CALON PR HULU SELANGOR: Aku cukup Semak Dengan Pilihan Anwar.. Harap2 Kali Ni Jangan Lagu yang Sudah2...

PKR cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.

Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat. Seorang lagi calon masih belum ditentukan.

azlanSeorang pemimpin kanan cabang tersebut memberitahu Malaysiakini, nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.

“Kedua-duanya (Razali dan Dr Halili) sama-sama kuat, terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya,” kata sumber tersebut.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan kelahiran Batang Kali.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

PKR putuskan Ahad ini


Sementara itu, beberapa nama lagi turut disebut-sebut bertanding mewakili PKR bagi kawasan parlimen tersebut.

syed shahir syed mohamudzaid ibrahimMereka adalah: Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim (kanan), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Syed Shahir Syed Mohamud (kiri) dan ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Tidak jelas sama ada usaha melobi Zaid dan Syed Shahrir sebagai calon sedang dilakukan atau tidak.

shamsul iskandarBagaimanapun Malaysiakini difahamkan, terdapat beberapa pemimpin Pemuda PKR yang sedang giat mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan terhadap Shamsul Badrul (kiri).

Difahamkan petisyen itu akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR untuk dipertimbangkan. Usaha ini juga bagaimanapun tidak dapat disahkan buat masa ini.

n surendranDalambadrul amin perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Amin (kiri) dan peguam N Surendran (kanan) turut disebut-sebut dipertimbangkan sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh pula dilaporkan berkata tiga hingga lima nama akan dipertimbangkan dalam mesyuarat majlis tersebut Ahad ini.

NONEDi pihak BN pula, juga masih tidak jelas sama ada kerusi tersebut akan ditandingi oleh MIC atau Umno. Parti India itu setakat ini telah mencadangkan timbalannya Datuk G Palanivel (kanan) bagi mewakili BN.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kelmarin dilaporkan berkata, BN menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi menentukannya.

POLIS TAHAN Penarik Kereta 'KURUNG' Suri Rumah

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat ‘menahan’ seorang suri rumah selama dua jam di sebuah stor di sini selepas menarik kereta mangsa dalam satu kejadian Rabu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis di dua dua tempat berasingan di sini dan Jitra pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tiga hari mulai semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut beliau, polis dijangka membuat beberapa lagi tangkapan berhubung kes tersebut

Masalah Gangguan Air Di Kedah: Inilah Hasil Salah Urus Yang Ditinggalkan Oleh BN


Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menguruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan di Kedah, sehingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dakwaan sebelum ini yang mengaitkan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah gangguan air adalah tidak benar, sebaliknya segala permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air oleh BN.

“Kerajaan BN dahulu yang gagal membaiki paip-paip lama yang pecah, apabila kita ambil alih Kedah, kita pula yang terpaksa baiki. Termasuklah tanggung hutang perjanjian air yang merugikan yang dibuat ketika mereka memerintah,” katanya.

Azizan berkata, berikutan itu, Kerajaan Negeri kini sedang membuat penilaian semula terhadap perjanjian air lama yang tidak menguntungkan, antaranya sistem penswastaan air di Langkawi.

“Perjanjian itu menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar sebanyak RM38 juta kepada syarikat itu sedangkan kutipan hanya sekitar RM14 juta. Ini menunjukkan BN gagal menguruskan sistem air sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan BN seolah-olah menyalah guna wang rakyat bagi kepentingan sendiri, kerana difahamkan, ada syarikat yang dilantik untuk menguruskan air adalah sekutu BN.

“Ini terbukti BN sebelum ini gagal membela kebajikan rakyat. Mereka guna duit rakyat untuk bayar pada syarikat kroni mereka, dalam jumlah yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan terpencil seperti di daerah Sik dan Padang Terap, Azizan berkata, musim kemarau antara punca berlakunya gangguan air, termasuk di beberapa negeri lain.

“Di Kedah, kita turut gunakan sistem air kebajikan, di mana, air yang menuruni bukit ditakungkan dan disalurkan melalui paip sepanjang 1 hingga 2 kilometer ke rumah penduduk kampung. Apabila musim kemarau tiba, air bukit ini tidak dapat mengalir turun, oleh sebab itu, mereka gunakan telaga,” katanya.

