Beliau telah membuat laporan polis di pondok polis Komtar pukul 3 petang ini setelah menyedari salinan risalah itu diedarkan di bazar-bazar Ramadan di Georgetowan.
"Saya mahu agar kerajaan negeri hentikan pengedaran risalah ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan telus," katanya kepada pemberita hari ini.
Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah itu ialah kegagalan KMA membayar sewa kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). "Dalam soal bayaran sewa, semua peniaga hendak adakan perbincangan terlebih dahulu dengan PDC tetapi mereka (PDC) sering memberi alasan sibuk, jadi tidak boleh bayar sewa lagi sehingga hari ini," katanya.
Selain itu Mohamed Ghani juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai sokongan kuat dari Umno untuk menjalankan perniagaan. "Saya hanya seorang peniaga dan bukan anggota politik, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa saya adalah anggota politik dan Umno berada di belakang (menyokong) saya," katanya.
Sharpshooter : Mamu Ghani..nak bohong apa lagi..untuk makluman semua, dalam perbincangan sehari sebelum puasa bersama PDC, Peniaga, Ghani dan AMK P.Pinang, keputusan mesyuarat adalah peniaga membayar pada KMA dan KMA akan bayar pada PDC.Nak bincang apa lagi, keputusan telah dipersetujui oleh semua peniaga termasuk Ghani. Pemiaga akan membayar PD Cheque dua kali kepada KMA dan KMA akan membayar kepada PDC.
Peniaga setuju membayar RM50 sehari dan segala kos kios akan ditanggung oleh PDC. Ghani pun setuju dalam mesyuarat tersebut.
Masalahnya hingga ke hari ini, KMA masih belum membayar kepada PDC walau satu sen pun lagi.
Berita lanjut di sini.
Apakah tindakan yang paling sesuai untuk Ghani?
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
0 comments:
Post a Comment