Gambar2 Para Sukarelawan dalam Konvoi ke Ghaza


Seorang sukarelawan sedang solat.

Beberapa sukarelawan yang cedera sedang
diusung ke hospital di utara Israel.

Israel: Parlimen digesa bincang usul, DAP syor sidang khas

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan tindakan ketenteraan terbaru Israel hari ini, yang menyerang konvoi misi kemanusiaan menyebabkan hampir 16 orang terbunuh.

Dalam pada itu, DAP pula menggesa persidangan khas melibatkan pelbagai pihak diadakan dengan segera bagi membincangkan tindakan Israel yang disifatkan sebagai zalim.

Mengulas lanjut pendirian mereka, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya tidak dapat mengadakan sidang khas, MPM mahu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini menjadikan isu serangan Israel hari ini sebagai usul pertama untuk dibincangkan.

Permintaan itu juga dikemukakan oleh PAS hari ini.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Bebas boleh membawa usul ini, tetapi biar kerajaan yang membawa usul ini, dan saya mahu ia dijadikan sebagai usul pertama sidang Parlimen kali ini,” kata Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MPM di sini hari ini.

Sidang Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini.

Hari ini, rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mengutuk serangan Israel terhadap kapal Freedom Flotilla, yang turut membawa rakyat Malaysia, menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Hampir 16 orang dilaporkan dan kira-kira 30 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel ini.

Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah.

Laporan juga menyatakan bahawa terdapat dua orang warga Malaysia, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani di atas kapal utama konvoi, Mavi Marmara yang diserbu oleh tentera Israel.

Difahamkan Ahli Parlimen Parit Nizar Zakaria juga menyertai misi kemanusiaan itu.

ADUN Meru Dr Abd Rani Osman yang dilaporkan menyertai misi kemanusiaan sebelum ini berada di Istanbul, Turki untuk menyertai seminar, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Jurucakap Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan Freedom Flotilla ini melaporkan bahawa tentera Israel tanpa provokasi terus menembak beberapa individu sejurus selepas menyerbu kapal tersebut.

MPM akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada AS agar mendesak Israel menghentikan serangan ke atas misi keamanan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi.

“Tindakan Israel adalah tindakan biadap, berlaku kematian, ada kecederaan... tindakan ini tidak boleh dimaafkan, tindakan bangsa bersifat binatang yang berterusan.

“Misi bantuan bekalan kemanusiaan ini dilakukan secara terbuka, bukan sesuatu rahsia tetapi diserang. Ini perlu dikutuk,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan di Masjid Kampung Baru esok.

“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kemungkinan akan hadir bersama pada majlis solat dan tahlil ini,” kata Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penaja MPM.

Dalam pada itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, persidangan melibatkan semua parti politik perlu diadakan untuk menguruk tindakan Israel.

“Tiada alasan sama sekali bagi Israel untuk menggunakan kekerasan ke atas misi kemanusiaan, yang mana ia dengan jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa di perairan antarabangsa.

“Ia satu tragedi di mana nyawa rakyat Malaysia juga hampir hilang,” katanya.

Lim yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, persidangan pelbagai parti ini harus diadakan dalam tempoh 24 jam untuk melahirkan kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ikatan politik.

Pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, partinya juga akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di sini tengah hari esok.

Katanya, PAS juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama esok.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan menulis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar perkara itu dibincangkan di Parlimen Isnin ini.

Syeikh Raed Solah, Tokoh Pembebasan Palestin Cedera Parah

31 Mei – Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut.

Dilaporkan juga seorang lagi tokoh yang ikut tercedera akibat serangan Israel adalah Dr. Hani Sulaiman, Ketua Utusan dari Lubnan, yang bergabung dalam armada bantuan kemanusiaan tersebut.

Manakala Al Jazeera melaporkan, bahawa 15 aktivis dari Turki yang ikut serta bersama konvoi kemanusiaan tersebut meninggal dunia akibat serangan kejam Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang mengepalai perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. Al Jazeera melansir, bahwa 15 relawan dari Turki yang ikut serta bersama “Armada Kebebasan” meninggal, disebabkan serangan brutal Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang memimpin perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. (jzr/hc/tho/hp)

Mesyuarat tergempar, Hamas Isytihar 'Intifada' - Sayangilah Saudara Kita Di Sana... Berdoa Untuk Kesejahteraan Mereka..

