Pembaziran Terlampau!!! Pendakwah Tegur Berkaitan Kos Perkahwinan Selebriti Janda "Berumur".. Jom Terjah!!!


KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.


Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.
-SinarHarian

*****
INFO TAMBAHAN

Berikut adalah 10 Fakta tentang perkhawinan mereka ini. Dari hantaran sampailah ke majlis resepsi kelak. Info ini  dari Malaysian Digest.

1. Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.

2. Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.

3. Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg tangan. Serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000

4. Wang hantaran daripada Zain kepada Che Tah sebanyak RM23, 200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain.

5. Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Tah bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

6. Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti.

7. Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernilai RM55,000.

8. Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

9. Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

10. Sementara artis-artis yang akan membuat persembahan di majli resepsi seperti Sabhi Sadhi yang akan mendendangkan lagu 'Cinta Sesungguhnya' (kata Che Ta, lagu tersebut adalah lagu tema perkahwinan mereka). Selain itu, Ziana Zain, Ayu (OIAM) dan Dafi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.