Perkahwinan Zara Shafruddin Di Gereja Sebenarnya Di Rahsiakan, Tetapi Akhirnya Kevin Rudd Membocorkannya Di Twitter!

Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja. Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.

Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.

Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010. Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.

“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Sumber

Insan2 Ini Menjadi Penghibur Buat Ustaz Azhar Idrus Di Kala Duka... Inilah Gambar Isteri-Isteri Ustaz

Isteri Ustaz Azhar Idrus
Isteri - isteri Ustaz Azhar Idrus

Note : Entry ni di buat khusus untuk mereka-mereka yang ingin kenal  2 orang wanita yang menjadi suri kepada Ustaz azhar Idrus. 

Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.


Family besar ustaz Azhar Idrus




Ustaz Azhar Idrus ni jugak seorang photographer , cantik- cantik gambar yang ustaz Azhar ambil:

Anak-anak Ustaz

Rasydan & Mukmin

Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti.

Kedua-dua isteri Ustaz ada facebook. Bagi yang nak mengenali isteri ustaz dengan lebih dekat lagi boleh la search FB keduanya iaitu FB Rogayah sulong dan FB Nisya Wan.

Okey la tu saje maklumat berkaitan isteri Ustaz Azhar Idrus yang saya tahu. Daaaa!!!


SUMBER

[Video] Isu Surau Salihiah: JKMSK Tarik Balik Permohonan Injunksi... Apa Sebenarnya Berlaku




Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut telah menarik balik permohonan injunksi yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar 5 Januari lepas.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri di sini, hari ini.
"Saya rasa gembira kerana pihak yang memfailkan kes berhubung Madrasah Salihiah telah menarik balik (permohonan injunksi) dan kita akan teruskan perancangan kita untuk menyelesaikan masalah surau itu.
"Diharap tidak akan ada mana-mana pihak yang akan menimbulkan isu ini lagi kerana pihak yang menuntut pun dah tarik balik tuntutan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.
Pada 5 Januari lepas Jawatankuasa itu memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebagai usaha terakhir menghalang madrasah itu diroboh oleh kerajaan Kedah bagi membangunkan kompleks beli belah di tapak itu.
Madrasah Salihiah didirikan pada 1909 di atas tanah kepunyaan Hajah Aisyah dan diperturunkan kepada waris-waris dan akhirnya dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai tanah wakaf khas.
Dalam perkembangan lain ketika ditanya adakah Kedah tidak akan turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Azizan berkata pihaknya menunggu arahan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya akan tengok nasihat Presiden saya, tengok apa kata dia dulu. Kalau saya rasa boleh menang, saya buat sekarang. Sama juga Barisan Nasional dia pun tunggu boleh menang baru buat pilihan raya.
"Senarai nama calon Pas saya dah hantar lama dah (ke pusat), PKR serah kat PKR, saya tak campur," katanya.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.
Langkah itu kononnya untuk memastikan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan pengundi di negeri berkenaan adalah bersih. - Bernama

Hangat Pagi Ini!!! Terbuka Untuk Semua.... Jom Sama2 Kita Cintai Allah


ZIARAH MAHABBAH MENELUSURI PERJUANGAN ULAMA
5 – 11 DISEMBER 2012

Ziarah terbuka kepada semua


Klik untuk enlarge

Kerajaan Negeri Sediakan Latihan Dan Bimbingan Secara Praktikal Dan Bantuan Kewangan Untuk Usahawan: YB Ust Ghani


ALOR SETAR -  Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah merangka latihan dan bimbingan secara ‘hands on’ atau praktikal kepada setiap usahawan untuk membangunkan perniagaan mereka, selain daripada bantuan kewangan yang diberikan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abd Ghani Ahmad berkata, antara program latihan yang dilaksanakan adalah seperti kursus pembuatan kek/biskut, kursus Andaman/gubahan, sulaman, pembuatan sabun dan sebagainya. 

“Selain itu, PKNK juga menganjurkan bimbingan dan seminar serta bengkel kepada usahawan-usahawan tersebut bagi memantapkan lagi aktiviti perniagaan yang mereka ceburi,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bertulis YB. Encik Mohammad Radzi Salleh (Bebas – Lunas) pada Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, di antara program yang diaturkan oleh PKNK adalah seperti bengkel keselamatan dan kesihatan, kreativiti rancangan perniagaan, amalan pengilang terbaik, program pembangunan francais dan seminar makanan halal. 
“Bagi mendedahkan setiap usahawan tersebut kepada pasaran luar Negara, PKNK juga telah mengaturkan lawatan mencari peluang perniagaan seperti ke Guangzhou, China, Ho. Chi Minh, Vietnam dan Kemboja,” katanya.

YB. Abdul Ghani Ahmad memberitahu, visi pelaburan usahawan terhadap hasil lawatan usahawan adalah bertujuan membuka ruang kepada ahli rombongan menjalinkan hubungan strategik dengan pedagang di China, Vietnam dan Kemboja. 

“Ia secara tidak langsung mampu mewujudkan perniagaan trading berskala besar dalam jangka masa panjang di samping sebagai insentif serta galakan yang diberikan oleh PKNK kepada golongan usahawan yang baru menjalankan perniagaan,” jelasnya. 

