Sumbangan Ramadhan di Jerai Lebih 300 Penerima


JERAI, 17 Ogos: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Jerai mengambil inisiatif mengagihkan dana berjumlah RM30 ribu kepada 300 penerima terdiri dari anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin di sekitar Jerai bersempena Ramadhan tahun ini.

Majlis penyampaian bantuan kewangan yang disumbangkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengkalan di ibu negara telah diadakan di Surau Pondok Haji Hussain Dol, Guar Chempedak, dekat sini, semalam.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang hadir menyampaikan bantuan tersebut berkata, usaha kebajikan seperti ini amat dihargai dan berharap usaha murni ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dengan sokongan kuat semua pihak termasuk NGO-NGO.

Beliau turut berkesempatan menyampaikan tazkirah bersempena majlis ringkas itu.

Dalam tazkirahnya beliau menyeru semua yang hadir untuk menghayati pesanan Rasulullah s.a.w kepada umatnya apabila tibanya Ramadan, dengan memperbanyakkan amalan ibadah di bulan yang didatangkan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah SWT.

Menurutnya, Islam menganjurkan supaya diperbanyakkan bersedekah dalam bulan Ramadhan dan berharap semua pihak termasuk individu yang berkemampuan agar tidak melepaskan peluang untuk menjana ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hamba-Nya.

Majlis penyampaian itu turut dihadiri Pegawai Khas (Kawasan) Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, Ahli Majlis Daerah Yan, Ismail Ahmad, ketua-ketua kampung di seluruh Parlimen Jerai dan wakil NGO terbabit.

Pada sebelah petangnya, NGO terbabit bergerak menuju ke Sik dan Baling untuk bersama dalam majlis penyampaian sumbangan kepada 600 penerima lain di daerah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Firdaus yang dalam sesi ziarah bulanannya turut menyampaikan bantuan skim kafalah kepada seorang balu di rumahnya di Kampung Jalan Baru, dekat sini.

Penerima manfaat skim itu, Rojmah Awang yang kini terpaksa membesarkan lima anaknya seorang diri selepas kematian suaminya, Azim Ahmad sebulan lalu akibat menderita penyakit buah pinggang. (Gambar)

"Kakak tak sangka yang kehadiran Ustaz Firdaus petang ini membawa rezeki untuk kami sekeluarga dan kakak nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang perihatian kepada orang-orang susah macam kami ini," katanya.

Kerajaan negeri dalam sidang bajetnya tahun lalu telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3.6 juta bagi perlaksanaan skim kafalah Kedah.

Penjaja Saman Polis Dan Kerajaan RM2 juta - Dakwa Alami Kecederaan Ketika Ditahan Polis Semasa Lihat Protes Anjuran BERSIH


Seorang penjaja yang memerhatikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan atas kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.

Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun.

Peguamnya, Fadial N Fikri berkata tanggungjawab kerajaan dan polis adalah melindungi rakyat dan bukannya menggunakan kekerasan dan bertindak secara arbitrari semasa menjalankan tugas.

Pada perhimpunan besar-besaran 2007 di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih.

Dakwaan Peguam Negara Ada Skandal Dengan Dato' Azailiza

PK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan
hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul
'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.


"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. -SK


Okay, what about this affair then?

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

In other words,
is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

Yes, everyone knows about this affair. It is no secret.
The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

***************************************************

Affair claim in Malaysia's Anwar trial deemed true

(Associated Press) - A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case.

Anwar insists the sodomy charge against him should be dropped after an opposition-linked activist claimed last month that a young female prosecution attorney in the trial had a recent affair with Anwar's accuser, a 25-year-old male former aide. Neither of them has directly responded to the allegation.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing his ex-aide, Saiful Bukhari Azlan. He insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

High Court Judge Mohamad Zabidin Diah ruled Monday that the prosecution team in the trial had accepted the allegations of an affair to be true because it did not directly confirm or deny them.

"The court must accept what is stated as true," he said.

However, Mohamad Zabidin rejected Anwar's request for the charge to be dropped, saying the affair claim did not compromise the prosecution's integrity. Prosecution lawyers have argued that Farah Azlina Latif had been a junior member of the team and never had important documents in her possession.

Malaysia's attorney general ordered Farah removed from the case last month. He said although there was no proof to support the claim of an affair, the move would protect the prosecution's credibility.

The defense claims Farah might have leaked confidential information to Saiful, who should not have access to prosecution strategies.

Mohamad Zabidin postponed trial hearings until Sept. 20 after Anwar's lawyers said they would appeal his decision.

