TVSelangor membawa siaran langsung Majlis
Pengumuman Calon Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK)
Permatang Pauh bermula jam 8.00 malam ini (Jumaat).
Orang ramai boleh mengikuti siaran itu dengan melayari laman di
Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia
pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.
Abd
Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat
dalam kemalangan motosikal di Penaga, Pulau Pinang dan dimasukkan dalam
keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai malam tadi.
Baru-baru ini kita dapat melihat
foto indah perkahwinan Pengeran Muda Abdul Malik bersama pasangannya,
Dayangku Raabiatul Adawiyah yang berlangsung di Istana Nurul Iman,
Bandar Sri Begawan.
Pasti ramai yang terpukau dengan
kecantikan Raabiatul. Tetapi, beliau bukan sahaja cantik, malah
pencapaian tinggi dalam bidang yang diceburi olehnya, ternyata beliau
layak digelar wanita “beauty with brains”.
Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang
berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.
Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro (kanan) didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya.
Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco
Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi,
Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN
Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri negara
ini apabila wang yang dipinjam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lesap
dan beliau gagal menjelaskan apa yang berlaku kepada dana tersebut.
Menurut Tun Mahathir, jelas bahawa pelaburan 1MDB tidak membawa apa-apa
hasil yang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM25 bilion.