ALOR SETAR - Perkhidmatan helikopter dari Pulau Langkawi ke beberapa destinasi di sini dijangka mampu merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.
Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata, perkhidmatan itu yang dimulakan sejak dua bulan lalu menerima sambutan yang menggalakkan dengan tempahan hampir setiap hari.
Beliau berkata, perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIG Global Sdn. Bhd. itu membolehkan pelancong yang datang ke Langkawi melawat ke destinasi menarik di tanah besar.
"Pelancong di Langkawi menaiki helikopter untuk datang seharian ke sini dan pulang ke pulau peranginan itu pada hari yang sama," katanya kepada para pemberita selepas pelancaran Alor Setar Food Trail 2010 di perkarangan Menara Alor Setar di sini semalam.
Menurutnya, tiga lokasi utama menjadi tumpuan perkhidmatan itu iaitu bandar raya ini, Gunung Jerai dan Kulim.
Jelasnya, gaya pelancongan menggunakan helikopter itu terkenal di kalangan pelancong Arab, Eropah dan pelancong kaya.
Katanya, caj yang dikenakan adalah antara RM1,200 hingga RM1,800 dengan masa perjalanan antara 15 hingga 25 minit.
Sempena karnival Alor Setar Food Trail 2010 itu, CIG Global turut menawarkan pakej 'helicopter joyride' dengan bayaran RM88 kepada pengunjung yang mahu merasai pengalaman terbang mengelilingi bandar raya ini.
p/s: Pihak admin memohon maaf di atas kesilapan gambar yang lalu, moga ini gambar yg betul. terima kasih di atas teguran oleh CIG-Global Sdn. Bhd. Langkawi Helicpoter
-Selamat sejahtera
ReplyDeleteSaya wakil dari CIG-Global Sdn. Bhd. ingin memberitahu mengenai gambar helikopter yang digunakan di dalam artikel di atas merupakan bukan gambar helikopter yang digunakan oleh syarikat kami. Sekiranya tidak keberatan, minta ditukar gambar tersebut kepada model yang syarikat kami gunakan. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami di alamat emel;
heli@cig-global.com.my
sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,
Fakrulradzi Mahtar,
Business Development Asst.,
CIG-Global Sdn. Bhd. Langkawi Helicpoter,