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Ka
mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

8 Sukarelawan Disahkan Berada Di Kapal Yang Diserang Israel

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman berkata, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini di Instanbul juga mengesahkan melalui SMS kepada Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakinimenghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Bantuan Gaza: Kematian mencecah 16 orang, kapal dirampas

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.

Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Berita Dai Al Jazera: Serangan Israel Ke Atas Kapal Bantuan Ke Gaza

PUAK UMNO TAK TAHU BAHAWA KEROSAKAN DI JALAN TOK KELING MEMANG SEDANG DIBAIKI

Tuan Haji Zulkifli sedang melihat perkembangan jalan yang sedang dibaiki

Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Guntur Tobeng mendakwa Kerajaan Negeri Kedah tidak menggunakan peruntukan RM70 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelenggarakan jalan-jalan negeri.

Dia mengambil contoh bagaimana jalan di Kampung Tok Keling yang rosak teruk tetapi mendakwa ianya tidak dibaiki sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk.

Dakwaannya itu disiarkan oleh RTM, yang sepatutnya menjadi jentera penerangan kerajaan, tetapi menyalahgunakan peranan mereka untuk menjadi ejen propaganda Umno dengan menyiarkan berita tidak benar malahan berunsur fitnah.

Isu kerosakan jalan Tok Keling memang ada dalam pengetahuan dan tindakan Majlis Ketua Kampung (MKK), Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu, ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh dan juga JKR negeri Kedah. Semua rangkaian jentera Kerajaan Negeri berperanan dan tidak pernah lepas tangan.

Kerosakan berpunca dari jalan tersebut digunakan secara lasak dengan bebanan berlebihan oleh lori-lori yang mengangkut tanah dan bahan binaan dari Daerah Pendang ke Alor Setar untuk tujuan pembinaan jalan keretapi berkembar oleh Kerajaan Pusat melalui Syarikat Gamuda.

Sementara projek keretapi berkembar siap dan jalan itu tidak digunakan lagi untuk mengangkut tanah dan bahan binaan lain, maka jalan tersebut tidak boleh diturap sepenuhnya. Ia menghadapi kemungkinan untuk rosak kembali.

Apa yang dilakukan oleh JKR ialah menurap dahulu bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan teruk. Kaedahnya ialah bahagian tersebut dikorek, diratakan dan diletakkan batu. Ia akan dibiarkan selama sebulan untuk 'dilanyak' oleh kenderaan yang lalu lalang supaya bahagian yang mahu diturap itu menjadi mantap dan kukuh. Selepas itu baru kerja penurapan tar dilakukan. Kaedah itu digunakan di mana-mana.

Sementara ianya diturap akan timbul masalah berbangkit seperti habuk dan ketidakselesaan orang ramai yang menggunakan jalan tersebut. Jalan dari Alor Setar ke Pokok Sena yang sedang dibina juga mengakibatkan masalah habuk dan ketidakselesaan. Mana-mana jalan pun yang sedang dibina masalah yang sama akan timbul. Ia adalah masalah sementara. Takkan kerana tak mahu masalah tersebut muncul maka jalan terus tidak dibaiki.

Selaku pemimpin Umno Bahagian sepatutnya Guntur Tobeng mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari JKR, kerana menghentam kerajaan tanpa maklumat yang betul hanya akan menampakkan kebodohan dirinya sendiri.

Yang penting ialah masalah kerosakan jalan di Kampung Tok Keling memang sedang dibaiki dan Kerajaan Negeri tidak pernah lepas tangan. Pemimpin Umno hanya turun sekali sekala untuk menangguk di air keruh, mereka tidak tahu apa-apa mengenai tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.

Mengenai kerosakan 'yang diakibatkan' oleh pihak Gamuda, JKR telah berbincang dengan Gamuda dan syarikat tersebut akan bertanggungjawab terhadap nilai kerosakan.

