Gempar!!! Ceramah DS Anwar Di Seremban Tiada Sambutan, Rakyat Sudah Hilang Keyakinan? Jom Terjah Video Penuh Ini Dan Gambar2 Sekitar Ceramah Tersebut...

Itulah ayat media umporno...mereka kata Anwar sudah tidak relevan, Anwar sudah hilang sokongan rakyat..tetapi bila rakyat mahu berhimpun 901...umporno sudah takut..mereka buat laporan polis di seluruh negara...

Nampak sangat baculnya umporno...nyawa umporno terletak dibontot Sialfool...

Video ceramah Anwar di Negeri Sembilan semalam ehsan Media Rakyat...



Foto-foto ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim diSeremban malam tadi......

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/396459_10150463994041510_153563841509_9038954_251110000_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/382991_10150464013536510_153563841509_9038999_382158731_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/383016_10150464038656510_153563841509_9039090_380220266_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/407720_10150464066396510_153563841509_9039133_1836467943_n.jpg

Video Panas!!! Kenyataan Penuh Pelajar Pintar Amalina Che Bakri Yang Dikatakan Amal Gaya Hidup Bebas Yang Masih Menuntut Di Luar Negara


Amalina Che Bakri meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan pewatakannya. Berikut adalah kenyataan Amalina ketika ditembual melalui Skype di rumah ibunya, di Taman Sri Saujana berkenaan isu sudah tidak bertudung.

Amalina juga mengakui itu dirinya yang sebenar di mana dia suka bergaya dan berfesyen sejak kecil lagi. Manakala melalui kenyataan ibunya pula. Pakaian berfesyen yang dimaksudkan itu, dibelikan olehnya untuk Amalina. Malah ketika gambar tersebut di ambil, ibunya berada di situ dan ibunya juga yang mengambil gambar tersebut

Malah melalui kenyataan ibunya, Facebook itu bukan milik anaknya dan percaya ada anasir yang cuba menfitnahnya anaknya.

Kami bukan tidak mahu percaya berita ini, namun setelah bermacam penipuan dalam media beberapa ketika ini membuatkan kami terasa semak dengan apa yang disampaikan. Sebagai contoh yang berlaku sebelum ini, apabila seorang pelajar lelaki telah mengahwini seorang lelaki namun kenyataan lelaki tersebut juga mengaku yang dia dilahirkan sebagai Melayu Islam dan mati sebagai Melayu Islam.

Gambar Nur Amalina Che Bakri LUAHAN HATI NUR AMALINA CHE BAKRI

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.

“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.

“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.

Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.
Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.

“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. 

“Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.

“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan…mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.

Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.-hmetro

*********************************************









Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.

Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.
Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.
Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:

Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.

Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:

Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.

Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:

Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.

Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.

Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

June – sekarang:
Medical Research Intern

Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh
 
Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern

CHDR, The Netherlands
 
Aug – Sept 2009
District Medical Officer

Meru District Hospital, Tanzania

Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.
 
Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.

Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012 di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

Kredit sepenuhnya kepada laman blog Hazrey.


P/S: Apa pun, kita mendoakan yang terbaik buat Amalina dan kembali ke jalan yang benar.

Keganasan Polis Di UPSI: Inilah 17 Badan Yang Akan Mengambil Tindakan Melanjutkan Isu Ini Kepada Badan Antarabangsa

PENDIRIAN

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI. Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

GAMIS menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang Tali, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden. Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat. Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

TINDAKAN

Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa tiga tuntutan:

1. Mendesak Najib Razak dan Hishammuddin Hussein dan Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.

2. Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

3. Mendesak agar Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis.

Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.

*Kenyataan media bersama oleh
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
5. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
6. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
7. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
8. Pro Mahasiswa Nasional
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
11. Ikatan Studi Islam Universiti kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
12. Maaruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIA)
13. Al-Azhar Members KUIS (ALAM)
14. Badan Agama dan Dakwah Rohani UKMKL (BADAR)
15. Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI-UPSI)
16. Rakan Penggerak Ad-Din UPSI
17. Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL
- (MerdekaReview)

Pas Mohon DS Noh Omar Hentikan Sabotaj Jika Ada Rancangan Untuk Ganggu Kutipan Sampah di Selangor.

SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.


Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.

Kebakaran di Kampung Barjaya - Dua Terbunuh

http://www.wartakedah.net/images/bakao.jpg

ALOR SETAR, 4 Jan 2012 – Dua maut manakala empat orang lagi cedera dalam kebakaran di Kampung Berjaya, Alor Setar pada pukul  2.00 pagi tadi yang melibatkan empat buah rumah. Dua buah rumah musnah sementara dua buah lagi mengalami kerosakan.

Dua mangsa yang terbunuh dalam kebakaran berkenaan, Chow Chi Moi (ibu, 56 tahun), Lim Yee Joo (anak perempuan, 25 tahun ) didapati terperangkap di tingkat atas dan mayat mereka dijumpai saling berpelukan, manakala ayahnya yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri.

Menurut jiran-jiran berdekatan, api marak dengan begitu cepat serta ditambah pula dengan angin bertiup agak kencang malam tadi. Sebanyak 10 buah kereta bomba bergegas ke tempat kejadian tetapi hanya tiga buah sahaja yang boleh memasuki kampung tersebut kerana lorong yang sempit serta kedudukan rumah yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Sementara itu, keluarga Oii Kim Bok bersama isterinya See Kim Liam dan anak lelakinya Ooi Chee Keong mengambil jalan nekad terjun melalui tingkap untuk menyelamatkan diri apabila melihat api semakin marak di ruang tangga rumah mereka.

ADUN Alor Mengkudu, YB Dr Ismail Salleh yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluangkan masa menziarahi kawasan kebakaran serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap mangsa kebakaran agar bersabar lebih-lebihnya kepada keluarga yang kehilangan nyawa.

Beliau juga turut menyampaikan bantuan segera kepada mangsa berupa wang tunai sebanyak RM500 untuk tuan milik rumah yang musnah manakala RM200 untuk rumah yang mengalami kerosakan. Selain itu mereka dinasihatkan  menghubungi Majls Ketua Kampung (MKK) berkenaan untuk tindakan susulan.

Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan membuat laporan polis. Setakat ini punca kebakaran dan  jumlah kerugian belum diketahui. Keempat-empat buah rumah yang terlibat dimiliki oleh kaum Tiong Hua dan sebuah darinya disewakan kepada keluarga India.

Semua mangsa kebakaran yang cedera mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahyah. Alor Setar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.