Terkini!!! Pemain Bola Sepak Terkenal Negara, Safee Sali Sah Ceraikan Isterinya Talak Satu


SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, hari ini.

Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1.

Isu Murtad : Datuk Dr Hasan Ali Telah Tayang Video 3 Versi Seperti Yang Dijanjikan.. Jom Terjah!!!

Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini dengan menayangkan video selama 16 minit kepada media membabitkan pengakuan dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata, menerusi gerakan Unit Selamatkan Akidah (USA) pengakuan secara sukarela dua individu terbabit berjaya dirakam dan dipaparkan menerusi versi video di kediamannya, sebentar tadi.

"Video pengakuan dua individu terbabit dirakam dalam tiga versi iaitu 16 minit, 42 minit dan versi yang tidak disunting itu satu jam 30 minit," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Susulan tayangan video terbabit, pihak media dilarang merakam visual, audio dan imej yang disiarkan bagi menjamin keasliannya serta menghormati hak individu terbabit.

Berdasarkan pemerhatian Berita Harian Online, video yang dihoskan Dr Hasan sendiri menampilkan seorang lelaki berusia 27 tahun memceritakan pengalamannya apabila dikristiankan

Kedah Nafi Pemain Import Hamidan Disingkir, Ini Disahkan Oleh YB Dr Hamdan

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial facebook adalah tidak benar.
Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.
Katanya, hanya Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.
“Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Hamidan sebelum ini dikritik banyak pihak berikutan gagal beraksi dengan baik dan dikatakan akan disingkirkan tetapi mula menunjukkan prestasi yang baik apabila Berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir.
Beliau meraih masing-masing dua gol dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA ketika mengalahkan T-Team 2-1 pada 27 Mac lepas dan ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super Sabtu lepas.
Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain midfield Abd Elfatah Safi. – Bernama

MB Pahang Bakal Bertukar Selepas PRU 13... Gabungan Ini Mahukan Ia Bersara...

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

NONE“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah,  Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi  012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

tukar mb pahangSelain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

Panas!! Parti Aung San Suu Kyi, Pembangkang Di Myanmar Menang Besar.... Adakah Malaysia Akan Mengikut Jejak??


PENYOKONG parti NLD mengangkat tangan bagi meraikan kemenangan Suu Kyi sambil membawa gambar pemimpin itu di Yangon semalam.
PENYOKONG parti NLD mengangkat tangan bagi meraikan kemenangan Suu Kyi sambil membawa gambar pemimpin itu di Yangon semalam.
Dahului 65 peratus undi 82 kawasan

YANGON: Penyokong ikon pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi bersorak kegembiraan semalam selepas partinya Liga Kebangsaan Ke arah Demokrasi (NLD) mendakwa beliau menang besar kerusi Parlimen dalam satu pilihan raya bersejarah, bagi membolehkan beliau memulakan tugas memimpin orang awam buat kali pertama.


Kejayaan itu, jika disahkan adalah satu pencapaian hebat di negara Asia Tenggara itu, di mana tentera memerintah secara eksklusif selama setengah abad.Ia juga dianggap hadiah terbesar dalam kerjaya politik Suu Kyi dan satu anugerah menakjubkan buat pemenang Anugerah Nobel berusia 66 tahun yang pernah dikenakan tahanan dalam selama hampir dua dekad.

NLD mendakwa Suu Kyi mendahului dengan 65 peratus undian di 82 daripada 129 tempat pengundian. Parti itu memiliki kakitangan dan sukarelawan di seluruh daerah sawah padi yang memaklumkan keputusan awal menerusi telefon ke ibu pejabat mereka di sini.

Pengumuman kejayaan itu dipaparkan dalam satu papan tanda digital di ibu pejabat NLD di bandar utama Myanmar di sini, di mana lebih 1,000 penyokong mula menjerit tidak tentu arah sebaik mendengar berita itu.

“Kami menang! Kami menang!” teriak penyokongnya sambil bertepuk tangan, menari, mengibarkan bendera merah parti dan menunjukkan ibu jari dan V tanda kejayaan.

Terdahulu, NLD mendakwa Suu Kyi mendahului dengan 65 peratus undian di 82 daripada 129 tempat pengundian. Parti itu memiliki kakitangan dan sukarelawan di seluruh daerah sawah padi yang memaklumkan keputusan awal menerusi telefon ke ibu pejabat mereka di sini.
Keputusan itu bagaimanapun perlu disahkan oleh suruhanjaya pilihan raya rasmi, yang masih belum mengeluarkan mana-mana keputusan dan mungkin tidak membuat satu pengisytiharan rasmi selama beberapa hari.

Dakwaan kejayaan itu diumumkan ketika NLD mendakwa “penyelewengan berleluasa” berlaku pada hari pengundian. Jurucakap parti Nyan Win berkata menjelang tengah hari saja, parti itu memfailkan lebih 50 aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Katanya kebanyakan dakwaan pelanggaran membabitkan kertas undian berlilin yang undi sukar dikira. Ada juga kad undi yang tiada cap rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menjadikannya tidak sah.

Pilihan raya kecil semalam diadakan untuk mengisi 45 daripada 664 kerusi parlimen kebangsaan Myanmar dan tidak akan mengubah keseimbangan kuasa dalam kerajaan.

Suu Kyi dan calon pembangkang lain hampir tiada suara walaupun jika mereka menang semua kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pencalonannya meningkatkan harapan di kalangan rakyat melarat Myanmar, yang sejak beberapa generasi hidup di bawah pemerintahan tegas tentera. 

“Beliau mungkin tidak berupaya berbuat apa-apa pada peringkat ini. Namun satu hari nanti, saya percaya beliau berupaya membawa perubahan sebenar,” kata seorang pengundi, Go Khehtay, yang membuang undi untuk Suu Kyi di Wah Thin Kha, satu daripada perkampungan miskin di kawasan luar bandar selatan ibu kota ini. – AP

NGO: Tanah Masjid Bayan Mutiara Hilang Silap Umno.. Jom Terjah Cerita Sebenarnya....



NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.
Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. -mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.