Hangat!!! Kontroversi: Ustaz Kazim Elias (UKE) Antara Sembilan Ahli MT Umno Yang Baru Dilantik.. Ini Video Pengakuan UKE, Jom Terjah!!!

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media mengumumkan pelantikan sembilan lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) di pejabatnya di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya, Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.

Terkini!! Kamar Akhirnya Bertemu Siti Aishah Selepas 30 Tahun Terpisah.. Jom Terjah!!

Kamar Mautum.
PETALING JAYA: Pertemuan yang dinanti-nantikan selama 30 tahun akhirnya dapat dilaksanakan oleh pesara guru, Kamar Mahtum apabila dia dipertemukan dengan adiknya Siti Aishah Wahab di satu lokasi rahsia di London.
Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan pertemuan diantara Kamar dan mangsa hamba domestik, Siti Aishah Wahab.

Hangat!!! (Video) Motif MB Selangor Naikkan Gaji ADUN Tersebar, Apa Sebenarnya Ketua Pembangkang Malaysia Mahukan?Jom Terjah!!!


Tindakan Khalid Ibrahim menaikkan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

Khalid dikriktik. Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri. Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

Terkini!! Presiden Perkasa Tak Cukup 'Homework' Bila Tempelak Gaji ADUN Selangor, Cuba Dia Semak Gaji KM Sarawak, BUKTI YANG NYATA!!.. Jom Terjah!!

Ibrahim Ali: Kenaikan gaji ADUN Selangor boleh masuk rekod dunia

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.

Allahu Rabbi!!! Gaji MB, Exco Dan ADUN Selangor Naik Sehingga 250%.. Bayar Bonus Satu Setengah Bulan Gaji, Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Adun berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker Dun mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
    
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker Dun dan barisan exco kerajaan negeri.

Mahkamah Tinggi Syariah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo.. Jom Terjah!!!

NONEMahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.
Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Pembaziran Terlampau!!! Pendakwah Tegur Berkaitan Kos Perkahwinan Selebriti Janda "Berumur".. Jom Terjah!!!


KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

PANAS!! Kenyataan Datuk Mahfuz: "Walaupun Tak Ada Jawatan, Saya Datang Sini Pagi-Pagi Untuk Lawan Umno" - Suasana Dewan Rakyat Kecoh.. Jom Terjah!!

KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sekali gus mencetuskan kekecohan.
Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".
Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Terkini!! Tun M Dibenar Keluar Selepas Hampir 10 Hari Menerima Rawatan Di Institut Jantung Negara.. Jom Terjah!!!




Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November kerana jangkitan dada.
Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu.

Bongkar!!! Inilah Punca Bekas Pengerusi SPR, TS Abdul Rashid Memilih Sertai Perkasa..Jom Terjah!!!

Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.
Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.
Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.
Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.

Hangat!!! Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Mahfuz Omar Dedahkan Punca Kekalahannya Dalam Pemilihan Muktamar Tahunan PAS.. Jom Terjah!!!

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini. “Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini hari ini.

Terkini!!! Keputusan Penuh Lagi Rasmi Pemilihan Muktamar PAS Pusat Sesi 2013 - 2015.. Jom Terjah!!!




Keputusan penuh (rasmi) pemilihan PAS muktamar sessi 2013/2015

Presiden: 

TG Hj Hadi Awang 

Timbalan Presiden: 

Hj Mohamad Sabu
Naib Presiden:
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Salahuddin Ayub
Husam Musa

Alhamdulillah!! (Video) Muktamar PAS Pusat: Inilah Keputusan Pemilihan Timbalan Presiden dan AJK Kerja PAS Pusat.. Jom Terjah!!!



Tuan Haji Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.


Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi.
Keputusan Pemilihan Timbalan Presiden dan AJK kerja PAS Pusat
Timb Presiden:
Haji Mohd Sabu

Naib Presiden: (masih dalam pengiraan semula) Akan diumum esok pagi
1) 
2)
3)


AJK PAS PUSAT


HEBAT!!! Ustaz Muda Pertahankan Kenyataan Mufti Kedah Vs Mantan Mufti Perlis : Isu Wahabi.. Jom Terjah!!!


Baru-baru ini video Sohibus Samahah Mufti Kedah Pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dato’ Syeikh Baderuddin Bin Hj Ahmad tersebar di laman-laman internet yang mana beliau telah mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah & Al-Maturidiyyah) dan menolak ajaran sesat Syiah dan Wahhabi terutama yang cuba disebarkan di Kedah amnya di Malaysia. 

