Dr M Setuju Beri Lesen Pertaruhan Sukan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.

Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu.

"Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya.

NGO tak yakin pada Umno semata-mata

Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA.

"Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama.

"Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata.

"Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya.

"Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."

MAPPIM Anjur Konvoi Ramadhan ke Gaza - Bertemakan "Ramadhan March For Freedom"

AZmiOleh Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) akan menganjurkan misi Konvoi Ramadhan ke Gaza Ogos ini dalam misi bantuan keamanan melalui sempadan Rafah di Mesir.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bertemakan "Ramadhan March For Freedom", tujuan misi ini merupakan lanjutan usaha ‘Freedom Flotilla’ yang dihalang oleh rejim Zionis Israel pada 31 Mei lalu.

"Misi ini adalah inisiatif rakyat Malaysia dan MAPPIM akan menerajui misi ini sebagai satu usaha masyarakat di Malaysia dan dunia untuk membebaskan Gaza sebagai sebuah wilayah Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, walaupun konvoi ‘Freedom Flotilla’ dihalang Israel, peristiwa itu telah membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk meneruskan usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Walaupun risiko yang akan dihadapi sama berat seperti yang dihadapi oleh misi sebelum ini, namun MAPPIM berpendirian sikap jenayah Israel ini harus dicabar sehingga keadilan dan hak rakyat Palestin di Gaza dapat dikembalikan.

Azmi yang juga Pengarah konvoi ini berkata, kerajaan Mesir telah membuka pintu sempadannya di Rafah namun tidak pasti sama ada Mesir akan terus mengekalkan keputusan itu.

"MAPPIM juga akan melancarkan lobi antarabangsa untuk mendesak Mesir mengubah polisinya bagi penduduk Palestin mendapat akses kepada dunia luar seperti sebelumnya.

"Kita juga bermatlamat dengan pembukaan Rafah di bulan Ramadhan oleh kerajaan Mesir akan memulakan proses kemerdekaan Gaza bagi menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin sejak lebih tiga tahun yang lalu," ujarnya lagi.

Sementara itu, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Datuk Mukhriz Mahathir menyambut baik usaha MAPPIM dan akan membentangkan cadangan itu kepada mesyuarat PGPO yang akan datang.

"Kita perlu terus memberi tekanan kepada Israel. Tidak timbul soal melanggar undang-undang Israel kerana kita tidak pernah iktiraf sekatan tersebut yang jelas melanggar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Misi ini akan turut membabitkan 300 hingga 500 aktivis keamanan termasuk daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan media.

Apakah Tragedi Sama Akan Berulang? Kontraktor Stadium Gong Badak Bina Istana Baru

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Video: Jenazah Al Marhum Ustaz Hassan Selamat Dikebumikan

Tuan Guru Sebak dan Mengalirkan Air Mata Sebelum Solat Jenazah Al Marhum Ustaz Hassan

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang semalam dipercayai akibat sakit jantung.


Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Foto: Ustaz Hassan Selamat DiKebumikan; Al Fatihah

Orang ramai, pimpinan dan berpusu-pusu menziarahi jenazah allahyarham Ustaz Hassan Shukri di kediamannya

Oleh : MRK albanjari

Pada jam lebih kurang pukul 5 petang tadi saya dan Ketua Cawangan Sdr Khairi bertolak ke rumah Allahyarham Ustaz Hassan Shukeri walaupun berita pemergian Allahyarham telah saya ketahui seawal jam 2 petang tadi namun dek kerana beberapa perkara saya terpaksa turun sejurus menunaikan solat Asar.

Ketika dalam perjalanan saya masih lagi dihubungi oleh teman-teman khusunya dari Sabak Bernam yang bertanyakan perihal jenazah hendak dikebumikan dimana namun saya jawab saya kini sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarham dan akan memberikan maklumat secepat mungkin. Kami tiba agak lewat kerana waktu itu adalah waktu puncak dan kami terkandas di jalan Tun Razak hampir 1 jam namun begitu Al-Hamdulillah sampai pada jam 6.55 petang dan terus masuk ke rumah Allahyarham.

( Wajah tenang seorang pejuang agama yang pergi bertemu dengan Al-Khaliq buat selama-lamanya - alfatihah )

Ketika kami sampai keadaan dirumah allahyarham agak lengang kerana waktu itu menjelang Maghrib dan kami dipersilakan masuk oleh anak Allahyarham. Di dalam rumah saya dapati Ust Nasir Yusof Tim YDP PAS Puchong, YB Shaari Sungib, Fauziah Salleh dan ramai lagi sedang membaca Yassin. Kami pun terus pergi menatap sekujur tubuh insan yang bernama Ust Hassan Shukeri sambil membaca doa.

Sdr Khairi sibuk menaip sms untuk memberitahu teman-teman " Solat jenazah untuk Allahyarham Ust Hassan Shukeri akan bermula jam 8.45 pagi Selasa 15 /06/10 yang akan diimamkan oleh Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih 2"

Sdr Khairi berbincang sesuatu agaknya dengan YB Shaari Sungib

Ustaz MRK albanjari dapat bertemu sahabat lama Dr. Hamzah YDP PAS Jerantut

Mantan Ahli Parlimen Jeli Mohd Apandi mengimamkan solat Maghrib.

Sejurus selesai solat Maghrib

YB Dr Yunus ADUN Sijangkang turut hadir memberikan penghormatan terakhir

Di bawah deretan khemah inilah esok Allahyarham akan disolatkan.....sesiapa yang berkesempatan dipersilakan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang kita kasihi ini.

Sebahagian dari kami yang membaca Yasin dan Tahlil sejurus selesai solat Maghrib di perkarangan rumah Allahyarham

YB Dato' Takiyuddin Hassan baru tiba dan beliau sempat menceritakan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya bersama Allahyarham. Dato' Takiyuddin menceritakan
bagaimana sehari sebelum perasmian penuh Muktamar baru-baru ini ketika beliau sedang sibuk menyusun kerusi untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG Hj Hadi serta Timbalan Presiden, beliau telah ditegur oleh Allahyarham Ust Hassan Shukeri apabila pada awalnya beliau menyusun kedudukan Presiden PAS bersebelahan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dan kedudukan Timb Presiden hanya bersebelahan dengan Lim Kit Siang namun kedudukan itu tidak sesuai pada pandangan Allahyarham kerana Ust Nasa sebagai Timb Presiden mesti duduk di sebelah Presiden kerana mudah bagai Presiden jika ingin bertanyakan sesuatu maka kedudukan itu diubah semula seperti yang diajarkan oleh Allahyarham dan seperti yang kita saksikan pada majlis perasmian tersebut.
Itulah pengajaran terakhir yang saya dapat dari Allahyarham ujar Dato' Takiyuddin kepada kami.

Antara jemaah yang sempat menunaikan Solat isya dan solat hajat sebentar tadi. Malam tadi sarat diisi dengan bacaan al-Quran 30 juzu'.

Para tetamu yang bertali arus mengunjungi Allahyarham sejurus solat Isya' sebentar tadi

Ketua Cawangan PAS Tmn Equine sempat bergambar dengan Hj Muhammad Sabu

Sesuatu yang serius dibincangkan antara anak Allahyarham dengan Pak Subky Latif

Sebelum meningalkan Taman Melewar sebentar tadi saya sempat merakamkan keadaan pntu masuk utama ke rumah allahyarham ust Hassan Shukeri yang bersebelahan Markaz PAS Pusat ini. Keadaanya tenang dan menyambut kehadiran warga penyokong PAS untuk menziarahi Allahyarham buat kali terakhir.

Dari Blog Sahabat: (MRK albanjari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.