TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Dah Kaut RM11juta: Baru Tau Dalang Jual Klip Lucah





Apa Nak Jadi......


Eksekutif telco ditahan jual klip video lucah


KUALA LUMPUR, Feb 24 — Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu.

Sabotaj Ka... Sebab Kerajaan Tangguh Kenaikan Letrik




Jambatan P' Pinang sesak akibat gangguan elektrik



Ratusan kenderaan terkandas selama hampir sejam di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang apabila plaza tol jambatan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Jurucakap syarikat pengendali jambatan, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) ketika dihubungi, berkata laluan pintu masuk plaza tol jambatan itu mengalami kesesakan teruk kira-kira jam 4.10 petang.

"Sistem tol dan palang tidak dapat berfungsi sementara ketika bekalan elektrik terputus dan ia menyebabkan pengguna dari tanah besar tidak boleh masuk ke pulau," katanya.

Beliau berkata, semua pintu tol tunai kemudiannya beroperasi selepas beberapa minit kemudian tetapi lorong Smart Tag dan Touch and Go masih belum dibuka ekoran gangguan bekalan elektrik itu.

Jurucakap itu berkata, gangguan bekalan elektrik itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 4km dari Seberang Jaya ke Jambatan Pulau Pinang.

Tolong & Bantulah Mereka... Mereka Rakyat Jugak





JHEOA saran Orang Asli ke Suhakam



Orang Asli Gombak diminta membawa kes mereka ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memandangkan dakwaan yang ditimbulkan mereka masih disiasat kementerian yang berkenaan.

Saranan itu disuarakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Datuk Mohd Sani Mistam selepas menemui wakil penduduk dan wakil Majlis Peguam Malaysia hari ini.

Pertemuan itu diadakan selepas sekumpulan 30 orang penduduk berpiket di hadapan pejabat bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA - yang turut menempatkan Hospital Orang Asli di Gombak pada tengahari.

Mohd Sani berkata jabatannya telah membuat siasatan awal terhadap dakwaan yang ditimbulkan termasuk berkaitan kematian dua orang pesakit yang menerima rawatan di hospitalnya.

"Saya tidak tahu kenapa mereka masih berpiket hari ini. Laporan itu kementerian yang buat jadi kita akan tunggu laporan kementerian (pembangunan luar bandar).

"Kita memang dah menyiasat, aduan sebelum ini pun kementerian ada buat pasukan untuk menyiasat, jadi mereka sedang sediakan laporan. Setakat ini saya pun belum dapat lagi laporan itu.

"Saya kata kalau hendak buat (bantahan), ikut saluran yang betul. Kita ada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Kalau ada (Orang Asli) yang tak puas hati apa-apa boleh adukan kepada Suhakam," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai Dasar Pemberimilikan Tanah kepada Orang Asli yang kini masih dalam peringkat kajian.

Katanya, jabatan itu kini sedang mengadakan 'road show' ke kawasan-kawasan penempatan Orang Asli di semenanjung bagi mendapatkan maklum balas mengenai dasar berkenaan.

"Sambutan cukup baik ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersedia. Bukan dia tidak bersetuju tapi tidak bersedia. Ini juga bukan satu paksaan. Dasar yang kerajaan buat ini dia tidak ada had masa," katanya.

Tambahnya, isu melibatkan hak milik Orang Asli ke atas 'tanah saka' dan juga 'tanah rayau' juga sedang dibincangkan dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam dasar tersebut.

"Tanah saka itu maksudnya tanah yang dahulunya diusahakan oleh orang yang terdahulu . Tapi tanah itu sebenarnya atas tanah kerajaan negeri tapi dah ditanam dengan dusun dan ada penempatan itu yang dipanggil tanah saka.

"Maksudnya tanah yang diteroka tapi itu tanah kerajaan negeri," katanya.

Mohd Sani menambah, sebelum dibentangkan sebagai rang undang-undang di parlimen, perkata tersebut harus dikaji oleh peguam negara.

"Kita kalau boleh hendak ambil kira (pandangan Orang Asli). Tapi sekarang belum ada perbincangan secara terperinci. Itu dari segi dasar sahaja," katanya lagi, mengulas kekhuatiran yang ditimbulkan itu.

