TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Perceraian Pemain Bolasepak Kedah Dengan Pelakon Disebabkan Orang Ketiga? Benarkah Pelakon Ini Ada Lelaki Lain?

Che Zambil

KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama 13 tahun antara pelakon drama Cinta Antara Benua, Asdayanti Daud bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Che Zambil, 36, melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Asdayanti, 36, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Asdayanti, yang pernah melakonkan watak kanak-kanak dalam drama Opah suatu ketika dahulu untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Asdayanti juga melakonkan watak sebagai Halimah dalam drama Cinta Antara Benua di samping pelakon utama, Ahmad Idham.

Peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Che Zambil memberitahu, pasangan tersebut telah menandatangani persetujuan bersama berhubung perkara yang berbangkit daripada perceraian tersebut.

Che Zambil Ahmad (dari kiri), peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan dan Asdayanti Daud berbual sesuatu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Selasa. Gambar: Utusan Malaysia

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan dua anak lelaki yang berusia setahun dan 11 tahun diberikan kepada Che Zambil manakala Asdayanti diberikan hak melawat dua kali sebulan.

Asdayanti yang kini merupakan pekerja di jabatan kerajaan juga akan mendapat hak milik sebuah rumah yang terletak di Bangsar, dekat sini.

Selain itu, Asdayanti juga bersetuju untuk menggugurkan haknya dalam nafkah edah dan mutaah daripada Che Zambil, yang dikahwininya pada 21 April 1998.

Perceraian itu berlaku 17 hari selepas Che Zambil yang pernah menyarung jersi pemain bola Kedah sebagai penyerang memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadap Asdayanti.

Permohonan nusyuz difailkan pada 25 November lalu di mahkamah sama selepas mendakwa isterinya enggan mematuhi notis kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Semasa itu, media difahamkan permohonan nusyuz dibuat atas dakwaan Asdayanti sering berulang-alik ke luar negara dengan seorang lelaki.

Bincangkan Isu Salahlaku Rasuah Ketua Hakim Negara - Karpal Di Arah Keluar Dewan

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini diarahkan 'berehat' sehingga sidang Dewan Rakyat selesai makan tengahari hingga jam 2.30 petang ini kerana ingin memulakan usul membincangkan aduan salahlaku Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Speaker membuat arahan keluar dewan itu mengikut Peraturan 18(1).

NONEKarpal sebelum itu, mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) bagi membincangkan salahlakurasuah Ketua Hakim Negara.

Dakwanya, Zaki dalam ucapannya mengakui di satu majlis perkhidmatan cemerlang di Mahkamah Persekutuan 11 Jun tahun ini, memberi rasuah pada 7 November 2008 di Kuching.

"Ketua Hakim Negara gagal membalas aduan saya, dan juga surat peringatan bertarikh 1 Disember 2010, di mana beliau enggan menjawapnya," kata Karpal.

"Perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu disegerakan, saya memohon usul saya dibincangkan," tegasnya.

Namun, Pandikar enggan membenarkan Karpal membincangkan perkara itu dan berkata Peraturan 36 (a) menghalang mereka daripada membincangkan kelakuan seseorang hakim semasa menjalankan tanggungjawabnya.

Apabila Karpal berulang-kali cuba berhujah bahawa beliau bukan mempersoalkan kelakuan Zaki sebagai hakim tetapi sebagai tokoh awam, Pandikar mula hilang sabar dan mengarahkan pemimpin veteran DAP itu 'direhatkan'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.