Akhirnya Tan Sri Annuar Musa Didapati Bersalah : Hukuman Berat Sangat Nie... Berkuasa Sungguh Mereka Ini, Apa Pandangan Anda??

KELANA JAYA: Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.



Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa disambut oleh hampir 300 penyokong Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (GEMPITA) ketika tiba di Wisma FAM bagi mengahdapi perbicaraan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM
Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri. 

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Bongkar Panazz!!! Laporan Polis Ini Mengesahkan Pengacara Jelita Ini Menyerang Menyepak Muka Mangsa Wanita Di Hard Rock Cafe... Mahu Nafi Apa Lagi?


Kecoh di sebuah blog gosip tempatan apabila 2 keping foto bukti laporan polis mangsa terhadap seorang wanita dipercayai pengacara sebuah rancangan hiburan dituduh mengasarinya di sebuah pub di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pengacara tersebut telah menafikan mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya namun 2 keping bukti yang dipercayai laporan mangsa kepada polis telah menunjukkan cerita yang berlainan. Dalam laporan tersebut, tertulis kenyataan berbunyi “rupa-rupanya perempuan yang menyepak saya adalah D*** pengacara M****i”.

Beberapa komen pengunjung blog hiburan tersebut juga telah membuat spekulasi mengatakan bahawa pengacara rancangan hiburan yang dipercayai terlibat ialah Dira.

Apa pun, selagi polis belum mengesahkan laporan tersebut, kita jangan tuduh sembarangan ya. Mari kita tunggu dan lihat! Dibawah ialah 2 keping foto bukti dipercayai laporan polis mangsa. -ohbulan

salinan laporan polis (sumber: rotikaya)


Penganjur Sasar Setengah Juta Rakyat Sertai Perhimpunan BERSIH 3.0 Secara "Duduk Bantah"

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

bersih pc on jom 100 170112 samad saidKatanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila?

"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalamFacebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletSementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini.

Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Jangan Lupa Temujanji Anda Jam 2.00pm | 28 April 2012 | Dataran Merdeka | Bersih 3.0 Diteruskan Dengan 'Duduk Bantah'


Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletPengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu
berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Panas!!! Inilah Produk2 Jenama Ezany Yang Dihasilkan Oleh Pelakon Popular Ini.. Jual Belacan Pun Boleh Buka Kilang.....


Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany.

Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

"Alhamdulillah, segala penat lelah dan kesabaran saya dan isteri berhasil. Semakin lama, jenama kicap dan belacan Ezany diterima ramai dan ia kini dijual di beberapa pasaraya seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.

"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih, saya tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

"Contohnya, bekas kicap yang sebelum ini hanya menggunakan botol plastik kini ditukar kepada kaca dan belacan pula saya jadikan ia kepada serbuk dan kiub. Ini semua untuk membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut," katanya.

Selain perniagaan kicap dan belacan, Ezany turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.

Tambah Ezany, perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya.

"Memang bukan mudah untuk membahagikan masa. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terdaya. Kiranya, jika habis sahaja penggambaran, saya akan terus ke pejabat untuk buat apa yang patut.

"Isteri juga membantu dan selain itu saya memiliki empat orang pekerja yang menolong menjalankan perniagaan ini," ujarnya.

Kata Ezany lagi, dia menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.


Inilah Taktik PM Haji Najib: Pembaharuan Dilambat2kan Walaupun PRU 13 Makin Hampir.. Jom Terjah!!!


Kelewatan dalam memperkenalkan undang-undang baru untuk persidangan Parlimen pada Jun depan mencadangkan bahawa pemilihan tidak akan diadakan sebelum persidangan tersebut. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 4 April — Masa semakin suntuk buat Datuk Seri Najib Razak menunaikan janjinya terhadap beberapa cadangan dan dijangkakan ditunda hingga Jun depan walaupun sesi Parlimen dilanjutkan sehingga minggu depan. Terdapatnya beberapa perubahan perundangan termasuk pemansuhan media cetak untuk memperharui lesen mereka setiap tahun, had umur persaraan dinaikkan, dan penyusunan semula Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan di bawa ke sesi depan, menimbulkan keraguan terhadap ura-ura perdana menteri akan memanggil pilihan raya dalam tempoh tiga bulan.

