Inilah Taktik PM Haji Najib: Pembaharuan Dilambat2kan Walaupun PRU 13 Makin Hampir.. Jom Terjah!!!


Kelewatan dalam memperkenalkan undang-undang baru untuk persidangan Parlimen pada Jun depan mencadangkan bahawa pemilihan tidak akan diadakan sebelum persidangan tersebut. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 4 April — Masa semakin suntuk buat Datuk Seri Najib Razak menunaikan janjinya terhadap beberapa cadangan dan dijangkakan ditunda hingga Jun depan walaupun sesi Parlimen dilanjutkan sehingga minggu depan. Terdapatnya beberapa perubahan perundangan termasuk pemansuhan media cetak untuk memperharui lesen mereka setiap tahun, had umur persaraan dinaikkan, dan penyusunan semula Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan di bawa ke sesi depan, menimbulkan keraguan terhadap ura-ura perdana menteri akan memanggil pilihan raya dalam tempoh tiga bulan.

“PPA, saya rasa belum lagi, kata menteri berkaitan undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz kepada The Malaysian Insider semalam, merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, yang mana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk memberikan lesen percetakan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam turut berkata cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan kakitangan swasta kepada 60 tahun dan akan dibentangkan ketika sesi Parlimen Jun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah beberapa kali mengulangi kenyataannya  sejak beberapa minggu lalu, Putrajaya masih lagi berada dalam landasannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang mana memberikan kebenaran terhadap penahanan tanpa bicara ketika sesi Parlimen kali ini namun dua akta baru masih lagi sedang dirangka di Pejabat Peguam Negara.

Beliau pada Disember lalu turut menjelaskan akta baru untuk memperkasa Rela terhadap “ancaman baru” seperti dadah dan pemerdagangan manusia akan dibentangkan bulan lepas.

Namun pegawai di pejabat Menteri Dalam Negeri berkata kepada The Malaysian Insider, “Akta Rela dilambatkan kerana kami sedang bekerja semakan untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri.”

Kadar gaji minimum pula yang sepatutnya dibentangkan bulan lalu akan disemak semula berikutan pentadbiran Najib menerima tekanan daripada persatuan sekerja.

The Malaysian Insider semalam turut melaporkan Pejabat Peguam Negara akan mendedahkan draf terakhir pindaan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membenarkan mahasiswa berumur 18 tahun ke atas terlibat dalam politik.

Sumber berkata ia hanya akan dibentangkan Isnin ini walaupun sebelum ini dikritik supaya dibaca semalam.
Namun Nazri menjelaskan kepada The Malaysian Insider, kedua-dua pindaan dalam Auku dan pemansuhan ISA akan dibuat pada sidang ketika ini, yang akan berakhir pada 19 April depan.

“Bukan, sebab itu kita tambah empat hari lagi,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ketika ditanya sama ada kerajaan terdesak untuk melaksanakan pembaharuannya.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, beliau hanya akan mengetahuinya ketika mesyuarat Kabinet Jumaat ini apabila pembaharuan berkenaan di bawa ke Dewan Rakyat, yang tidak akan berjalan pada Rabu dan Khamis depan kerana sambutan Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Najib telah memberikan tanda-tanda bahawa Parlimen akan dibubarkan dengan kenyataan Bloomberg menyebut tiga pegawai kerajaan berkata 3 Jun berkemungkinan hari mengundi.

Kaji Selidik yang dijalankan Merdeka Center pada Febuari lalu menunjukkan Presiden Umno itu memperoleh kenaikan 10 peratus popularitinya melonjak kepada 69 peratus ekoran pemberian wang tunai berjumlah RM500 kepada isu rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang merupakan 40 peratus daripada keseluruhan populasi.

Kaji selidik tersebut menunjukkan setiap empat daripada lima isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah menyokong ketua Barisan Nasional (BN) itu.

Namun, beliau tahun lalu telah menjanjikan lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia termasuk pelantikan jawatankuasa khas Parlimen berhunung pilihan raya yang mana hasilnya telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini tanpa perbahasan kerana pembangkang mendesak berkenaan laporan minoriti.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Najib Razak berkata perdana menteri itu hanya serius terhadap perubahan “untuk menunjukkan faktor ‘feel good’ terhadap pengundi di bandar.”

“Tapi beliau telah sedar itu tidak memberikan perbezaan kepada pengundi di pedalaman,” kata bekas timbalan perdana menteri itu merujuk kepada bank undi untuk kerajaan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.