Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Inilah Wajah Putera Lelaki Siti Sarah Raisuddin Dan Shuib Sepah Selamat Dikurniakan Cahaya Mata Lelaki Pagi Tadi... Tahniah

Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 10.15 pagi. Namun begitu dikhabarkan semasa Siti Sarah melahirkan anak mereka, pembedahan ceaserean terpaksa dilakukan kerana anak di dalam kandungannya mengalami masalah jantung lemah.
Inilah wajah anak Siti Sarah dan Shuib Sepah.

Comel kan?

Tahniah untuk Siti Sarah dan Shuib sepah yang selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama. Seorang bayi lelaki. Mudah-mudahan makin murah rezeki...Amin...

Nah Lihat!!! Inilah Produk Makanan Yang Tidak Selamat di Kedai Rakyat 1Malaysia, Hampa Toksah La Beli Pasai Tak Tepati Aspek Keselamatan Makanan...BAHAYA Nanti!!


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.


Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.


Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.


Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.


Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.


Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.


Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.


Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.


“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.

Penulis Siber Pro Pakatan Tidak Terbela.. Umno-BN Bakal Biayai Penulis Media Alternatif Pro Umno - BN Sebagai Panglima Perang Siber.. Siapa Mereka??

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya.


Umno kini mulai mensasarkan pada penulis siber pro pakatan yang sememangnya
tidak terbela oleh barisan pimpinan Pakatan sendiri. Pada 2008 Umno-BN tidak mempedulikan penulis media alternatif ini, lalu pada masa itu media blogging, khususnya dikuasai oleh blogger pro pakatan. Namun sejak akhir-akhir ini Umno-Bn semakin menguasai dunia media alternatif.

Menurut kajian, media alternatif akan menguasai 98 peratus dalam dunia penyebaran maklumat di Malaysia. Medium blog, FB dan twitter dilaporkan akan menjadi wadah terhebat dalam penyebaran maklumat. Ia akan menjadi ledakan mengatasi medium tradisi akhbar. Oleh kerana itu, Umno-BN membiayai kalangan penulis media alternatif pro Umno - BN untuk menjadi panglima perang siber mereka sepenuh masa ataupun setiap waktu

Dalam pada itu, blogger dan penulis siber pro Pakatan sekadar di pinggiran..menulis pada waktu lapang. Pakatan gagal mengenalpasti penulis siber pro pakatan untuk sekurang-kurangnya membiayai kos streamik dan memberi ruang pada mereka untuk menghadiri semua majlis pakatan rakyat. Pakatan Rakyat di empat negeri yang diperintah juga tidak memberi sedikitpun keistimewaan pada penulis siber yang pro pada mereka.

Kini, kuncu-kuncu Umno telah mulai mengenapasti penulis siber pro pakatan. Mereka sedang berusaha mendekati kalangan penulis pro pakatan rakyat ini. Adalah tidak mustahil penulis siber pro pakatan rakyat ini akan ditawarkan habuan lumayan agar reverse hasil penulisan masing-masing.

Khabarnya beberapa rakan penulis siber sudah dihimpit dengan janji manis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.