SHAH ALAM – Malaysia XI mempamer aksi berani ketika menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.
Walaupun tewas 3-1, namun para pemain skuad kebangsaan mempamer sikap terpuji dengan berusaha keras mengekang asakan bertali arus anak buah Gerardo Martino.
Beraksi di hadapan kira-kira 60,000 penyokong, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal sesekali mencemaskan juara La Liga itu menerusi serangan balas.