Timbalan Menteri Sendiri Mengecam Tindakan Terhadap Anggota Polis Yang Disiasat Berhubung Kematian Tahanan.. Jom Terjah!!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut. 

Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf)."Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam. 

Terkini!! Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Nyaris 'Diserang', Pembantu Khas Cedera Diserang 4 Lelaki Di Phuket.. Jom Terjah!!


Adinda Agong nyaris ‘diserang’

ALOR SETAR - Pembantu khas  Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu.

Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil.

Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hangat!! Inilah Lokasi2 Jualan Tiket Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA Esok.. Jom Terjah!!!


Lokasi Jualan Tiket Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA 1 Jun 2013

Ini adalah info mengenai perlawanan Pahang vs Darul Takzim FC Sabtu ini (1 Jun 2013).

Lokasi Jualan

Tarikh: 31 Mei 2013

Masa: 10 pagi

Harga: RM15 (Mereka yg ada tiket lama yg dibeli pada hari selasa lalu tak perlu bayar sebaliknya kena tebus tiket baru, TIADA CAJ TAMBAHAN dan hanya perlu tunjuk tiket lama sahaja)

Lokasi: Stadium Darul Makmur, Stadium Mini Temerloh dan Stadium Nasional Bukit Jalil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.