KUALA LUMPUR, 31 Mei — Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan tindakan ketenteraan terbaru Israel hari ini, yang menyerang konvoi misi kemanusiaan menyebabkan hampir 16 orang terbunuh.
Dalam pada itu, DAP pula menggesa persidangan khas melibatkan pelbagai pihak diadakan dengan segera bagi membincangkan tindakan Israel yang disifatkan sebagai zalim.
Mengulas lanjut pendirian mereka, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya tidak dapat mengadakan sidang khas, MPM mahu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini menjadikan isu serangan Israel hari ini sebagai usul pertama untuk dibincangkan.
Permintaan itu juga dikemukakan oleh PAS hari ini.
“Saya sebagai Ahli Parlimen Bebas boleh membawa usul ini, tetapi biar kerajaan yang membawa usul ini, dan saya mahu ia dijadikan sebagai usul pertama sidang Parlimen kali ini,” kata Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MPM di sini hari ini.
Sidang Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini.
Hari ini, rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mengutuk serangan Israel terhadap kapal Freedom Flotilla, yang turut membawa rakyat Malaysia, menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Hampir 16 orang dilaporkan dan kira-kira 30 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel ini.
Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah.
Laporan juga menyatakan bahawa terdapat dua orang warga Malaysia, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani di atas kapal utama konvoi, Mavi Marmara yang diserbu oleh tentera Israel.
Difahamkan Ahli Parlimen Parit Nizar Zakaria juga menyertai misi kemanusiaan itu.
ADUN Meru Dr Abd Rani Osman yang dilaporkan menyertai misi kemanusiaan sebelum ini berada di Istanbul, Turki untuk menyertai seminar, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Jurucakap Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan Freedom Flotilla ini melaporkan bahawa tentera Israel tanpa provokasi terus menembak beberapa individu sejurus selepas menyerbu kapal tersebut.
MPM akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada AS agar mendesak Israel menghentikan serangan ke atas misi keamanan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi.
“Tindakan Israel adalah tindakan biadap, berlaku kematian, ada kecederaan... tindakan ini tidak boleh dimaafkan, tindakan bangsa bersifat binatang yang berterusan.
“Misi bantuan bekalan kemanusiaan ini dilakukan secara terbuka, bukan sesuatu rahsia tetapi diserang. Ini perlu dikutuk,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan di Masjid Kampung Baru esok.
“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kemungkinan akan hadir bersama pada majlis solat dan tahlil ini,” kata Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penaja MPM.
Dalam pada itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, persidangan melibatkan semua parti politik perlu diadakan untuk menguruk tindakan Israel.
“Tiada alasan sama sekali bagi Israel untuk menggunakan kekerasan ke atas misi kemanusiaan, yang mana ia dengan jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa di perairan antarabangsa.
“Ia satu tragedi di mana nyawa rakyat Malaysia juga hampir hilang,” katanya.
Lim yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, persidangan pelbagai parti ini harus diadakan dalam tempoh 24 jam untuk melahirkan kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ikatan politik.
Pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, partinya juga akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di sini tengah hari esok.
Katanya, PAS juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama esok.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan menulis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar perkara itu dibincangkan di Parlimen Isnin ini.
Dalam kita suci al-qur'an ada mencatatkan bahawa bangsa yang dikutuk Allah S.A.W adalah jenis yahudi yang dilaknat diakhirat nanti.Mengapa mereka menjadi angkuh dan sombong sebegitu rupa?. Jelas sekarang mereka sudah keterlaluan, sampai bila kita mahu melihat kedurjanaan yahudi ini bermaharajalela dimuka bumi allah ini?. Sekarang kita lihat mereka jadi sombong kerana ada kuasa besar beri perlindungan kepada mereka, sebab itulah mereka melampau.Mereka jadi angkuh dan sombong kerana mereka dapat memporak perandakan negara-negara islam, mereka telah lihat kelemahan ummat islam sedunia sudah tidak sepakat. Jika diistiharkan perang sabil sekali pun, pada zahirnya ummat islam pasti disembelih bidup-hidup begitu saja, akibat pemimpin-pemimpin dalam negara islam tidak bersatu. Kita lihat saja sekarang ini, arab saudi cara arat saudi yang pentingkan diri, sehingga rajanya sendiri minum/makan pun pakai dulang/cawan emas, sudah tahu dalam islam kita tidak boleh pakai emas dalam bab-bab bekas makan/minum. tak tahu lah pula pandangan mufti-mufti, dann ulamak-ulamak dimalaysia kita ini. Mesir sendiri telah menutup pintu sempadan, jordan cara jordan, libia cara libia, kuwait cara kuwait lebih pentingkan sistem raja nya yang hidup serba mewah.Nak harap iraq telah musnah, cuma yang boleh kita harapkan IRAN, itu pun belum pasti kekuatannya. Inilah realitinya keadaan ummat islam kita sekarang, jika semua negara islam khasnya benua arab bersatu, dajjal ini tidak berani bermaharajalela menzalimi ummat islam. Itu bab negara islam, sekarang berbalek kepada negara malaysia kita. Apa reaksi pm dan tpm kita dalam soal ini. Sekarang ini, kita sendiri sudah ketahui dalam serangan ini terdapat juga rakyat malaysia kita yang terlibat. Apakah kita nak dok diam saja, hingga nasi menjadi bubur baru nak bertindak. Sekarang ini soal parti letak sebelah, penting sekarang ummat islam. Hari ini tidak dengar lagi kenyataan dari pemimpin tertinggi negara. apakah kenyataan yang hendak dibuat juga kenyataan terpilih, sebab kita terlalu hormat atau terlalu takut kepada kuasa besar amerika yang jadi barua yahudi laknat tu. Kalau diikut hati kita rakyat malaysia, lebih baik dihambat keluar saja kedutaan amerika dimalaysia ini, kerana haramjadah inilah yang menyebabkan seluruh negara islam jadi kucar kacir. Sekarang juga kita sedang melihat arah tuju pemimpin negara kita, apakah sikap sekongkolan yang dinyatakan dato seri anuar ini benar?, kita tunggu dan lihat. Sekarang pemimpin-pemimpin pembangkang telah mula mengorak langkah mendesak SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT DIADAKAN, demikian juga dengan NGO-NGO menyarankan seluruh masjid dinegara ini mengadakan solat hajat/baca yassin. Dimana suara pemimpin-pemimpin umno akar umbi, dimana suara kamu sekelian?. Apakah kamu rela melihat saudara seagama kamu disembelih hidup-hidup oleh bangsa haramjadah yahudi laknat ni.Sekuarang-kurangnya kita menyuarakan perasaan kita dengan cara memohon kehadrat Allah S.A.W melaknat bangsa haramjadah yahudi ini. Dengan suasana sekarang bangsa yahudi ni bukan lagi rakan sekongkol kita lagi, sepatutnya kita jauhkan diri kita kesepakatan dengan mereka itu. Malam ini malam selasa, malam yang sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah, bersama-sama lah kita memohon restu semuga sukarelawan mesi menghantar bantuan kepada saudara seagama kita itu berada dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya. Amin, Amin, Amin ya robbola'lamin.
ReplyDelete