Apakah Tragedi Sama Akan Berulang? Kontraktor Stadium Gong Badak Bina Istana Baru

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

1 comments:

  1. Bila kita projek diri kita orang ugama, kena berhati2 melontar cerita, jangan jadi fitnah pulak.

    Fakta yang diberi YB DAP tu tak tepat, AZRB membina Stadium Tertutup Terengganu, bukan Stadium Gong Badak. Harap maklum dan muhasabah diri, cepat fitnah sesama seugama pasal percaya sangat saudara DAP, sesama Pakatan.

    Kontraktor utama pembinaan jalan ke Istana Jalan Duta - Ahmad Zaki Resources Berhad
    No. 88, Jalan Gombak, Setapak,
    53000 Kuala Lumpur

    Kontraktor utama bagi pembinaan Stadium Gong Badak - Bina Struktur-Emarcom-Genggam Mercu.Nama penuh kontraktor berkenaan ialah Bina Struktur Sdn Bhd (285512-H), Emarcon Sdn Bhd (411178-U) dan Genggam Mercu Sdn Bhd (354201-H). Alamat ialah di: Lot PT1495 & 1496, Tingkat Atas, Taman Kuala Ibai Landmark, Kg Tok Adis, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Kelas A (Bumiputera).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.