Azizan berharap penjelasan ini dapat menangkis dakwaan beberapa pihak yang mempertikai keberkesanan sistem bekalan air di Kedah, yang dikatakan tidak berfungsi dengan baik, terutama selepas pengurusan air dikorporatkan dan diambil alih Syarikat Air Darul Aman (Sada).

Penduduk buat rayuan di Parlimen : Kes Roboh Rumah

Sekumpulan penduduk dari Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu berkunjung ke Parlimen hari ini bagi meminta bantuan beberapa ahli parlimen PAS untuk memperjuangkan pampasan ke atas rumah mereka yang bakal dirobohkan di kampung berkenaan.

Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.

Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kerajaan untuk tidak memberikan apa-apa pampasan kepada kira-kira 320 keluarga di kawasan itu, kata Ramli.

Jelasnya, pada 24 Mac lalu pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai penduduk, termasuk premis warung makan dan kedai runcit di kampung itu.

Kira-kira 20 buah rumah lagi dan juga sebuah surau di kawasan sama dijangka akan menerima nasib yang sama, seperti yang dialami serama 200 penduduk kampung itu sebelum ini, kata Ramli.

Menurutnya lagi, 200 penduduk berkenaan kini ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Denai Kempas Permai sejak awal tahun lalu.

Keluarga yang terlibat dengan operasi perobohan pada 24 Mac dan untuk kawasan rumah yang masih berbaki pula akan ditempatkan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang terletak kira-kira 28 Km daripada kawasan sedia ada.

"Apa yang kami ingin minta di sini ialah supaya penduduk kampung ini diberikan pampasan dan supaya perobohan ini ditangguhkan. Kita hanya minta setakat RM30 ribu sahaja.

"Masalahnya sekarang ini langsung tidak ada pampasan. Kenapa kami tidak boleh diberikan pampasan, sedangkan penduduk Kampung Berembang di Selangor, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dapat layanan lebih baik," soalnya.

Dalam sidang media sama, wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam perbahasannya di dalam dewan.

Turut memberi sokongan ialah wakil Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata kerajaan perlu memberi ihsan kepada penduduk kampung berkenaan dengan memberikan pampasan.

36 Anggota Exco UMNO bahagian Bukit Bendera letak jawatan



Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota exconya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.

Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota exco itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat jawatankuasa Umno Pulau Pinang yang akan diadakan pada minggu ketiga bulan April.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada September 2008 memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Mursyidul Am dan Timbalan Kekal Disandang untuk Sesi 2010 - 2015


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

'Jangan usik Hari Malaysia' : Jeffrey Gapari Kitingan





Cadangan pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M), Chandra Muzaffar pada Rabu lalu agar Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept setiap tahun digantikan dengan Hari Perpaduan Nasional mendapat reaksi negatif, khususnya di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Antara yang lantang menentang cadangan itu ialah naib presiden PKR, Jeffrey Gapari Kitingan yang mempersoalkan kewajaran dan kebijaksanaan cadangan itu.

Beliau seterusnya mempersoalkan isu hak rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menimbulkan kuasa autonomi, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia.

"Selepas sekian lama berjuang dan bersusah-payah bagi mendapatkan pengiktirafan dariapada kerajaan persekutuan untuk hari Malaysia, mengapa harus kita korbankan semua itu untuk kepentingan pihak lain,” persoal Jeffrey yang juga adalah bekasa tahanan ISA.

"Perpaduan nasional
harus bermula dengan politik yang menyatukan semua sebagai rakyat. Ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengketepikan sejarah dan realiti politik.”

Hari Malaysia, menurut Jeffrey adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang mengikrarkan hak Sabah dan sarawak, termasuk kuasa autonomi menerusi Perkara 20.

"Setiap Hari Malaysia, adalah peluang sekali dalam setiap tahun bagi menilai semula kebaikan dan keburukan keputusan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia,” tegasnya.

Beliau membidas Chandra yang mengemukakan cadangan itu yang didakwanya bertujuan menyelamatkan Umno daripada malu besar kerana membantu British mengheret Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia yang disifatkannya sebagai idea yang buruk.

“Maka tidak hairanlah, ketika itu Presiden Sukarno dari Indonesia menentang Malaysia kerana ia bentuk penjajahan baru terhadap Sabah dan Sarawak?”