This is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.

Kawalan Ketat Untuk Pakar Patologi Thailand, Pornthip Tiba Di Kuala Lumpur Dirahsia

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada
Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinanTeoh mati akibat dibunuh.

Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan beha siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu.

Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada behah siasat itu.

Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian.

Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri.

Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya.

Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen.

Isu Seks Timbalan Menteri: Biarkan Polis Jalankan Siasatan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan menganggap laporan kononnya beliau merupakan dalang kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan mengedar dadah sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya. “Saya melihat tindakan mereka ini bermotifkan politik... mereka mahu merosakkan nama saya, MIC,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau yang pulang dari Chennai malam tadi berkata tindakan membangkitkan perkara seumpama itu dan mengaitkananya dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sesuatu yang baru.

“Mereka melakukan macam ini sudah lebih 10 tahun, saya percaya mereka akan terus buat seperti ini. Jadi saya tidak risau...,” kata Ahli Parlimen Tapah ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persektuan dan Kesejahteraan Bandar.

Semalam Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat dakwaan itu sebagai satu tohmahan, tetapi akan tetap menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran.

Laporan dibuat oleh seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu.

Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.

“Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya,” katanya.

Ahli politik Pakatan Rakyat itu membuat aduan mendakwa Saravanan terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.

Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar tahun 2000 dan 2001.

Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.

Ditanya sama ada polis telah memanggil beliau untuk siasatan, Saravanan berkata, beliau baru kembali dari India.

Bagaimanapun kata Saravanan, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Biar polis menjalankan siasatan, lagi pun ini bukan kali pertama dakwaan macam ini dibangkitkan,” kata beliau merujuk kepada dakwaan yang pernah dibangkitkan ketika namanya dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Malah isu yang sama dibangkitkan ketika pemilihan parti September lalu.

“Walaupun ini bukan dakwaan baru, tetapi saya pelik mengapa ia dibangkitkan semula sekarang,” kata beliau yang mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada terdapat musuh dalam parti yang cuba mengungkitkan isu ini semula, Saravanan berkata, beliau tidak menyedari kemungkinan tersebut.

Pada 8 Mac 2008, beliau mengalahkan calon PKR Tan Seng Toh dengan majoriti 3,020 undi

Siapa Dibelakang KMA - Ghani Lapor Polis Risalah Buruk Namanya...

Naib Presiden Dewan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamed Ghani Abdul Jiman mendakwa kerajaan negeri memfitnah beliau menerusi risalah mengandungi tohmahan untuk menjatuhkan namanya.

Beliau telah membuat laporan polis di pondok polis Komtar pukul 3 petang ini setelah menyedari salinan risalah itu diedarkan di bazar-bazar Ramadan di Georgetowan.
"Risalah itu mengandungi tohmahan yang besar memburukkan nama baik saya sebagai seorang peniaga dan naib presiden KMA.

"Saya mahu agar kerajaan negeri hentikan pengedaran risalah ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan telus," katanya kepada pemberita hari ini.

Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah itu ialah kegagalan KMA membayar sewa kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). "Dalam soal bayaran sewa, semua peniaga hendak adakan perbincangan terlebih dahulu dengan PDC tetapi mereka (PDC) sering memberi alasan sibuk, jadi tidak boleh bayar sewa lagi sehingga hari ini," katanya.

Selain itu Mohamed Ghani juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai sokongan kuat dari Umno untuk menjalankan perniagaan. "Saya hanya seorang peniaga dan bukan anggota
politik, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa saya adalah anggota politik dan Umno berada di belakang (menyokong) saya," katanya.

Sharpshooter : Mamu Ghani..nak bohong apa lagi..untuk makluman semua, dalam perbincangan sehari sebelum puasa bersama PDC, Peniaga, Ghani dan AMK P.Pinang, keputusan mesyuarat adalah peniaga membayar pada KMA dan KMA akan bayar pada PDC.
Nak bincang apa lagi, keputusan telah dipersetujui oleh semua peniaga termasuk Ghani. Pemiaga akan membayar PD Cheque dua kali kepada KMA dan KMA akan membayar kepada PDC.

Peniaga setuju membayar RM50 sehari dan segala kos kios akan ditanggung oleh PDC. Ghani pun setuju dalam mesyuarat tersebut.

Masalahnya hingga ke hari ini, KMA masih belum membayar kepada PDC walau satu sen pun lagi.

Berita lanjut di sini.

Apakah tindakan yang paling sesuai untuk Ghani?

Amizudin Ahmat (Din Binjai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.