Inilah Gambar2 Kebakaran Banglo 4 Tingkat Milik S/U Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor










Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

- Bernama

Kisah Benar - Bukti Penuh: Apa Sudah Jadi Dengan Kerajaan Negeri Kedah? Penginapan Perwakilan Parti Politik Dibiayai Syarikat Kerajaan Negeri

Jom kita tengok penyelewengan duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) yang digunakan untuk biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.

Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang la nie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915).

Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).

Mengapa Malaysia Tidak Bantah Mewajibkan Pemakaian Skirt Ganti Seluar Pendek Dalam Permainan Badminton?

KUALA LUMPUR - Peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt mungkin tidak akan dilaksanakan selepas China, Indonesia dan beberapa negara Eropah mengemukakan bantahan, kata pegawai media Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Badan dunia itu sebelum ini mewajibkan pemain wanita memakai skirt atau gaun pendek bagi menggantikan seluar pendek.

Rabu lalu BWF mengumumkan bahawa peraturan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Jun ini, setelah ia ditunda ekoran bantahan daripada pemain dan pegawai.

"Kemungkinan besar ada perubahan dalam peraturan yang dibuat," kata pegawai media BWF, S. Selvam, yang memberitahu bantahan awal diterima daripada China, Indonesia serta India, sebelum Denmark dan Sweden mengambil langkah yang sama.

Mereka yang membantah peraturan tersebut menggesa jawatankuasa BWF supaya membatalkan keputusan itu pada mesyuarat agung mereka yang akan diadakan di China, 28 Mei ini.

Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho menolak dakwaan bahawa pemain wanita dieksploitasi tetapi berkata, sukan tersebut perlu melakukan perubahan dalam acara wanita yang mana skirt yang dipakai oleh pemain tidak perlu terlalu pendek.

"BWF tidak berniat untuk menggunakan wanita sebagai objek seksual. Peraturan itu adalah sebahagian kempen BWF untuk meningkatkan prestij sukan ini.

"Ia bertujuan menarik lebih ramai kumpulan sasaran di kalangan generasi muda dan penonton dewasa termasuk golongan wanita serta lelaki,'' katanya.

- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.