Hangat!!!! Punca Timbalan Menteri Bawa Pistol Semasa Sidang Media Didedahkan.. Ini Jawapan Timbalan Menteri Berkenaan.. Jom Terjah!!!

 

Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api tersentil di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Thank You!!!! (Gambar2) PM Haji Najib Menziarahi Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Di ICU, HUSM...Moga Tuan Guru Cepat Sembuh!!!



KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Beliau yang tiba kira-kira jam 2.15 petang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk melihat dan bertanyakan perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Gempar!!! Punca Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar Melawat Ibu Koperal Sirul Terdedah.. Jom Terjah!!!


Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

Hangat!!! Inilah Jawapan Presiden PASMA Terhadap Kenyataan Presiden PAS Agar PASMA Keluar PAS.. Jom Terjah!!!



ALOR SETAR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) berkata beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Pasma keluar daripada PAS sebagai sesuatu yang serius.

Presidennya Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Presiden PAS itu tentang Pasma semalam bukan sesuatu yang baharu, tetapi kenyataan "ulangan" yang dibuatnya tidak lama dahulu.

Al-Fatihah!!! Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Mangkat



RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat, demikian lapor stesen rasmi Arab Saudi pada awal pagi Jumaat.

Baginda berusia 90 tahun.

Menurut kenyataan rasmi, kedudukan baginda kini digantikan adiknya, Putera Mahkota Arab Saudi, Salman Abdulaziz.

Alhamdulillah!!! Keadaan Terkini Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Makin Stabil.. Jom Pakat Berdoa Agar Diberi Kesembuhan Segera...


PETALING JAYA: Alat bantuan pernafasan yang digunakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan ditanggalkan jika keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan yang lebih positif.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, Mursyidul Am PAS itu diserang batuk dipercayai akibat jangkitan.

"Oleh kerana semalam ramai tetamu yang masuk ziarah, ayahanda batuk sedikit. Justeru doktor menasihati agar pelawat hanya diizinkan untuk melihat dari luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

"Jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan menanggalkan alat bantuan pernafasan," katanya menerusi kenyataan pada petang Khamis.

Terkini!!! MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'? Biar Betul!!! Fitnah Berleluasa, Jom Terjah Cerita Yang Betul!!!


Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

MPPP telah bertindak menyerbu Restoran 'Line Clear' pada pukul 3.30 pagi dan merampas kerusi dan meja premis nasi kandar tersebut kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Manakala MPSP pula telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Taman Pelangi mulai semalam dan dijangka berakhir Jumaat ini dimana mereka bertindak merobohkan semua struktur-struktur perniagaan haram yang dikuasai oleh warga asing.

Gempar!!! (Gambar) Saiful Bukhari Dedah Punca Isteri Berhenti Kerja Dengan TV3.. Jom Terjah!!!


Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful. - Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan  membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pulak!!! Syarikat Penerbangan Airasia Disaman Seorang Jururawat Australia Selepas Pramugari Jatuh Keatasnya.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, menyaman syarikat penerbangan AirAsia kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Crocker mendakwa kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Awat Pulak!!! (Gambar) Pelakon Fizo Omar Buat Pendedahan Mengejutkan Sebelum Dia Bergelar Suami Kepada Mawar.. Jom Terjah!!!


Nampaknya sejak berkahwin ni makin bertambah rezeki Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Bukan sahaja perniagaan semakin maju dan kerap melancong, pasangan ini juga berpeluang menunaikan umrah bersama sejak minggu lepas.

Bagus juga kami lihat pasangan sama cantik sama padan ni, sesetengah orang suka muat naik gambar mereka sewaktu berada di Tanah Suci berpuluh-puluh keping dalam sehari, tapi Fizo dan Mawar kurang berbuat demikian. Mungkin sibuk beribadah.

TRAGEDI NGERI!!! (Gambar2 &Video) Inilah Punca Bas Persiaran Terbalik Dan Terbakar Dekat Tapah, 7 Rentung.. Jom Terjah!!!

Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan tadi.
Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan tadi.

Tapah: Sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk tujuh rentung dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.

ToDiaa!!! Salahuddin Ayub, Ketua JK Pengurusan Krisis PAS: Tak Salah Kerjasama PasMa - Guan Eng.. Jom Terjah!!!


Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.

Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Gila Babi!!! (Gambar 18SX) Pelancong Asing Menunggang Motosikal Dalam Keadaan Bogel 'DIUSIR'.. Jom Terjah!!!


Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana “mencemari keindahan budaya” setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

Dua Bekas Komando Polis Dijatuhkan Hukuman Mati Kes Pembunuhan Model Mongolia, Altantuya Shaariibuu Hari Ini, Jom Terjah!!!


Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.
"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Keputusan Rayuan Pendakwaan Kes Altantuya Hari Ini, Kronologi Kes Pembunuhannya... Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Hari ini Mahkamah Persekutuan bakal menyampaikan keputusan bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria selepas mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun 2013.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Parah!!! Kenyataan Media KP Jakim Isu Perbuatan Sumbang Dalam Konsert K-Pop... Jom Terjah



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
ISU PERBUATAN SUMBANG DALAM KONSERT KUMPULAN K-POP B1A4

1. Insiden yang berlaku baru-baru ini di antara artis K-Pop yang dijemput oleh penganjur ke Malaysia telah meninggalkan kesan yang sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita melihat gadis melayu Muslim antara mereka yang dilihat obses terhadap artis K-Pop berkenaan. Perlakuan tidak senonoh dihadapan umum ini sememangnya boleh dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan kesan daripada penganjuran konsert berkenaan. Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya.

Masya Allah!!! (Gambar) Gempar: Feri Pulau Pinang Terbakar, Penumpang Panik, Jom Terjah!!!