Dalam video tersebut juga beliau menyebut nama-nama beberapa pendakyah Wahhabi yang cuba masuk ke dalam negeri Kedah dengan pelbagai taktik licik. Antaranya Fathul Bari bin Mat Jahya yang terkenal menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan membawa fikrah Wahhabi terutama kedalam UMNO dan am masyarakat (bukti terlalu banyak). Dalam video tersebut ada juga disebut Nama saudara Mohd Asri Zainul Abidin yang semua dah kenal kewahabiyatannya Asri (MAZA) ini. 

HANGAT!!! Gossip Bayaran Kepada Ustaz Azhar Idrus Dalam Filem "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang" Tinggi, Ini Penjelasan David Teo.. Jom Terjah!!!



Kemunculan Ustaz Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menerusi hanya tiga babak ringkas dikatakan menerima bayaran mahal daripada pihak produksi MIG, David Teo.

Terdapat desas-desus mengatakan jumlah wang yang dibayar kepada Ustaz Azhar Idrus ialah antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja dan bukan keseluruhan filem.

ALHAMDULILLAH!!! Sultan Johor Isytihar Cuti Negeri Pada Jumaat dan Sabtu Mulai 1 Januari 2014.. Jom Terjah!!!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.

Siaran Langsung: MUKTAMAR PAS PUSAT KE 59 - Hari Ke 2.. Jom Saksikan!!!



Perbahasan Ucapan Dasar Presiden:

1. Wakil Selangor |  2. Wakil Johor   |  3. Wakil Pulau Pinang

4. Wakil Perlis   |  5. Wakil Melaka  | 6. Sabah

7. KEDAH DARUL AMAN : Ustaz Nasir Zakaria

Selanjutnya.. ada link lain jika ada gangguan

Terkini!! (Video) Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Dr MAZA) Jawab Tuduhan Mufti Negeri Kedah Terhadap Beliau.. Jom Terjah!!!


Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. 

Tiada siapa yang dapat menerima perkara yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.

BERAPI!!! Muktamar PAS: Pengundian Untuk AJK PAS Pusat Ditangguh, Kenapa? Hanya Timbalan, Naib Presiden Di Undi, Keputusan Hari Ini.. Jom Terjah!!!



SHAH ALAM 22 NOV: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun, pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.

Hangat!!! Tembelang PM Haji Najib DiDedah Oleh DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!

Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

"Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini.

LIVE!!! Muktamar PAS Pusat Sesi Petang.. Jom Saksikan!!!




AGENDA PERTAMA
Pembentangan dan Pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 58
3.00 petang

AGENDA KEDUA
Membentang dan menerima penyata dan laporan
1. Laporan Tahunan PAS 2012/2013
2. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2012
3.45 petang

AGENDA KETIGA
Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat)
Muktamar ditangguhkan

Terkini!! Peringatan Tuan Guru Presiden Dalam Ucapan Dasar Muktamar : Agama Bukan Barang Dagangan.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli.

Siaran Langsung: Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden Muktamar Tahunan PAS ke 59.. Jom Ikuti...



Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula membentangkan ucapan dasar bertemakan "Rahmat Untuk Semua" pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59, di  Stadium Melawati, dekat sini.

Terkini!!! Inilah Keputusan Pemilihan Muktamar Dewan Muslimat Pas.. Tahniah!!!



SHAH ALAM - Penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berjaya mengekalkan kedudukannya menewaskan lawan tunggalnya Nuridah Salleh dalam pemilihan sayap Pas itu, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Asmuni Awi berkata, Siti Zailah mendapat undi sebanyak 468 undi, manakala Nuridah sebanyak 108 undi.

Terkini!!! (Video) INILAH KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KE 54.. TAHNIAH!!!


KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR DPPM KE 54

PENGERUSI TETAP: 

Ustaz Kamal Syaari

TIMB PENGERUSI TETAP:
Dr Riduan Mohd Nor




Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat - 320

Timbalan Ketua Pemuda: Muhamad Khalil Abdul Hadi - 355

Naib Ketua Pemuda: Ir Khairil Nizam Khirudin - 411

Gempar!! Budak Yang Dikatakan 'Disorok Hantu Di Villa Nabila' Rupanya Penyokong BN Tegar, Ini Buktinya.. Jpm Terjah!!!





KECIL-KECIL DAH PANDAI BUAT HAL.

Budak yang dikatakan hilang setelah masuk rumah berpuaka Villa Nabila,, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, tetapi sebenarnya berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 


Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.


Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok' penunggu banglo lama berkenaan.


Muktamar Dewan Muslimat Pas: Keputusan Petang Nanti - 683 Perwakilan Tentukan Kemenangan Calon Bertanding.. Jom Terjah!!!