Bagaimanapun dalam isu ini pihak PKWR Alor Mengkudu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang di atas 'keprihatinan' mereka, cuma lain kali biar nampak cerdik sikit dalam membangkang bukan main hentam keromo.


Laporan oleh:
ZULKIFLI YAHAYA
Pengarah PKWR Alor Mengkudu
Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar.

Rakyat Malaysia Antara Diserang Kapal Perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dariAstro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

PKR Utamakan 'ELIT' Berbanding Buruh

PKR nampaknya mula mengorak langkah "peremajaan" parti itu dengan menggalakkan pemimpin muda untuk mencabar kedudukan pemimpin lama.

Seiring dengan itu, parti itu kini berusaha untuk menambah keanggotaannya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, ia masih perlu menjaga barisan keanggotaan sedia ada yang disifatkan sebagai penyokong paling setia parti itu.

pkr congress agm kota baru 300510 saifuddinSetiausaha agungnya, Saifuddin Nasution berkata beliau terkesan apabila mengetahui mengenai pengorbanan yang dilakukan penyokongnya untuk hadir ke tempat persidangan tahunannya di Kota Bharu kali ini.

Katanya, ada di kalangan mereka itu yang sanggup menjual kotak terpakai, malah memandu 'prebet sapu' untuk hadir ke Kelantan Trade Centre.

"Keikhlasan ada. Mereka tak minta pasir, jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan. Apa mendorong mereka datang?" soalnya ketika menyampaikan ucapan penggulungannya.

Malah, katanya, berbanding parti yang lebih berkemampuan seperti Umno, para perwakilan yang hadir dikenakan bayaran sebanyak RM20, manakala ahli yang masuk sebagai pemerhati pula ditetapkan bayaran RM10.

Soalan itu sedikit sebanyak meredakan tuntutan yang ditimbulkan para perwakilan, berhubung penjawatan dalam syarikat kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

MB umum jawatan baru

Secara khusus, para perwakilan menghamburkan persoalan itu kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, memandangkan negeri tersebut didominasi PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdKerisauan para perwakilan juga tercetus akibat kecenderungan pentadbiran tersebut untuk memilih pemimpin yang berkelayakan tinggi.

Sidang kali keenam ini menyerlahkan lagi keresahan mereka apabila PKR dilihat lebih mengutamakan golongan 'elit' berbanding anggota akar umbinya yang rata-ratanya kaum buruh.

Ini mendorong Khalid Ibrahim untuk mempersetujui saranan-saranan yang ditimbulkan itu.

Dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan jawatan baru di negeri itu -- pegawai pembangunan DUN, yang sebelum ini dikenali sebagai exco angkat.

NONESelain itu, keutuhan parti itu juga bakal teruji lagi dengan pindaan perlembagaan barunya bulan depan yang membolehkan keseluruhan ahli layak untuk mengundi memilih presidennya. Tarikh akhir bagi pendaftaran ahli baru ditetapkan pada 4 Jun ini.

Sebagai timbal balas, PKR juga mahu memperkukuhkan lagi strukturnya dengan mempergiat program tarbiah bagi mengelakkan kejadian lompat parti daripada terus berlaku.

Untuk itu, presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dicadangkan sebagai 'profesor sepenuh masa' di 'Universiti Politik Keadilan' oleh ketua biro latihannya Mustafa Kamil Ayub.

'Seorang lagi kaki judi kuda'

Seperti yang didedahkan timbalan presidennya Senator Dr Syed Husin Ali, Mustafa Kamil berkata PKR tidak mahu calon wakil rakyat menyertai PKR demi mendapatkan kepentingan peribadi.

pkr national congress 301108 syed husin aliTanpa menamakan individu dimaksudkan, Syed Husin berkata: "Seorang yang saya kenal, mula-mula dikenalkan di Kelantan oleh ketua umum, waktu dia di Kelantan, masih belum masuk parti.

"Waktu itu dia di Kelantan adalah untuk dapat peluang pekerjaan, dapat kontrak pembalakan yang boleh beri kesenangan kepada dia untuk menanggung anaknya yang belajar di luar negara tapi akhirnya apa berlaku?

"Dia masih boleh hidup senang, tapi tak sesenang (yang) dia harap bila jadi MP dan ketua di Pulau Pinang.

