TODIAA!!! Langkah Ketepikan Presiden PAS Dah Bermula, PAS Kota Bharu Namakan Datuk Tuan Ibrahim Sebagai Pencabar... Jom Terjah!!!


Usaha mengenepikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu.

PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha memujuk Hadi agar tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah.

Mereka percaya pencalonan Tuan Ibrahim akan menenangkan kedua-dua kumpulan dalam PAS yang bertelagah, di antara kumpulan ulama dan profesional.

"Mesyuarat Jawatankuasa malam ini bersetuju untuk mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim sebagai calon presiden," kata Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Malaysian Insider sebaik saja mesyuarat itu selesai.

"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti.”

Katanya, 11 daripada 13 ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.