Sementara itu, wakil majlis peguam Datuk Ambiga Sreevanasan berkata beliau meneriman saranan daripada JHEOA untuk mengemukakan aduan kepada Suhakam berhubung perkara itu.

“Kita akan menemani Orang Asli (ke Suhakam) dan kita akan kemukakan aduan dengan harapan Suhakam akan melihat perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai hasil perbincangan dengan wakil penduduk Orang Asli dengan JHEOA sebelum itu, Ambiga berkata JHEOA hanya terkilan dengan tindakan penduduk mengadakan piket hari ini.

"Yang mereka kata kenapa tidak bincang sahaja dengan mereka. Kita kata sebab dah bincang beberapa kali dan buat aduan tidak ada apa-apa tindakan. Sehingga sekarang mereka tidak diambil kira dengan serius.

"Saya kata kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Saya percaya ini merupakan hak Orang Asli untuk menyatakan pendirian (berhimpun) dan memperjuangkan hak mereka.

Beliau turut mengulas kemajuan siasatan atas laporan-laporan polis yang dibuat, melibatkan kebajikan Orang Asli di situ.

"Inilah juga yang kita tanya, tapi nampaknya tiada siapa tahu apa yang terjadi kepada laporan berkenaan. Anda tahulah betapa cepatnya siasatan boleh dijalankan di negara ini, kadang-kadang sangat cepat.

"Kita tidak faham kenapa ia mengambil masa begitu lama. (Siasatan) ini bukanlah satu perkara yang susah," katanya lagi.

Mana Ada Di Dunia Sanggup Pi Mahkamah Utk Rakyat




Isu tarif air: Kerajaan Selangor bersedia ke mahkamah


SHAH ALAM 24 Feb. – Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Februari lepas menuntut kerajaan Selangor agar membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor. – Bernama

Pencabar Azmin Kembali Ke Rahmatullah




HASLINDA MOHD. ZERAIN





PETALING JAYA: Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd. Zerain meninggal dunia akibat serangan jantung pukul 11.45 pagi tadi.

Menurut Setiausaha Kerja Puteri Umno, Radin Seri Kartini Abdullah jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar petang ini di kawasan perkuburan Islam berhampiran dengan Masjid Riduan Ulu Kelang.

"Allahyarham meninggal dunia di rumah akibat sakit jantung. Bagi rakan-rakan yang ingin melawat jenazah boleh datang ke rumahnya sebelum Asar," katanya kepada mStar Online hari ini.

Jenazah Haslinda kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Ukay Kuala Lumpur untuk dimandi dan disembahyangkan.

Menyoroti sejarah pembabitannya dalam bidang politik, Haslinda pernah bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti Umno tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tewas kepada Shahanim Mohamad Yusoff dalam pemilihan itu.

Jawatan terakhirnya dalam parti ialah dilantik sebagai Exco pergerakan berkenaan.

Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini merupakan kali pertama melibatkan perebutan jawatan Naib Ketua Puteri UMNO yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Beliau juga pernah bertanding pada pilihan raya umum tahun 2008, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Bagaimanapun, Haslinda mendapat 10,350 undi tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali(11,731 undi) di kerusi berkenaan.

Sumbangan Wanita - Cuepacs Tidak Hargai



Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menolak kenyataan setiausaha agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin yang meluahkan kebimbangannya berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana ia telah menidakkan kebolehan dan keupayaan serta sumbangan wanita dalam perkhidmatan awam.

"Adalah menjadi komitmen Pakatan Rakyat selama ini untuk memberi peluang yang sama kepada kaum wanita yang berkebolehan mengembangkan potensi diri mereka serta membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, katanya, bukan sekadar menanam tebu di bibir tetapi mengotakan setiap tutur bicara.

"Negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia yang melantik yang dipertua (YDP) pihak berkuasa tempatan daripada golongan hawa atas kebolehannya.

"Pelantikan arkitek Patahiyah Ismail sebagai YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP ) adalah bukti komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memberikan layanan yang sama kepada semua tanpa kira kaum, agama, jantina dan latar belakang asalkan berkebolehan, cekap dan bersih," katanya.

