Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur.
Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai,
Johor.Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu
aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai
tempat beliau dan keluarga tinggal.
Sebagai bekas wartawan, Suki sangat
mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk
mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama
kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini."Mak saya tidak benarkan saya balik
sebelum 2008 lalu kerana katanya Johor tidak selamat.