TERKINI:Dua Bahagian Besar Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui



JAKARTA: Pencarian yang memasuki hari ketujuh pesawat AirAsia yang dipercayai jatuh sekitar Tanjung Pnada, Belitung Timur telah menunjukkan tanda-tanda positif apa bila telah menemui dua objek yang besar.

Menurut ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan tiga kapal yang mempunyai sistem pengesanan dan pecarian yang canggih dasar laut menemui dua objek yang cukup besar.



"Saya pastikan dengan apungan minyak di permukaan air dengan terdapat 2 objek besar di dasarnya saya yakin itu adalah pesawat yan gkita cari selama ini" kata Soelistyo.

Salah satu objek yang dikenalpasti dengan pengesanan sonar berukuran 9,2 x 4,6 x 0,5 meter manakala satu objek lagi berukuran 7,2 x 0,5 meter.

"Dua objek ini berada berdekatan di kedalaman 30 meter dari permukaan," kata Soelistyo.

Kapal Geo Survey Baruna Jaya dan Kapal Singapore RSS Persistence telah diarahkan sejak semalam ke lokasi itu dan telah menurunkan peralatan remotely operated vehicle untuk mengambil gambar.

Namun, proses tersebut masih gagal kerana arus laut yang kuat dan ombak besar menggangu perjalanan proses tersebut.

Pesawat Air Asia QZ8501 laluan Surabaya-Singapura disahkan hilang perhubungan di sekitar Tanjung Pandan, Belitung Timur, pada pagi Ahad, 28 Desember 2014. Air Asia QZ8501 membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.