Seramai 638 perwakilan Muslimat PAS mula mengundi kira-kira 11.30 pagi ini bagi memilih Jawatankuasa Dewan Muslimat parti itu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Mat Sabu: BN Kalau Kuat, Mereka Tindas Tanpa Belas Kasihan. Bila Lemah, Cuba Kenyit Mata, Lambai Tangan Kepada Kita.. Jom Terjah!!!

PAS perlu berhati-hati dengan perangkap Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 November, 2013.


PAS perlu berhati-hati dengan perangkap Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.





Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan perwakilan PAS agar lebih berhati-hati dengan perangkap Umno yang mahu menjalinkan kerjasama bersama parti Islam itu kerana berdasarkan sejarah, Umno hanya sekadar menggunakan PAS bagi mengukuhkan sokongan rakyat.


Mohamad atau dikenali juga sebagai Mat Sabu, berkata dalam beberapa siri pilihan raya, Umno beberapa kali menyeru PAS untuk mengadakan kerjasama yang akhirnya PAS sendiri yang terkorban melalui kerjasama itu.
“Selepas 13 Mei 1969, Parti Perikatan tidak dapat membentuk kerajaan di Selangor dan Perak. Umno hilang sokongan. Waktu itulah tangan dihulur kepada kita.

TERKINI!!! Tuhan Harun Akhirnya Ditangkap Di Bandar Baru Tangkak.. Ini Ceritanya, Jom Terjah!!!




LEDANG – Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu.

Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang  anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata,  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu.

TAHNIAH!!! Bajet 2014 Negeri Selangor Mencatat Sejarah Paling "HEBAT", Bandingkan Dengan Negeri Ku... Jom Terjah!!!



SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik, berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu Kehidupan bertaraf dunia dan memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

Terkini!!! Malaysia Tewas Lagi Walaupun Bermain Di Gelanggang Sendiri.. Jom Terjah!!!

Pemain Qatar, Khalfan Ibrahim (kiri) bersaing dengan pemain Malaysia, Mohd Razman Roslan (tengah) and Mohd Aidil Zafuan Radzak ketika perlawanan kelayakan Piala Asia peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam pada Selasa malam. Keputusan Malaysia kalah kepada Qatar 1-0. -foto The Star/ GLENN GUAN
SHAH ALAM: Malaysia kalah 0-1 kepada Qatar pada perlawanan kelima, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, di sini, Selasa malam.
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Penjaring:
Qatar: Al-Ali (minit ke-65)
Barisan Pemain:

PELIK!!! Lawatan Hajjah Rosmah Mansor ke Qatar Dengan Jet Eksekutif Swasta Dibiayai Kerajaan, Apa Peranannya Dalam Kabinet Malaysia.. Jom Terjah!!!


Sekali dengar dah macam macai-macai UMNO Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni.. 

Dah tahu perkara yang dilakukan oleh Rosmah itu adalah menyalahi etika beliau tetap bersungguh-sungguh untuk menegakkan benang yang basah...

Akhirnya keluarlah jawapan yang hanya boleh diterima akal macai-macai sahaja..

Siapa Rosmah Mansor ini hingga dikatakan oleh Shahidan lawatannya ke Qatar adalah demi kepentingan negara?

Alhamdulillah!!! (Gambar2) Wakil Rakyat KawasanKu Selesai Mengangkat Sumpah Di Hadapan Speaker.. Semoga Amanah Ini Digalas Sebaik Mungkin..


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk Paduka Md Rozai Shafian sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Gempar!!! Inilah "HABUAN BESAR" Buat Penjawat Awam Sepanjang Tahun 2014: Sangat2 Mustahak Untuk Diketahui.. Jom Terjah!!!


Jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam tahun 2014 - Mungkin ramai di kalangan kakitangan kerajaan yang masih tercari-cari informasi terkini berkenaan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014.

Di sini, admin akan berkongsi senarai tarikh pembayaran gaji setiap bulan sepanjang tahun depan untuk memudahkan anda merancang perbelanjaan bulanan terutamanya ketika menjelang cuti-cuti perayaan akan datang.

Gempar!! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said Dedahkan Tentang Dirinya Yang Perlu Anda Tahu.. Jom Terjah!!!