"Bila digugurkan, dia marah. Bila (tidak dapat) kontrak, dia maki hamun ketua umum. Dalam kemarahan, mudah didekati mereka yang boleh dihulurkan senang banyak. Maka dia keluar dengan burukkan parti.

"Seorang lagi kaki judi kuda. Waktu malam berkaraoke, hutang banyak. Hutangnya dengan ah long," katanya ketika menyifatkan sikap dua orang wakil rakyat PKR yang melompat parti.

Ucapan Syed Husin itu bagaimanapun tidak 'mendedahkan' bukti yang duar-uarkan oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak hari pertama kongres pada Jumaat -- berhubung dakwaan tawaran RM2 juta dan kontrak kepada wakil rakyat PKR yang lompat parti.

Penyusunan semula organisasi

Anwar bagaimanapun berkata, disiplin parti akan ditingkat melalui proses penyusunan semula keseluruhan majlis pimpinan tertinggi parti itu, kecuali jawatan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung dalam pemilihan selepas ini.

pkr congress agm kota baru 300510 anwar speechDalam ucapan penggulungannya, Anwar berkata langkah itu juga perlu bagi meningkatkan disiplin parti, satu topik yang juga sering ditimbulkan dalam perbahasan para perwakilan.

"Saya sebelum ini susah untuk ambil tindakan -- 'saya setia dalam parti', bila cakap begitu susah," katanya.

Sebagai tanda 'restu' kepada Khalid, Anwar turut menyimpulkan, negeri yang dikuasai Pakatan akan kekal bersih, seperti yang berlaku dalam pentadbiran Selangor.

"Baik di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah atau Selangor, saya sedikitpun tidak ragu dengan pimpinan yang pegang amanah untuk tidak khianat.

"Orang kata (Pakatan) kapal karam ke, whatever. Bagi seorang pemerhati yang objektif, apakah kelainan untuk Malaysia?

"Sumbangan terbesar kita ialah, kita telah berjaya membuat transformasi budaya politik," tegasnya.

Al-Fatihah: Pegawai PTD Meninggal Dunia Ikuti Kursus Ala Komando


Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.

Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31
bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.

Khairy Menantu Pak Lah Gagal Ketepikan Saman Fitnah Anwar

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini, gagal dalam permohonannya untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan ketua pembangkang itu.

Penghakiman ingkar itu dikenakan ke atas Khairy pada 4 Disember 2008, selepas beliau gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonannya pada 20 Februari 2009 lalu untuk mengenepikan perintah itu.

Mengumumkan penghakimannya di kamarnya, penolong pendaftar Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan Khairy untuk membayar kos.

Anwar, 63, menfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 kerana dakwaan Khairy pada ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengucapkan dan telah menyebabkan penerbitan di laman sesawang termasuk Malaysiakini.com. satu rakaman klip video bersama sebuah artikel bertajuk "Anwar and kin no threat".

Anwar mendakwa rakaman klip video itu dalam Malaysiakinimengandungi kata-kata fitnah yang diucapkan oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud beliau terlibat dengan aktiviti berlawanan dengan Islam, tidak mempunyai akhlak mulia dan tidak sesuai memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan.

Beliau memohon ganti rugi pampasan RM100 juta, teruk, teladan, kos dan relif-relif lain oleh mahkamah.

Saiful Nafi Plastik Disumbat Ke Duburnya.. Kes Liwat II

Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi rodak kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar.

Saiful menjawab dia tidak tahu.

Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.

Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan.

Saiful menafikan pernah berkata plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

“Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur.”

Saksi itu juga berkata bahawa Ezam dan Mumtaz agak keberatan membuat laporan polis kerana bimbang masa depannya terjejas.

Saiful kemudiannya dibebaskan daripada kandang saksi tetapi boleh dipanggil semula oleh Karpal pada masa yang sesuai sepanjang perbicaraan itu.

Kelainan Muktamar PAS ke 56: Muktamar 3 Sayap Dirasmi Serentak


PENGKALAN CHEPA, 27 Mei - Sehingga kini lebih 50 peratus persiapan bahagian dalam dan luar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selesai menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun ini.