GEORGETOWN - Kira-kira 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin sebuah feri di sini,  tiba-tiba berasap ketika menuju ke terminal Raja Tun Uda di bahagian pulau pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika feri berkenaan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Feri Pulau Payar berkenaan berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri itu dipenuhi kepulan asap hitam dipercayai berpunca dari kerosakan enjin.

Terkini!!! Kisah Allahyarham Koperal Ayob Maut Dalam Letupan Bom Dirungkai, Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Disember lepas mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.
   

Bongkar!!! Siapa Pegawai Khas ADUN Di Bahagian Tengah Sarawak Sah Ditahan Polis? Jom Terjah!!!



SIBU - Polis hari ini mengesahkan seorang pegawai khas Adun Sarawak ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.
 
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan berhubung penemuan 400 gram dadah dipercayai syabu yang disembunyikan di pusat khidmat wakil rakyat berkenaan di sebuah kawasan persisir pantai di bahagian tengah negeri ini.
 

Allahu Rabbi!!! Gambar Persendakan Solat Menjijikkan, Kini Disiasat JAKIM... Jom Terjah!!!

Gambar yang tersebar di media sosialGambar yang tersebar di media sosial

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.

TODIA!!! Harga Minyak Dunia Menjunam Lagi, Bila Pengguna Di Malaysia Bakal Menikmati Harga Murah Nie?... Jom Terjah!!!


NEW YORK – Harga minyak menjunam lagi semalam apabila diniagakan di bawah paras AS$50 setong untuk kali pertama sejak April 2009 berikutan petunjuk pasaran bahawa bekalan minyak mentah global melebihi permintaan pada tahun ini.

Minyak mentah Benchmark Amerika Syarikat (AS) menurun kepada AS$49.77 (RM178) sebelum kembali menokok sebanyak AS$2.65 (RM9.47) atau lima peratus untuk ditutup pada harga AS$50.04 (RM178.91) setong.

(Gambar) Cerita Kassim Ahmad Cabar Tindakan JAIS Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.. Jom Terjah!!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman aktivis sosial dan politik, Kassim Ahmad yang mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mendakwanya atas tuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama Islam tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Ahmad dalam keputusannya berpendapat bahawa Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa semakan kehakiman berhubung permohonan itu.

(Gambar) Ya Allah Ya Tuhanku!!! Sembuhkan Segera Perdana Menteri Ku Yang Dijangkiti E Coli Semasa Lawatan Banjir Di Kelantan.. Jom Terjah!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangkiti Escherichia coli atau E coli semasa mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas akibat banjir. – Gambar Youtube, 5 Januari, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangkiti Escherichia coli atau E coli semasa mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas akibat banjir. – Gambar Youtube, 5 Januari, 2015.
Twitter Najib Tun Razak yang menyatakan beliau akan tetap memantau operasi bantuan banjir walaupun sedang sakit.

Datuk Seri Najib Razak dijangkiti Escherichia coli atau E coli semasa mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas akibat banjir, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Todia!!! Benarkah Parti MIC Akan Dibatalkan Pendaftarannya Oleh ROS Dalam Tempoh 60 Hari Lagi... Jom Terjah!!!


G. Palanivel.
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel memberi jaminan parti itu sedang melakukan apa juga cara yang boleh dilakukan dalam melaksanakan pemilihan semula parti seperti yang diminta oleh Pendaftar Pertubuhan. 

Beliau berkata terdapat banyak dakwaan dan maklumat palsu yang tersebar di media mengenai isu pemilihan semula parti itu. 

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat prosedur yang betul yang harus dipatuhi seperti yang termaktub dalam Akta Pertubuhan apabila berhadapan dengan aduan yang diterima serta eputusan yang dibuat oleh ROS. 

Allahu Rabbi!!! Tragedi QZ8501 - (Gambar2) Kediaman Allahyarhamah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’.. Jom Terjah!!!

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur.


QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, Khairunisa Haidar,

Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com.

Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada serta ibu mertuanya, Soemarnik Saerah yang dipercayai turut terkorban dalam nahas pesawat itu.

PALSU!!! SKMM Dedahkan 14 Nama Individu Sebar Maklumat Palsu, Ini Senarainya,.. Jom Terjah


KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam telah mendedahkan nama 14 orang nama bagi membantu siasatan berikutan penyebaran maklumat palsu di media sosial tentang banjir baru-baru ini.

Menurut Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Sdr. Zulkarnain Mohd Yasin, pihak SKMM setaka tini telah berjaya mengambil keterangan lapan individu dan memintak kerjasama mereka yang belum datang berbuat demikian.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan." 

Pulak Dah!!! Polis Cari Suspek Rosakkan Berhala & Alatan Sembahyang Di Wat Chanthraram.. Jom Terjah!!!

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Chanthraram, Tanah Liat di Bukit Mertajam semalam.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 30-an dan dipercayai kurang siuman itu dikatakan datang ke rumah ibadah berkenaan pada pukul 10.10 pagi dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

TERKINI:Dua Bahagian Besar Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui



JAKARTA: Pencarian yang memasuki hari ketujuh pesawat AirAsia yang dipercayai jatuh sekitar Tanjung Pnada, Belitung Timur telah menunjukkan tanda-tanda positif apa bila telah menemui dua objek yang besar.

Menurut ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan tiga kapal yang mempunyai sistem pengesanan dan pecarian yang canggih dasar laut menemui dua objek yang cukup besar.

(Gambar) Pelajar Malaysia Antara 35 Terbunuh, 48 Cedera Pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai.. Ini Puncanya, Jom Terjah!!!


SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Subhanallah!!! (Gambar) Helikopter Milik PDRM Terhempas, Penduduk Kg Rambai Kelantan Gempar...


Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini. - Foto Bernama

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.