Menurut Lim, antara golongan hawa yang turut menjawat jawatan penting di Pulau Pinang termasuk:

1. Rohani Hassan sebagai pegawai daerah Seberang Perai Selatan.

2. Shamiah Bilal, penasihat Undang-undang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

4. Dr Judy Shoba Naidu a/p Robert Rajah, pengarah perkhidmatan perbandaran, Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

5. Maimunah Mohd Sharif, pengurus besar Pejabat Warisan Dunia.

6. Ooi Geok Ling, pengarah urusan (pengarah urusan), Penang Global Tourism.

"Mereka semuanya adalah dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat," tambah Lim.

Menurutnya lagi, jika dilihat dari segi kemasukan ke universiti, purata pelajar wanita adalah dalam lingkungan 65 peratus.

"Maka tidak hairanlah yang memohon jawatan perkhidmatan awam juga lebih ramai wanita daripada lelaki.

"Sekiranya kita hendak menjadikan diskriminasi jantina sebagai alasan untuk tidak memberi peluang kepada penjawat awam wanita, maka ia bukan sahaja membazirkan sumber manusia tetapi juga merugikan negara.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa sesebuah negara hanya dapat diperkayakan dengan mengamalkan prinsip 3P, iaitu:

- Perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan kepakaran yang memberikan peluang yang sama untuk mewujudkan kemakmuran;

- Perkuasakan Rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban; dan

- Perkayakan Rakyat dengan berkongsikan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyeru supaya semua wanita diberikan peluang yang sama mengembangkan potensi mereka masing-masing.

"Sekiranya mereka tidak diberikan tempat yang selaras dengan kemampuan mereka , maka mereka yang berkebolehan akan dialu-alukan di Pulau Pinang," katanya.

Harga Lebih RM300K: Lotus Evora Akan Dijual di M'sia


HETHEL (United Kingdom): Lotus Evora, yang dilancarkan bagi pasaran United Kingdom, akan memasuki pasaran Malaysia menjelang akhir bulan depan, kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

Beliau berkata Proton sedang menunggu kumpulan baru kereta Lotus Evora sebelum "kami bersedia bagi pelancaran".

Walaupun menurutnya syarikat itu belum memutuskan harga model itu, namun beliau tidak menafikan bahawa Lotus Evora berharga lebih tinggi daripada 50,000 pound di United Kingdom sekarang.

"Ini disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang lebih tinggi daripada di U.K. Kami belum memutuskan harganya, kami masih membuat perkiraan. Kami cuba menjadikannya berdaya saing seperti dalam pasaran U.K.

"Kami masih berbincang dengan kerajaan selain mengkaji struktur harga," katanya pada satu sidang akhbar di ibu pejabat Lotus di sini Selasa.

Sidang akhbar itu diadakan sempena lawatan dua hari oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Lotus mulai Isnin.

Lotus Exora, yang pada mulanya dibangunkan di bawah projek yang diberi nama "Project Eagle", dilancarkan pada British Motor Show pada Julai 2008.

Kereta itu lebih besar daripada model-model Lotus yang lain seperti Elise dan Exige.

Ditanya tentang rakan kongsi strategik yang disebutkan dalam ucapannya pada majlis makan malam, Isnin, Syed Zainal Abidin enggan menjelaskan lebih lanjut dan berkata masanya terlalu awal untuk membuat pengumuman.

"Perbincangan bukan sahaja melibatkan Volkswagen tetapi juga Mitsubishi dan Renault bagi mengkaji kerjasama dalam beberapa bidang, iaitu enjin dan komponen. - BERNAMA

EXCO Kedah mana nak kena ROMBAK ?? Tunggu


ALOR SETAR 24 Feb. – Majlis mengangkat sumpah Exco Negeri Kedah pada 10 Mac ini bakal menyaksikan kemungkinan beberapa muka lama digugurkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rombakan barisan Exco tersebut bertujuan untuk melicinkan pentadbiran negeri di samping memberi peluang kepada muka-muka baru.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kenapa Adnan Yaacob Takutkan Angka 13?




KETIKA berucap merasmi konvensyen Umno Pahang kelmarin, MB Pahang, Adnan Yaacob yang pernah membuat simbol lucah pada pilihan raya kecil Sanggang membuat ralat ke atas bilangan pilihan raya umum di negara ini. Katanya pilihan raya di negara ini bukan 13 kali tetapi sudah 14 kali.

