Terkini!! Datuk Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Sah Dilantik YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang Kuatkuasa 24 Julai 2012.. Jom Terjah!!!


Datuk Salleh Man
Datuk Salleh Man 
 
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri Pas kerusi Permatang Pasir, Datuk Salleh Man sah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berkuat kuasa 24 Julai lalu.

Hal itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Mansor Othman setelah pihaknya menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong.
Salleh juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Panas!!! Ketua Pemuda UMNO Kelantan Dakwa Undi BN Dapat Lebih Pahala Daripada Mengundi PAS Pada PRU 13 Nanti.. Jom Terjah!!!

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
KOTA BHARU- Pemuda Umno Kelantan menyifatkan pengundi yang akan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan mendapat lebih pahala daripada apa yang mereka peroleh berbanding mengundi Pas.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, pihaknya memberi jaminan jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu di negara ini, mereka tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan rakyat akan mendapat pahala apabila mengundi parti itu.


“BN terbukti banyak mengotakan janji dan menggerakkan syiar Islam di negara ini.


“Apabila bandingan dibuat terhadap tahap pencapaian Pas yang banyak menabur janji berbanding mengotakannya, malah mengatakan dengan memberi sokongan sudah membuahkan pahala, tentu rakyat yang mengundi BN mendapat ganjaran lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Subhanallah... Solat Trawih Di Stadium Sultan Mohamad IV, Bila Pulak Nak Buat Di Stadium Darul Aman??

 
Ramadhan di Kelantan adalah satu anugerah. Jika sebelum ini, Stadium Sultan Muhamad IV mencatat kehadiran penonton bolasepak paling tinggi di Malaysia, sempena bulan Ramadhan al-Mubarak kegiatan sukan dan aktiviti seakangkatannya dibekukan di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Malah, Stadium Sultan Muhamad IV telah berubah wajah menjadi persis seperti Padang Arafah dimana muslimim dan muslimat berjemaah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.