Al Fatihah!!! Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Selepas Terbabit Kemalangan

 
  
Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.

Abd Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat dalam kemalangan motosikal di Penaga, Pulau Pinang dan dimasukkan dalam keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai malam tadi.
 




Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat, kata Adam Adli.

Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya, seorang aktivis pelajar yang terkenal yang pernah beberapa kali ditangkap.

Adam Adli mendapat perhatian media selepas bekas pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris itu menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak di ibu pejabat Umno beberapa tahun lalu.

Ekoran itu, dia dipecat dari universiti tersebut. Adam Adli sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang di Asia College, Brickfields

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.