Pilihan raya di negara ini hendaklah dikira mulai pilihan raya pertama yang diadakan pada tahun 1955 dan bukannya dikira mulai tahun 1959. Alasan yang beliau bagi kerana pilihan raya itu telah pun diadakan di seluruh negara.

Cuma apa yang beza pilihan raya 1955 kerusi DUN di panggil Majlis Perwakilan Negeri, manakala parlimen dipanggil Majlis Perwakilan Persekutuan. Jadi menurutnya pilihan raya akan datang ialah yang ke 14 bukannya ke 13. Beliau berharap SPR memperbetulkan kesilapan ini.

Kenapa Adnan beriya sangat untuk meralatkan bilangan pilihan raya di negara ini. Apakah beliau mempercayai kepada sial dan majal tentang nombor? Nombor 13 adalah nombor yang kurang disenangi. Menurut kepercayaan orang Cina nombor 13 boleh mendatangkan sial dan majal. Apakah Adnan juga mempercayai nombor 13 akan membawa sial dan majal kepada dirinya dan Umno Pahang?

Apakah Adnan sudah dapat merasakan riak risik yang menunjukkan BN akan tumbang pada pilihan raya ke 13 nanti. Selaku MB tentu Adnan dapat merasa gelombang yang berlaku di Pahang sekarang ini. Kemantapan kepimpinan parti Pakatan di Pahang, Pas di bawah pimpinan Tuan Ibrahim Tuan Man dan PKR dibawah Fauzi Abdul Rahman mungkin menyebabkan Adnan merasa gelisah, resah dan ketakutan.

Bagaimana pun saya berharap Adnan tidak sampai ke tahap mempercayai akan dongengan itu. Sebaliknya beliau mungkin ada hujah dan alasan lain kenapa mahukan pilihan raya akan datang dikenali pilihan raya ke 14. Apalah yang ada kepada nombor. Kalau BN ternyata sudah lemah dan makin ditolak rakyat, namalah pilihan raya akan datang dengan pilihan raya ke 15 atau 16, BN tetap akan kalah. Kekuatan BN itu tidak dapat ditampung dengan angka-angka tertentu.

Dangkal sangatlah sebagai MB kalau dalam ucapan sepeting itu soal bilangan pilihan raya umum negara ini yang diketengahkan.
(ambilan: mso)

SEJARAH TERUKIR: 30 Orang Asli berdemo di Gombak




GAMBAR HIASAN



Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan hospital Orang Asli Gombak tengahari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melibatkan pendaftaran tanah mereka.

Dalam satu petisyen yang berkaitan daftar tanah masyarakat Orang Asli, mereka mendakwa telah mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Kembalikan hak kami" dan 'Jangan rampas hak kami".

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka kemudiannya mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Petisyen itu, katanya, akan diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asli.

Dalam petisyen tersebut juga, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

GAMBAR2 AKAN MENYUSUL

DS NIZAR: Sayangku PadaMu

RM49 juta Kebajikan Rakyat Selangor : Sapa Bagi



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak “mengganggu” tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk 'fitnah dan khianat' terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

Turut hadir dan berucap pada program berkenaan ialah menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta exco kebajikan, wanita dan sains Rodziah Ismail.

Menilai program itu, Anwar berkata, kerjasama berkumpulan antaranya pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan negeri dalam isu-isu ekonomi di negeri itu menyebabkan beliau “amat senang bekerja”.

Pada majlis pada malam semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Sementara itu, Khalid (kanan, bersongkok) pula pada ucapanya selepas itu berazam menyalurkan kemakmuran dan kekayaan negeri itu terus kepada rakyat Selangor di pelbagai pelosok negeri tanpa mengira bangsa, agama dan parti yang dianggotainya.

“Saya hendak bawa sendiri beliau ke seluruh pelosok... biar Datuk Seri Anwar lihat sendiri, adakah semua ini sampai kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Sementara itu, rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.

“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.

Sementara seorang penuntut Mohd Reeezwan Ramli, 19, yang menerima bantuan pendidikan RM1,000 berkata, duit yang diterimanya itu akan digunakan bagi meringankan beban keluarganya.

