TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Terkini: Hosni Mubarak Sudah Lari....


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak, meninggalkan Kaherah bersama keluarga beliau hari ini, kata satu sumber rapat dengan kerajaan.

Bagaimanapun, destinasi beliau tidak diketahui.

“Mubarak sudah meninggalkan Kaherah bersama keluarganya," kata sumber itu yang enggan menyatakan sama ada presiden itu meninggalkan Mesir atau menuju ke kediamannya di bandar peranginan Sharm el-Sheikh.

Sekurang-kurangnya satu juta rakyat Mesir turun untuk bantahan di Mesir Hari Ini

- AFP

Eiishhh... Gelora Pilihanraya Kampus Di UM Makin Menjadi2.. Pro Mahasiswa Di Anak Tirikan...

Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu
apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.

NONEDalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

Selain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.

Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Ekoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.

Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.

Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.

'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

NONEKumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.

Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.

Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

Beberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.

Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.

Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.

Datuk Siti Nor Bahyah Dituntut Minta Maaf Kaitkan Penganut Kristian Dengan Amalan Maksiat... Benarkah Dakwaannya??

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

NONEDalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Wajah Datuk Umur 89 Tahun Rogol Cucu 10 Tahun Di Kandang Lembu

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/110210145826.jpg

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sana semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun." ..

Salah Anggap: Yusri KRU Bukan Sebagai Pensyarah Sambilan Tapi Sebagai Penceramah Jemputan Di UiTM

Yusry Abdul Halim

PETALING JAYA: Pengarah filem Yusry Abdul Halim, 37, tidak bekerja sebagai pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor seperti yang dilaporkan sebelum ini sebaliknya hanya diberi tugas sebagai penceramah jemputan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar yang turut berkata faktor salah faham mungkin menjadi punca kepada kesilapan laporan media tentang perkara berkenaan.

"Sewaktu berbincang dengan Yusry sebelum ini, dia memang sudah jelas tentang tugasan yang ditawarkan kepadanya. Dia tidak ditawarkan sebagai pensyarah sambilan tetapi hanyalah penceramah jemputan bagi kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi berdasarkan pengalamannya dalam bidang itu.

"Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu.

"Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah Ezwan, sebagai penceramah jemputan, Yusry tidak terikat dengan jadual tetap yang mewajibkannya untuk mengadakan kelas secara konsisten setiap minggu.

Sebaliknya dia akan hadir untuk bengkel kursus berkenaan pada setiap Jumaat selama tiga jam iaitu masa yang lebih fleksibel selain tertakluk kepada jadual pengarah filem itu sendiri.

"Memandangkan Yusry di undang sebagai penceramah jemputan dan bukan kakitangan universiti, maka jadual kelasnya tidak begitu terikat.

"Seandainya dia terikat dengan komitmen lain pada hari tersebut, kelas mingguan itu juga akan dibatalkan. Semuanya bergantung kepada waktu Yusry," katanya.

Yusry akan mengajar kursus itu untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Animasi tahun akhir semester 6 di FACT, UiTM bermula pukul 7 hingga 10 malam.

Fakulti berkenaan diketuai oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertindak sebagai dekan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.