Datuk A. Samad Said berkata beliau sering dijemput ke majlis anjuran jabatan kerajaan selepas aktif dalam badan bukan kerajaan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 November, 2013.Datuk A. Samad Said berkata beliau sering dijemput ke majlis anjuran jabatan kerajaan selepas aktif dalam badan bukan kerajaan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 November, 2013.Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mengambil pendekatan memencilkan diri dari menghadiri majlis rasmi kerajaan meskipun terdapat undangan oleh sebilangan jabatan kerajaan yang menjemput beliau ke majlis anjuran mereka.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, sejak kebelakangan ini terdapat jabatan kerajaan menghantarkan undangan menjemput beliau ke majlis rasmi, yang menurutnya, tidak pernah berlaku beberapa tahun sebelumnya setelah beliau bergiat aktif sebagai aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO).
"Sejak beberapa bulan ini, ada semacam perubahan sikap dalam pihak tertentu seperti saya dijemput menghadiri beberapa jemputan majlis rasmi yang tidak pernah berlaku dalam tahun-tahun sebelumnya.

Gempar!! (Video) Sejarah Tercipta Di Dewan Rakyat..'PERANG BESAR' Di Parlimen.. Jom Terjah!!!


Hari ini 10 Muharram 1435, di dalam kalender Islam pada tanggal ini dicatat banyak berlaku berbagai peristiwa besar bersejarah. Antara peristiwa yang berlaku ada yang realistik dan juga yang berbau bidaah yang perlu hanya dibaca tetapi tidak diyakini.

Azmin koyak dan gotel kertas usul tanda protes.
Di Malaysia tarikh ini dikongsikan oleh parlimen Malaysia hari ini. Parlimen hari ini telah mencatat satu sejarah apabila berlaku pergaduhan besar di antara pembangkang dengan pihak kerajaan. Perbalahan ini juga dalam perkiraan saya paling panjang memakan masa lebih satu jam.

Keadaan parlimen hampir-hampir tidak terkawal dan situasinya lebih dahsyat dari keadaan di stesen kereatapi di Bombay.

Gempar!! Ada MP Pakatan Rakyat Bakal Digantung 6 Bulan Dari Dewan Rakyat, Menteri Akan Bentang Usul Hari Ini.. Jom Terjah!!!


Satu usul untuk menggantung MP Padang Serai, N Surendran selama enam bulan dari Dewan Rakyat akan dibentang oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri esok.

Perkara itu diketahui melalui satu notis hijau yang diletakkan di atas meja anggota Parlimen dalam dewan Rakyat.

Berani Giler!!! Wacana Kepemudaan Pra Muktamar DPPM Bersama Calon2, Sejarah Baru Tercatat.. Jom Terjah!!


Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergong, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas. Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kedah. Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.

Bergegar Lagi!! Isu Enakmen Anti Syiah: Fathul Bari Sahut Cabaran Adun PR Kedah Berbahas.. Jom Terjah!!



ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

HOT!!! (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Hentam Menteri Yang Dianggap Biadap, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Siti Nurhaliza hentam Khairy Jamaluddin

Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.

Gempar!! Kes Khalwat: (Gambar) Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah, Pasangannya Farah Nurizzati Salleh Mengaku Salah - Bayar Denda RM3 Ribu.. Jom Terjah!!!


 Umum mengetahui pelakon terkenal, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita dikenali Farah Nurizzati Salleh, 21.

Untuk itu, pembicaraan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya pada pagi Selasa, 12 November 2013 untuk mendengar pengakuan dari kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, Shahz Jaszle menafikan pernah berkhalwat dengan Farah Nurizzati Salleh meskipun wanita itu mengaku bersalah di hadapan Hakim syarie Abd Halim Abu Samah.

Terkini!! Inilah Lakaran Wajah Suspek Yang Menembak Mati Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIP.. Jom Terjah!!!

Lakaran wajah suspek yang menembak mati Ahmad Rafli Abdul Malek.
KUANTAN: Polis Pahang pada Selasa mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sayunya Aku!!! Apa Sebenarnya Terjadi Dengan Pemilihan Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nie.. Jom Terjah!!

Pasai apa pembelaan nampak macam untuk Kamaruzzaman sorang saja padahal yang kena teruk bubuh gambar anjing tu Zul Hazmi dan Suhaizan pulak difitnah sebagai kambing hitam dan depa dua-dua jugak calon Ketua Pemuda DPPM.

Harakahdaily melaporkan:
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur tindakan sesetengah pihak yang melakukan provokasi yang dapat menimbulkan ketegangan pada pemilihan PAS.

Jelasnya, tindakan melabelkan gambar seseorang individu menggunakan anjing adalah tidak beretika dan khianat bukannya dari akhlak PAS sebenar.

Sinar Harian Online semalam melaporkan terdapat kempen berbaur hasutan bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS. - Hrkh.

Tahniah!!! (Gambar2) DS Jalani Sidek, Bekas Pemain Badminton Negara Akhirnya Berkahwin Juga Dengan Datin Sri Zaleha.. Jom Terjah!!!

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid.
 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.