“Saya tidak bercadang guna semua. Saya hanya hendak guna RM500 untuk permulaan, selebihnya saya akan beri pada emak saya pegang.

“Saya seronok dapat bantuan hari ini, tetapi saya gementar kena naik ke pentas, kena bersalam,” katanya sambil tersenyum.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Luma

Khalid Samad Ketuai J/K Kaji Enakmen Islam S'gor

Isu Rotan, Kalimah Allah: Duta EU diberi taklimat


Isu berhubung hukuman rotan ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Syariah dan kes mahkamah penggunaan kalimah Allah adalah antara isu-isu yang diperjelaskan Malaysia kepada 16 duta besar negara-negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

Turut disentuh pada majlis perbincangan makan tengahari yang dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ialah mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, pertemuan itu turut membincangkan Perjanjian Partnership Cooperation Agreement (PCA), Perjanjian Perdagangan Bebas-EU,ASEAN, ketakcambahan senjata nuklear, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, G77, Asia-Europe Meeting (ASEM) serta perkembangan politik di Myanmar dan Afghanistan.

EU rakan dagang terpenting Malaysia dan keempat terbesar selepas Singapura, Amerika Syarikat, dan Jepun pada tahun 1998.

Jumlah perdagangan dua hala EU-Malaysia sebelas bulan pertama tahun lepas berjumlah RM99.82 bilion.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN BRUNEI KE 26








Seluruh warga kerja sedakasejahtera mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN KEPADA NEGARA BRUNEI DARUS SALAM YANG KE 26.







Perundingan, turun padang cara paling efektif


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-26, di Istana Nurul Iman.
(Foto : Pg. Haji Bahar Pg Haji Omar)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah supaya semua yang dirancang itu dilaksanakan menepati jadual bukan sekadar rancangan di atas kertas saja.

Anak kunci kepada semua ini ialah cara kita melaksanakannya, titah baginda Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio Televisyen Brunei.

Baginda bertitah, di antara cara paling efektif ialah melalui perundingan yang berkesan di antara agensi-agensi berkaitan, misalnya, ada rancangan untuk membangun sekolah atau masjid, kadang-kadang yang dijadikan alasan mengapa lambat ialah kerana ada halangan berkaitan dengan syarat-syarat tanah atau tanah belum digezit dan seumpamanya.

Jika inilah alasannya, titah baginda, bukankah semua itu dari kerajaan jua.

Sepatutnya, tegas baginda kalau kerajaan sendiri yang berkehendak tentu saja masalah itu tidak akan jadi sukar lagi.

"Tetapi kelambatan tetap juga berlaku, mengapa? Adakah kita betul-betul serius ataupun tidak? Jika lambat di peringkat bawah adakah peringkat atas mahu turun padang berunding? Inilah masalah kita," tegas titah baginda.

Dan inilah makanya jelas titah baginda, mekanisme penyukat prestasi (key performance indicators) telah dibentuk untuk dipakai sebagai panduan oleh setiap agensi kerajaan.

Satu lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara, titah baginda ialah keadaan alam sekitar.

Tegas baginda tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk.

"Kerana kita juga terus memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar. Kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya," titah baginda.

Oleh itu baginda bertitah sudah tiba masanya untuk kita menyegerakan penggubalan undang-undang atau peraturan bagi pembangunan lebih terkawal.

Pada misalnya titah baginda kita perlu menguatkuasakan mekanisme Environmental Impact Assesment dan lain-lain seumpamanya bagi projek-projek pembangunan.

Terdahulu dalam titah baginda telah melahirkan perasaan syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-26 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Kesyukuran kita ini jelas titah baginda adalah sebagai respons kepada peringatan Allah, ayat 7, Surah Ibrahim, tafsir-Nya: "Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih."

Dalam titah tersebut baginda berharap agar nikmat ini semoga berkekalan sehingga ke generasi demi generasi.

Menyentuh tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini yang berbunyi 'Negaraku Bunei Darussalam' titah baginda ramai orang beranggapan tema seperti ini hanyalah tertentu untuk memupuk semangat patriotism dan cintakan negara semata-mata.

Kalau inilah saja jelas titah baginda ianya belum lengkap lagi.