Muktamar Tahunan PAS ke-56 tahun ini kembali diadakan di Putik selepas diadakan di Shah Alam tahun lepas dan di Ipoh tahun sebelumnya. Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan telah bersiap sedia menerima tetamu, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara yang akan berkampung di Kelantan selama lima hari.

"Bagaimanapun muktamar tahun ini ada sedikit perubahan apabila majlis perasmian muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda diadakan serentak pada 9 Jun kira-kira jam 9 malam bertempat di Putik,

"Manakala keesokkan harinya ketiga-tiga dewan akan melangsungkan muktamar di tiga tempat berasingan iaitu Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) Machang, Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre (KTC) dan Dewan Muslimat di Dewan Duyung, Perdana Resort," kataanya semasa ditemui ketika meninjau persiapan muktamar di Putik, Selasa lalu.

Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, pada pagi 11 Jun perasmian muktamar akan diadakan di Dewan Putik disempurnakan Prseiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Manakala pada sebelah petang hari yang sama, muktamar penuh akan diadakan. Muktamar dijadualkan berakhir tengahari 13 Jun.

*****************************************************

KOTA BARU 31 Mei – Kelantan akan menjadi tumpuan arena politik sekali agi susulan Kongres Nasional Keenam PKR yang berakhir semalam – kali ini Muktamar PAS berlangsung minggu depan yang akan membawa kelainan julung kali Tahun ini majlis perasmian ketiga-tiga sayap parti itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat The Malaysian Insider difahamkan pendekatan itu akan menjadi amalan tahunan selepas ini

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditemui di sini Sehingga tahun lalu muktamar sayap Dewan Ulama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh secara berasingan dengan tetamu khas antara lain ialah timbalan presiden parti

“Ya ia akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan ” kata beliau kepada The Malaysian Insider

“Ini kali pertama kami membuat keputusan untuk mengadakan sekali ” kata beliau sambil menambah ia bertujuan untuk memberikan panduan pucuk kepimpinan perwakilan ketiga-tiga sayap berkenaan Tahun ini genap 20 tahun PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan

Kali ini majlis perasmian akan berlangsung di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di Pengkalan Chepa dekat sini Mustafa juga berkata pendekatan perasmian serentak akan menjadi amalan standard selepas ini

“Kami akan gunakan cara ini setiap tahun selepas ini ” kata Mustafa

Pendekatan itu juga digunakan oleh Umno dan juga oleh PKR yang merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat


Pelancongan Helikopter Langkawi - Alor Setar



ALOR SETAR - Perkhidmatan helikopter dari Pulau Langkawi ke beberapa destinasi di sini dijangka mampu merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata, perkhidmatan itu yang dimulakan sejak dua bulan lalu menerima sambutan yang menggalakkan dengan tempahan hampir setiap hari.

Beliau berkata, perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIG Global Sdn. Bhd. itu membolehkan pelancong yang datang ke Langkawi melawat ke destinasi menarik di tanah besar.

"Pelancong di Langkawi menaiki helikopter untuk datang seharian ke sini dan pulang ke pulau peranginan itu pada hari yang sama," katanya kepada para pemberita selepas pelancaran Alor Setar Food Trail 2010 di perkarangan Menara Alor Setar di sini semalam.

Menurutnya, tiga lokasi utama menjadi tumpuan perkhidmatan itu iaitu bandar raya ini, Gunung Jerai dan Kulim.

Jelasnya, gaya pelancongan menggunakan helikopter itu terkenal di kalangan pelancong Arab, Eropah dan pelancong kaya.

Katanya, caj yang dikenakan adalah antara RM1,200 hingga RM1,800 dengan masa perjalanan antara 15 hingga 25 minit.

Sempena karnival Alor Setar Food Trail 2010 itu, CIG Global turut menawarkan pakej 'helicopter joyride' dengan bayaran RM88 kepada pengunjung yang mahu merasai pengalaman terbang mengelilingi bandar raya ini.

p/s: Pihak admin memohon maaf di atas kesilapan gambar yang lalu, moga ini gambar yg betul. terima kasih di atas teguran oleh CIG-Global Sdn. Bhd. Langkawi Helicpoter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.