“PPA, saya rasa belum lagi, kata menteri berkaitan undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz kepada The Malaysian Insider semalam, merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, yang mana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk memberikan lesen percetakan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam turut berkata cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan kakitangan swasta kepada 60 tahun dan akan dibentangkan ketika sesi Parlimen Jun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah beberapa kali mengulangi kenyataannya  sejak beberapa minggu lalu, Putrajaya masih lagi berada dalam landasannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang mana memberikan kebenaran terhadap penahanan tanpa bicara ketika sesi Parlimen kali ini namun dua akta baru masih lagi sedang dirangka di Pejabat Peguam Negara.

Beliau pada Disember lalu turut menjelaskan akta baru untuk memperkasa Rela terhadap “ancaman baru” seperti dadah dan pemerdagangan manusia akan dibentangkan bulan lepas.

Namun pegawai di pejabat Menteri Dalam Negeri berkata kepada The Malaysian Insider, “Akta Rela dilambatkan kerana kami sedang bekerja semakan untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri.”

Kadar gaji minimum pula yang sepatutnya dibentangkan bulan lalu akan disemak semula berikutan pentadbiran Najib menerima tekanan daripada persatuan sekerja.

The Malaysian Insider semalam turut melaporkan Pejabat Peguam Negara akan mendedahkan draf terakhir pindaan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membenarkan mahasiswa berumur 18 tahun ke atas terlibat dalam politik.

Sumber berkata ia hanya akan dibentangkan Isnin ini walaupun sebelum ini dikritik supaya dibaca semalam.
Namun Nazri menjelaskan kepada The Malaysian Insider, kedua-dua pindaan dalam Auku dan pemansuhan ISA akan dibuat pada sidang ketika ini, yang akan berakhir pada 19 April depan.

“Bukan, sebab itu kita tambah empat hari lagi,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ketika ditanya sama ada kerajaan terdesak untuk melaksanakan pembaharuannya.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, beliau hanya akan mengetahuinya ketika mesyuarat Kabinet Jumaat ini apabila pembaharuan berkenaan di bawa ke Dewan Rakyat, yang tidak akan berjalan pada Rabu dan Khamis depan kerana sambutan Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Najib telah memberikan tanda-tanda bahawa Parlimen akan dibubarkan dengan kenyataan Bloomberg menyebut tiga pegawai kerajaan berkata 3 Jun berkemungkinan hari mengundi.

Kaji Selidik yang dijalankan Merdeka Center pada Febuari lalu menunjukkan Presiden Umno itu memperoleh kenaikan 10 peratus popularitinya melonjak kepada 69 peratus ekoran pemberian wang tunai berjumlah RM500 kepada isu rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang merupakan 40 peratus daripada keseluruhan populasi.

Kaji selidik tersebut menunjukkan setiap empat daripada lima isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah menyokong ketua Barisan Nasional (BN) itu.

Namun, beliau tahun lalu telah menjanjikan lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia termasuk pelantikan jawatankuasa khas Parlimen berhunung pilihan raya yang mana hasilnya telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini tanpa perbahasan kerana pembangkang mendesak berkenaan laporan minoriti.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Najib Razak berkata perdana menteri itu hanya serius terhadap perubahan “untuk menunjukkan faktor ‘feel good’ terhadap pengundi di bandar.”

“Tapi beliau telah sedar itu tidak memberikan perbezaan kepada pengundi di pedalaman,” kata bekas timbalan perdana menteri itu merujuk kepada bank undi untuk kerajaan berkenaan.

Panazzz!!! ADUN Nie Umumkan Dirinya Muflis Lantaran Baki Hutang Bank RM8 Juta Gagal Bayar.. Apa Jadi Dengan Kerusinya???



Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
  
Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
  
Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
  
Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.
  
Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.
  
Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.
  
Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.
Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.