang tahun 2015 atau pertumbuhan 6.1% sedangkan perbelanjaan dianggarkan meningkat 6.8%.

"Kos pinjaman kadar pembiayaian hutang meningkat dari 8.6% dalam RMK9 kepada 9.4% dalam RMK10. Kerajaan perlu membuat pinjaman yang besar sama ada domestik atau luar negara untuk membiayai RMK10 ini dan ini terbukti dengan peningkatan debt servicing sebanyak 9.4% sepanjang RMK10 ini," katanya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah defisit terkumpul ini dianggarkan jumlah hutang meningkat dari RM362.4 bilion pada akhir 2009 kepada RM593.9 bilion menjelang 2015 (peningkatan 64%) yang membimbangkan kedudukan kewangan negara.

Justeru katanya, hanya kerangka inovatif serta kreatif yang memungkinkan kita mencari penyelesaian yang hampir ajaib ini.

"Namun, melihat kepada kapasiti inovasi kita sedia ada, kita berhadapan dengan banyak rintangan nyata," katanya.

Menteri Gagal Urus Wang Felda – Zaid

zaid_ibrahimPETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini menyelar kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengenai kerugian rizab wang Felda.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan Ahmad dalam Dewan Rakyat kelmarin mengenai rizab tunai Felda menyusut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009 menunjukkan kerugian sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"Kenyataan beliau jelas menunjukkan kecetekan pemikiran Timbalan Menteri mengenai Felda berdasarkan jawapannya di Parlimen.

"Ahmad gagal menjelaskan keuntungan Felda melalui pelaburannya, tapi hanya menggambarkan penggunaannya seperti belanja membeli-belah dan untuk tujuan kebajikan sahaja," katanya.

Zaid berkata, jumlah RM2 bilion itu merupakan jumlah besar jika Ahmad mendakwa Felda membelanjakannya untuk program tanaman semula.

Timbalan Menteri sepatutnya secara terperinci menjelaskan peruntukan wang RM2 bilion itu kepada jumlah peneroka yang terlibat, kawasan tanah, jika ini termasuk dalam kos sara hidup dan bayaran pendahuluan kepada peneroka mengikut piawaian penanaman semula yang ditetapkan, katanya.

Bagaimana RM253 juta dibelanjakan

Tambahnya, Timbalan Menteri juga tidak menjelaskan mengenai bagaimana RM253 juta dibelanjakan dan manfaatnya kepada generasi lain.

"Adakah wang itu pergi terus kepada peneroka miskin, atau adakah ia disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah?

"Jika ini dianggap sebagai ‘kebajikan awam’, kita mesti tertanya-tanya jika Akta Felda termasuk membantu kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang kini mengalami kekurangan tunai," katanya.

Zaid turut mempersoalkan Ahmad tidak menjelaskan mengapa Felda membayar deposit 40% (berbanding jumlah biasa sebanyak 10%) kepada Naza TTDI untuk membina bangunan ibu pejabatnya sejumlah RM662 juta, jumlah yang jauh melebihi harga pasaran.

Selain itu katanya, syarikat Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal sudah pun gulung tikar.

"Perlu ada satu penjelasan terperinci jika penutupan syarikat itu ada kaitan dengan kelemahan salah guna urus tadbir," terang beliau.

Sehubungan itu, Zaid mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya dalam Felda dan biarkan organisasi lain menguruskan Felda secara profesional dan telus.

"Menteri, dan bukannya Timbalan Menteri yang perlu menjawab persoalan ini di Parlimen terutamanya apabila membabitkan hasil cukai daripada wang rakyat digunakan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.