MB Pahang Bakal Bertukar Selepas PRU 13... Gabungan Ini Mahukan Ia Bersara...

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

NONE“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah,  Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi  012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

tukar mb pahangSelain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.