Al-Fatihah: Pegawai PTD Meninggal Dunia Ikuti Kursus Ala Komando


Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.

Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31
bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.

12 comments:

  1. takut plak rasa nk amek PTD tu..huhu

    ReplyDelete
  2. cruel and inhumane training!!takkan terjadi kalau orang dalam INTAN reti buat kerja!

    ReplyDelete
  3. apa perlu latihan komando untuk pembuat dasar seperti PTD? JPA tidak ada akalkah?

    ReplyDelete
  4. Latihan komando... abis2 je duduk opis... (apa kaitannya?)

    ReplyDelete
  5. sememangnya JPA tidak berakal! orang berakal menghargai nyawa orang lain!

    ReplyDelete
  6. Im trully sorry to hear abt what happened. But the family has to realize theyre going against Unit Diploma Pengurusan Awam, which is under JPA. It'll be a tough road for them.

    BUT, I hope this incident will begin to highlight the malfunction and the total lack of professionalism within UDPA.
    Its such a shame thinking this group of so called 'trainers' are the one training future government right-hand officers.

    ReplyDelete
  7. At least now we all see what they are doing in the PTD training. the most important thing is, it's out in the open.

    ReplyDelete
  8. takziah & alfatihah. Kursus ni dah lama,org2 dah pencen pun masa mula2 masuk PTD ikut kursus ni gak. Dah berpuluh ribu PTD ikut kursus camni, ni la baru 1st time jadi camni.dah ketentuan ILAHI,siapa kita nak menghalangnya.Memang sedih, aku paham keadaan keluarga. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan yg datang. Allah lebih menyayangi arwah. aku pun penah dpt peluang ikut kursus ni sebenarnya.Kursus ni sangat relevan dgn kerjaya aku yg memang mencabar minda dan emosi ni.hanya mereka yg dah melalui dan membuka hati untuk belajar dan berfikir saja yg paham apa sebenarnya kursus ni.aku pun belajar banyak dan jadi seorang yg baru selepas ikuti kursus ni.Takde salah ape pun kursus ni. Khabar2 angin memang boleh dipertikaikan. Minum air stokin?Aku yakin 100% tak wujud benda tu. Semoga semua pihak terbabit bersabar dengan ujian Allah ini.Sekali lg takziah dan alfatihah

    ReplyDelete
  9. kematian sesuatu yang lumrah. Tapi cara kematian seolah-oleh "brutally tortured" dan dinafikan hak perubatan semasa sakit adalah tindakan tidak bertamadun dan diluar perikemanusiaan. seumpama binatang tidak berhati perut.

    ReplyDelete
  10. kalau di baca kenyataan dalam akbar..latihan ini menggunakan modul baru yang mungkin ada unsur kekerasan,jadi modul baru mungkin tak sesuai untuk orang awam. oleh yang demikian ubahlah sebelum terjadi kepada bakal pegawai PTD yang lain..Saya tak suka pegawai PTD tapi masih ada keperimanusiaan dalam diri.. Hilang sudah kasih sayang seorang ibu kepada anak yang masih kecil.

    ReplyDelete
  11. akhirnya terjawab..jauh benar cerita surat khabar ngan cerita sebenar...hmm..moga Allah mengampuni kita semua..

    ReplyDelete
  12. Salam Takziah buat keluarga. Kita doakan yang terbaik buat mereka dan semoga roh ditempatkan di kalangan orang-oramg yang beriman.
    Bagi semua sahabat lain dan yang terutama tidak pernah menghadiri atau terlibat secara lansung dengan Kursus DPA atau PTD saya harapkan kita jangan cepat menyalahkan orang lain dan hanya mendengar khabar angin (terutama akhbar). Apa yang berlaku telah ditakdirkan, jika benar memang berlaku kecuaian maka balasan akan diterima. Telah beribu pegawai PTD yang telah tamat kursus tetapi ini baru kes malang pertama yang kita dengari. Harap semua boleh berfikir lebih jauh dari terus melontar pandangan.
    Wallahualam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.