YB. V. Sivakumar Speaker yang sah & tidak menyamar


YB. V. Sivakumar menegaskan dia adalah speaker yang sah dari semua ADUN Pakatan Rakyat, malah saya menerima ADUN BN yang iktiraf saya sebagai speaker.

Beliau mendedahkan bekas MB Perak, Ds. Tajol Rosli juga menghantar fax mengesahkan surat yang dihantar olehnya. Jawapan panggilan sidang dari saya dijawab oleh Tajol Rosli dan dia fax ke pejabat saya dan SU dia menelefon untuk sahkan menghantar surat itu.

Sidang media setelah Zambry dan Ganesan tidak hadir

Satu sidang media oleh MB Rakyat Perak diadakan disini selepas Zambry dan Ganesan tidak hadir seperti yang dimohon oleh Pakatan Rakyat. Berikut adalah sidang media yang diadakan di perkarangan Dewan Bandaraya Ipoh.

Kami datang tepat pada waktu untuk berbincang dengan Zambry dan Ganesan, kami merakamkan untuk menghadiri sidang yang mulia dan beberapa hari itu kami hantar surat untuk bertemu. Namun Zambry yang tidak hadir, tetapi apa yang kami dapat, kami tidak dapat tindak balas dari Zambry.

Kami telah menghantar soalan kepada SU dewan, malangnya kami tidak diberikan penjelasan yang benar, kenyataan dari Ganesan kami tidak beri kerjasama. Kami akan hadir dalam sidang itu.

Kami menegaskan speaker yang sah ialah Sivakumar. Oleh itu kita laksanakan tugas sebagai ADUN, namun dua hari sudah Ganesan yang menyamar jadi speaker dengan ada kelas, dimana ada lif berbeza dengan lif untuk masuk ke dewan.

Ini tidak pernah berlaku di Parlimen dan di DUN PR sebelum ini. Tindakan ini apa ertinya. Ini satu ketidakadilan dan tidak mengiktiraf kami sebagai ADUN yang boleh datang bila-bila masa.

Hari ini ada tanda-tanda yang kekangan jalanraya akan dilaksanakan dan salahgunakan kuasa untuk menggunakan polis, inilah yang dilakukan.

Kita minta rakyat menilai dan kami datang hari ini untuk memastikan supaya persidangan menjadi lebih baik .

Inilah sikap tidak berani dan angkuh yang kami rasakan.Kalau dikata mahu bekerjasama dengan rakyat maka dia datang untuk berbincang disini.

Kami menghantar 216 soalan bererti dia tidak tahu buat kerja, hantar ke pejabat SU dan bukan kepada Ganesan itu peraturan.

Sivakumar mengesahkan sebanyak 7 email dari ADUN dihantar ke Pejabat SU Dewan, yang lain dan salinan utama diserahkan kepada saya dengan menghantar ke SU Dewan dan mendapat pengesahan dan tandatangan pada 15hb Mac.

Apa yang dilakukan mengikut apa yang mengikut perintah tetap yang mudah sahaja, serahkan ke pejabat SU Negeri 14hari sebelum bersidang.

BN cuba melarikan diri untuk menjawab soalan ADUN PR. Ini satu contoh mereka cube mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Adalah tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjawab soalan-soalan. Cabar kalau tak mahu jawab jadi pembangkang sahaja.

http://idhamlim.blogspot.com/

RM7 bilion dalam RMK-10 Diperlukan Oleh Kelantan




Kelantan memerlukan peruntukan tidak kurang RM7 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan terutama untuk program pembasmian kemiskinan dan penyediaan kemudahan asas di luar bandar sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan lebih RM7 bilion kepada negeri itu.

"Kita berharap di bawah RMK-10 kerajaan pusat meluluskan peruntukan lebih besar atau tidak kurang RM7 bilion bagi memesatkan pembangunan di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Pasir Puteh di Kampung Air Tawar, Tok Bali di Pasir Putih, semalam.

Lebih 1,000 penduduk di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising menyertai program itu.

Pada majlis itu juga seramai 63 orang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), petani, peladang, peniaga kecil dan penduduk miskin menerima bantuan lebih RM1 juta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.

- Bernama

A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali



A Samad Said

DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.