Tambahnya, sebanyak 300 usahawan telah berjaya dibimbing oleh PKNK dan jumlah usahawan yang berdaftar di bawah bimbingan PKNK adalah 400 orang.

Dataran Merdeka "Ditakluki" Mahasiswa & Mahasiswa

Tidak ada apa yang baru tentang Dataran Merdeka, ia merupakan tempat di mana acara besar diadakan dan bendera gergasi jalur gemilang menjadi tumpuan utama para pelancong.  Di hadapan Dataran Merdeka bangunan warisan yang merakamkan sejarah negara ini dan keindahan struktur bangunan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.  Dataran ini juga berada betul-betul di tengah kota dengan bangunan-bangunan pencakar langit seolah-olah membicara tentang kepesatan dan pembangunan Kuala Lumpur.  Yang baru dalam kebanggaan Dataran Merdeka ialah di satu sudut adanya beberapa khemah yang didirikan oleh anak-anak muda sejak 14 April hingga kini.
Saya berkesempatan untuk melawat anak-anak muda di sana tengahari tadi dan sempat berbual dengan mereka.  Semalam anak-anak muda ini diserang oleh sekumpulan gangster sehingga salah seorang dari mereka dimasukkan hospital kerana cedera.  Saya sempat bersembang dengan dua anak gadis yang menceritakan bagaimana khemah mereka dirobohkan sambil gangster-gangster ini menendang-nendang khemah sehingga tercedera salah seorang dari mereka di kepalanya.

Siapakah mereka anak-anak muda ini?  Mereka pada asalnya berhimpun pada 14 April untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan tetapi kemudian perhimpunan itu menjadi ala "occupy wall street" dan mereka telah membina khemah sejak malam 14 April lagi.  Beberapa khemah telah dirobohkan beberapa hari yang lalu tetapi kini bantuan dan simpati dalam berbagai bentuk kepada anak-anak muda ini datang mencurah-curah.  Tiba-tiba Dataran Merdeka menjadi perhatian bukan kerana biasanya tetapi kerana ia menjadi tempat anak-anak muda berkhemah sebagai satu cara untuk menekan kerajaan supaya isu PTPTN ini diselesaikan.  Ramai yang memberi pandangan tentang anak-anak muda yang berkhemah ini, tidak kurang yang memandang negatif seolah-olah anak-anak muda ini mahu bikin kacau dan menimbulkan huru-hara.
Isu ini timbul apabila PTPTN telah menjadi satu beban kepada pelajar-pelajar IPT sehinggakan dikatakan bebanan hutang adalah sebanyak 28 bilion.  Ia menimbulkan keresahan kerana 1.9 juta pelajar antara mereka telah disenarai hitamkan kerana tidak membayar balik hutang PTPTN yang mereka terima.  Di kalangan mereka ada yang disekat keluar negara oleh pihak imigresen kerana telah disenarai hitamkan.  Keresahan dan bebanan para pelajar yang menganggap PTPTN sebagai "along" telah mencemar nama baik PTPTN.  Jadi kewajaran mereka mendesak supaya isu PTPTN ini diselesaikan adalah satu keperluan dan bukan untuk kepentingan politik.  Apatah lagi PR telah memberi jaminan bahawa jika mereka memerintah, isu PTPTN akan diselesaikan melalui satu pendekatan dalam masa tiga tahun dan lebih penting ialah PR menjaminkan dasar pendidikan percuma dan berkualiti.
Saya sempat berbual dengan "penakluk dataran merdeka" bahawa kami dari PR mahu memberi jaminan bahawa isu PTPTN perlu kepada pendekatan penjadualan semula kepada agensi yang membiayai PTPTN dan lebih penting saya mengatakan kepada mereka secara jangka panjang PR menawarkan pendidikan percuma tanpa berkompromi dengan kualiti.  Cara melaksanakan pendidikan ini ialah dengan membawa konsep bahawa pendidikan tinggi adalah tanggungjawab utama kerajaan dari segi tanggungan walaupun pendidikan tinggi swasta boleh diteruskan.  Dengan cara ini bagi mereka yang mampu bolehlah memilih ke swasta dan bagi yang tidak mampu IPTA akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.  Ia lebih praktikal dari sudut peluang untuk semua.
Walaupun tindakan anak-anak muda ini ditanggap dengan pelbagai persepsi namun hak mereka untuk berkhemah dan berhimpun perlu dihormati dan tindakan ala mafia ke atas mereka yang berhimpun adalah sesuatu yang perlu dikecam oleh rakyat Malaysia.  Anda mungkin tidak bersetuju dengan mereka tetapi ini tidak boleh mewajarkan keganasan dan kecederaan hanya kerana kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka.  Apa yang lebih menarik Dataran Merdeka akan menyambut tetamu dari seluruh pelusuk negara pada 28 April ini dalam satu program duduk-bantah supaya PRU akan datang ialah PRU yang adil dan telus.  Sekali lagi Dataran Merdeka akan menjadi tumpuan bukan kerana lanskapnya tetapi kerana ia menjadi tuan rumah kepada satu kebangkitan rakyat yang mahukan satu reformasi pilihanraya di negara ini.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.