Menurut baginda, turut lebih penting lagi ialah apakah sumbangan kita untuk 'mengekalkan' nikmat Allah yang di kurniakan-Nya selama ini kepada kita dan negara?.

Patriotisme dan cintakan negara dalam titah baginda sering dilihat orang dari kulitnya saja berupa ikrar-ikrar dan upacara-upacara kesukanan namun tegas baginda jarang orang melihatnya sampai kelubuk-lubuk rahsia: bahawa ni'mat itu ditanai dengan syukur dan digilap dengan kerja-kerja taqwa kepda Allah.

Jika ini ada tegas baginda maka barulah ada harapan untuk ni'mat itu berkekalan, sebagaimana janji Allah Subhanahu Wata'ala sendiri.

Maka bersukut dengan sa'at bersejarah ini baginda menyeru rakyat dan penduduk negara ini untuk sama-sama menghayati amal syukur dan amal takwa itu.

Sumbangan Buku Kepada Anak Mangsa Kebakaran




Shahidan Abdul Rahman
Pengarah Pelajaran Kedah




SUNGAI LIMAU DALAM – Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang prihatin nasib menimpa mangsa kebakaran di Pekan Sungai Limau Dalam baru-baru ini, mengambil inisiatif menyumbang dana dan kelengkapan sekolah serta pakaian.

Majlis penyampaian diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini, kelmarin.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman berkata, usaha itu dilihat sebagai satu daripada langkah-langkah yang selalu diambil sama ada pada peringkat jabatan, pejabat pendidikan daerah mahupun sekolah dalam membantu mangsa yang terlibat dalam bencana.

“Kita lebih fokuskan kepada bahan untuk pembelajaran iaitu buku-buku, pakaian sekolah dan beg sekolah. Barangan lain seperti wang tunai dan baju juga diberikan tetapi kami lebih sering dahulukan bahan pembelajaran agar mangsa yang terlibat dapat belajar dalam suasana selesa.

“Saya harap bantuan yang diberikan itu dapat membantu pelajar meneruskan pembelajaran mereka seperti kawan-kawan yang lain dan kita tidak mahu mereka ketinggalan.

“Diharapkan usaha ini akan diteruskan lagi di peringkat sekolah dengan mengenal pasti keadaan mereka kerana kita masih boleh salurkan bantuan dari segi bentuk biasiswa atau melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah melaporkan bencana yang menimpa kepada pihak kementerian dan sedang menunggu maklum balas.

“Sumbangan pada hari ini adalah sumbangan daripada pihak jabatan dan kutipan derma yang dijalankan. Seramai tujuh pelajar yang mendapat bantuan iaitu empat pelajar berketurunan Cina dan tiga pelajar Melayu,” katanya.

Sementara itu, penerima bantuan, Pang Xiang Ping, 16, berkata, dia berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan kepadanya dan adik beradiknya yang lain.

“Barangan sekolah saya dan adik-adik semua musnah dalam kebakaran itu. Buku kami semunya hangus. Bantuan ini dapat meringankan beban kami dan ibu bapa. Kami juga dapat belajar seperti rakan yang lain apabila mendapat bantuan buku-buku ini”, katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang.

Xiang Ping bersama tiga lagi adiknya diberikan bantuan buku-buku setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran, memusnahkan kesemua peralatan sekolah mereka adik beradik.

Dalam pada itu, sebuah keluarga yang rumah mereka turut hangus, Rosli Ishak, 38, turut mendapat bantuan.

Rosli berkata, dia mempunyai lima anak dan tiga daripadanya masih bersekolah.

“Rumah saya musnah semuanya dalam kebakaran itu. Termasuk barangan sekolah anak-anak. Saya mengalami banyak kerugian dan bersyukur kerana jabatan pendidikan prihatin dengan nasib kami dan menghulurkan bantuan.

“Saya harap dengan bantuan yang diberikan ini, anak-anak saya dapat belajar seperti biasa dan semoga mereka lebih cemerlang.

“Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan dari rumah. Kini pun saya hanya menumpang di rumah ibu saya di Kampung Sungai Kering,” katanya yang turut mendapat sumbangan pakaian.

Menurutnya, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan terhadap keadaan mereka sekeluarga sekarang kerana masih buntu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.